Pelakon Anna Jobling meluahkan rasa simpati kepada aktor gandingannya dalam drama Melur Untuk Firdaus, Meerqeen yang dikecam netizen susulan videonya yang mencium dahi pelawak Indonesia, Kiky Saputri.

Anna yang turut berada di lokasi sama situasi tersebut ketika menghadiri program hiburan di Indonesia bersama Meerqeen baru-baru ini berkata, dia tidak perasan bilakah ia berlaku sehingga pelawak itu memuat naik video terbabit.

“Saya memang berada di sana ketika itu, tapi saya tidak nampak apa yang terjadi sebab keadaan di sana terlalu ramai.

“Walau bagaimanapun saya simpati dengan Meerqeen sebab dia bukan berniat tidak baik, cuma benda itu nak berlaku dan bukan sesuatu yang buruk. Malah kami mencipta banyak memori manis di sana.

“Kadangkala kita tak tahu apa yang bakal berlaku. Ditambah pula dengan perasaan teruja sepanjang berada di Indonesia,” katanya.

IKLAN

Anna berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk jamu Mutyara di Puchong, pada Khamis.

Anna kini dilantik sebagai wajah wakilan jamu milik pelakon dan penyanyi Tyra Arifin itu bagi mendidik generasi muda untuk mengamalkan jamu dalam kehidupan seharian.

IKLAN

Menurut Anna, meski mereka agak sukar mengawal keadaan ketika dikerumi peminat, namun dia sentiasa mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Ketika berada di Indonesia kebanyakan peminat wanita misalnya meminta izin untuk memeluk Meerqeen. Bagi saya itu adalah perkara yang patut dilakukan bagi menghormati dan menjaga batas.

IKLAN

“Namun kadangkala perkara itu terjadi di luar jangkaan kerana berlaku dengan cepat dan tak sempat nak berfikir panjang. Ibaratnya tak sempat nak bernafas dan kemudian baru tersedar.

“Tapi saya akan sentiasa mengingatkan diri agar berhati-hati apabila membabitkan soal pergaulan. Cuma saya mungkin beruntung sebab majoriti peminat dalam kalangan wanita. Jadi itu tidak menjadi satu masalah besar,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI