Penyanyi Indonesia, Afgan mengakui amalan harian mengenakan tasbih digital kini sudah menjadi kebiasaan sejak dia pulang menunaikan ibadah haji tahun ini.
Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, 35, berkatapenggunaan tasbih digital kini menjadi rutin untuk dirinya berzikir, terutamanya ketika berasa tidak tenang atau menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian.
“Rasanya saya sudah terbiasa sewaktu menunaikan haji sebelum ini, di sana (Makkah) saya tidak pernah meninggalkan tasbih digital itu.
“Jadi sampai sekarang saya masih suka pakai. Kadang-kadang apabila saya berasa tidak tenteram atau dalam hal apa juga selalunya memang saya berzikir.
“Mungkin sudah jadi kebiasaan, habit waktu saya menunaikan haji dulu,” katanya ketika ditemui di Sidang Media Retrospektif Showcase di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ads
Penyanyi lagu Terima Kasih Cinta itu menambah, pengalaman menunaikan haji memberikan perubahan besar dalam hidupnya selain menjadikan dirinya lebih dekat dengan agama.
“Saya jadi lebih tenang. Sebelum menunaikan haji saya tidak biasa begini.
“Perubahan terbesar selepas haji pastinya saya lebih dekat dengan Allah, berserah dan tawakal dalam menjalani kehidupan,” ujarnya lagi.
Ads
Terus Aktif Dalam Karier
Sebelum ini, penampilan Afgan memakai tasbih digital ketika ditemu bual oleh sebuah stesen radio tempatan mencuri perhatian ramai.
Ads
Rata-rata peminat memuji sikap penyanyi berkenaan yang kekal istiqamah dan terus mengekalkan amalan baiknya selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji pada Jun lalu.
Dalam perkembangan lain, Afgan bakal mengadakan Retrospektif Showcase pada 5 Disember ini, bersempena pelancaran album baharunya yang turut menggunakan judul sama, Retrospektif.
Tiket untuk showcase tersebut telah mula dijual sejak 1 Oktober lalu di laman web golive-asia, dengan harga bermula RM358 hingga RM1,398.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Persembahan istimewa penyanyi Indonesia, Afgan menerusi Afgan Retrospektif Showcase terus mencuri perhatian apabila jualan tiket menerima sambutan luar biasa daripada peminat di Malaysia.
Menurut wakil penganjur, Renjana Idea iaitu Azlina, pihaknya menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas sokongan padu yang diberikan sejak tiket mula dijual pada 1 Oktober lalu.
“Sambutan yang kami terima sangat positif dan pantas. Ia menunjukkan betapa besarnya pengaruh Afgan serta keterujaan peminat untuk menyaksikan persembahan istimewa ini.
“Kami amat berterima kasih atas sokongan yang tidak pernah putus,” kata wakil Renjana Idea.
Showcase yang dijadualkan berlangsung pada 5 Disember 2025 di Zepp Kuala Lumpur itu diadakan bersempena pelancaran album terbaharu Afgan berjudul Retrospektif.
Menurut Afgan, judul itu dipilih kerana ia mencerminkan perjalanan hidup dan kerjayanya sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini.
“Makna Retrospektif bagi saya adalah momen untuk melihat kembali apa yang sudah terjadi di masa lalu, menjadikannya bahan pelajaran untuk terus berkembang sebagai manusia yang lebih baik.
“Album baharu ini benar-benar mewakili idea itu. Saya melihat kembali perjalanan hidup saya beberapa bulan terakhir, belajar daripada peningkatan yang terjadi, dan akhirnya lahirlah album ini,” katanya.
Album Retrospektif juga membawa nilai sentimental buat penyanyi berusia 36 tahun ini kerana ia merupakan album penuh berbahasa Indonesia pertama yang dilancarkannya selepas tujuh tahun.
“Album ini ibaratnya saya kembali ke genre yang telah membesarkan nama saya, iaitu Indonesian Pop. Sudah lama saya tidak menghasilkan karya seperti ini. Jadi, Retrospektif terasa sangat tepat sebagai judul dan sebagai sebuah titik balik dalam kerjaya saya,” jelasnya.
Mengulas mengenai pemilihan Malaysia sebagai lokasi persembahan, Afgan berkata Kuala Lumpur sudah menjadi rumah keduanya.
“Selain di Indonesia, Malaysia memang sangat istimewa buat saya. Sokongan peminat di sini luar biasa dan saya ingin mereka turut merasai perjalanan baharu saya melalui album ini.
“Itu sebabnya saya mahu mengadakan showcase di Malaysia. Saya sangat teruja untuk berkongsi lagu-lagu baharu secara langsung buat pertama kali di sini,” ujarnya lagi.
Afgan turut menjelaskan, Zepp Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi kerana sesuai dengan konsep muzik yang ingin diketengahkan.
“Kali ini saya ingin suasana yang lebih kasual dan intim. Muzik dalam album ini lebih organik dan ‘raw’, jadi saya rasa Zepp adalah tempat yang sangat tepat untuk menghadirkan pengalaman muzik itu secara jujur dan dekat dengan peminat,” katanya.
Lebih menarik, selain mempersembahkan lagu-lagu baharu daripada album Retrospektif, Afgan juga akan mendendangkan rangkaian lagu popularnya yang pernah menjadi siulan ramai seperti Ku Dengannya Kau Dengan Dia, Terima Kasih Cinta, Jodoh Pasti Bertemu dan banyak lagi.
Menurut Azlina, showcase kali ini akan menjadi malam yang sarat emosi dan penuh nostalgia buat peminat yang membesar dengan lagu-lagu Afgan.
“Selain lagu dalam album Retrospektif, Afgan akan membawa penonton menyelusuri perjalanan seninya melalui lagu-lagu ikonik yang pernah menjadi siulan ramai.
“Kami mahu showcase ini menjadi sebuah malam penuh makna dan memori buat semua peminatnya,” tambah wakil Renjana Idea.
Afgan turut menyatakan bahawa setiap persembahan akan disusun dengan susunan muzik asal agar peminat di Malaysia dapat menikmati pengalaman pertama mendengarnya secara langsung.
“Insya-Allah saya akan memberikan persembahan terbaik. Saya mahu setiap lagu ini memberi makna dan memori tersendiri kepada peminat di Malaysia kerana ia adalah kali pertama mereka mendengar karya ini secara langsung.
“Saya sangat menghargai bahawa perjalanan muzik saya telah menjadi sebahagian daripada kisah hidup peminat di sini, sama ada di saat bahagia atau saat sedih.
“Apa yang paling berharga adalah ketika lagu-lagu saya mampu memberi kekuatan untuk peminat menghadapi kehidupan dengan penuh optimis dan positif. Itu adalah penghargaan terbesar buat saya,” katanya.
Tiket ‘Afgan Retrospektif Showcase’ dijual dengan harga RM1,398 (VIP Box), RM798 (Premium Seat), RM698 (Normal Seat), RM398 (VIP Standing) dan RM358 (General Standing).
Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, peminat boleh melayari laman sosial rasmi Renjana Idea atau mengikuti perkembangan terkini melalui laman media sosial rasmi penganjur.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Datuk Aaron Aziz sanggup mengetepikan rasa sakit demi menjayakan babak-babak aksi dan pertarungan dalam filem terbaharunya berjudul Banduan.
Menurut Aaron, walau apa pun yang berlaku, dia tetap mahu memberikan yang terbaik dan memastikan karya ini mencapai standard seperti filem asal, Kaithi, yang pernah mencetuskan fenomena di India.
“Dalam filem ini, saya bukan berlawan ‘one by one’ tapi saya perlu berhadapan dengan lima hingga 15 penjahat seorang diri. Babak berlawan itu semua berlaku pada waktu malam.
“Satu babak itu makan masa selama dua hari. Ada juga babak di mana pengarah minta saya untuk melakukannya dalam satu take sahaja. Secara keseluruhan, saya lakukan babak tersebut sebanyak tujuh kali.
“Sudah tentu saya ingin lakukan yang terbaik dan lebih lagi. Mungkin disebabkan faktor usia, selepas menjayakan babak tersebut, rasa sakit di sendi-sendi saya tak hilang.
“Sudah ambil ubat dan tampal koyok pun masih sama. Habis sahaja babak berlawan itu, saya terus masuk hospital. Katanya toksik dalam badan agak tinggi dan menyukarkan proses pemulihan.
“Badan saya perlu masuk air dan saya kena banyak minum air untuk pastikan saya buang air kecil untuk keluarkan toksik tersebut,” katanya kepada MH.
Aaron berkata demikian ketika ditemui pada acara tayangan perdana Banduan di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Selasa.
Turut hadir ialah bintang filem Tamil, Karthi Sivakumar, pelakon utama versi asal Kaithi.
Mengulas lanjut mengenai keadaannya pada waktu itu, Aaron memaklumkan dia terpaksa mengingkari nasihat doktor bagi memastikan jadual penggambaran tidak terganggu.
“Selepas empat drip air dimasukkan dan keadaan saya sudah kembali normal, doktor minta saya bercuti selama dua hari untuk berehat.
“Saya cakap tak boleh. Saya kena keluar hospital hari itu juga sebab malamnya masih ada penggambaran.
“Namun, itulah komitmen yang perlu ditunjukkan oleh seorang pelakon. Bila diberi kepercayaan untuk ketuai sesebuah projek, kita kena berkorban.
“Yang tak boleh, kita bolehkan juga. Asalkan kita boleh bangun dan berdiri, kita tetap shoot,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Aaron turut meluahkan rasa teruja apabila lakonannya dalam Banduan mendapat pujian secara peribadi daripada Karthi sendiri.
“Cabaran terbesarkan kami adalah untuk pastikan sama ada kita mampu atau tidak untuk jayakan filem ini dengan baik agar tidak menjatuhkan standard filem asal.
“Kami tak nak pengarah dan pelakon asal anggap kita rosakkan filem mereka. Namun, alhamdulillah, saya rasa kita berjaya.
“Ketika salah satu babak di dalam filem ini, Karthi tepuk peha dan puji lakonan saya. Saya rasa bangga kerana tidak menghampakan dia,” akhirinya.
Filem Banduan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 6 November depan.
Selain Aaron, filem ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Afdlin Shauki, Adlin Aman Ramli, Hushairi Husain dan Fadli Masoot.
Banduan diarahkan oleh Kroll Azry dan diterbitkan oleh Number Twenty One Media dengan kerjasama Dream Warrior Pictures, serta mendapat sokongan daripada Astro Shaw sebagai rakan pemasaran dan pengedaran.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres Fasha Sandha menyifatkan hubungannya dengan rakan artis, Nur Fazura berada dalam keadaan baik, walaupun dia pernah menerima kritikan hebat kerana menghadiri majlis perkahwinan antara Fattah Amin dan Amira Othman.
Menurut Fasha, isu tersebut hanya diperbesarkan oleh segelintir peminat yang mungkin terlalu beremosi.
“Sejujurnya saya tidak mahu bercakap lebih kerana bimbang orang akan salah faham. Namun, apa yang boleh saya katakan, saya masih lagi sahabat Fazura
“Kami juga masih lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing. Pada pendapat saya, baik Fazura atau Fattah, mereka berdua sudah move on serta ada kehidupan dan kebahagiaan masing-masing.
“Mungkin ada segelintir peminat yang agak beremosi. Mereka ada masa untuk mencari tahu dan siasat tentang followers kami di media sosial.
“Pada saya, Fazura dan Fattah kedua-duanya merupakan sahabat saya yang baik, disayangi ramai dan disanjung tinggi,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Anak Mami Kembali itu ditemui ketika majlis pelancaran koleksi terbaharu jenama pakaian She Dazzle di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Fasha turut berharap agar orang ramai dapat menerima hakikat bahawa Fazura dan Fattah akan kekal sebagai keluarga biarpun tidak lagi bersama.
“Kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Seperti pengalaman saya sendiri, dahulu saya tidak rapat sangat dengan Nora Danish. Ketika ini, kami sudah menjadi keluarga.
“Anak saya merupakan adik kepada anak Nora. Jadi, kami sudah bersahabat. Eloklah kalau peminat doakan yang terbaik kerana Fazura akan selamanya akan menjadi ibu dan Fatima pula bakal menjadi kakak kepada anak-anak Fattah nanti.
“Mereka automatik akan menjadi keluarga. Kita doakan keluarga itu terus harmoni demi anak-anak,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada dia berhubung dengan Fazura selepas insiden tersebut, Fasha menjelaskan, dia menunggu waktu yang sesuai.
“Kami belum berjumpa kerana belum ada majlis bersama. Kalau berjumpa pun, kita akan bersikap normal sahaja. Malah, kami juga belum berhubung selepas kejadian tersebut.
“Rasanya lebih elok jika kita tunggu waktu yang sesuai. Ada perkara tak sesuai untuk diperkatakan menerusi telefon sahaja. Bila ada peluang nanti, kita berjumpa secara berhadapan,” kongsinya lagi.
“Fasha turut menegaskan dia memilih untuk tidak memihak kepada sesiapa dan lebih selesa menjadi individu neutral.
“Saya orang yang neutral. Aidil juga seorang yang tenang dan selalu berpesan, walau apapun yang terjadi, kita jangan memilih mana-mana pihak. Kita baik sahaja dengan semua orang.
“Hidup kita akan lebih tenang dan harmoni. Nak kata saya baik itu tidaklah. Saya juga masih belajar untuk jadi lebih baik,” katanya.
Sementara itu, Fasha teruja dan mengakui dia sudah lama menyokong jenama tempatan She Dazzle kerana kualiti dan rekaannya yang eksklusif tetapi berpatutan.
“Pada saya She Dazzle merupakan sebuah jenama yang sangat eksklusif dan cantik tapi mampu milik. Paling penting, jenama ini juga sangat berkualiti.
“Kita tak nak harga yang murah tapi tiada kualiti. Walaupun bunyinya agak ‘demanding’, tapi itulah hakikatnya. Koleksi-koleksinya nampak mahal tapi sebenarnya harganya mampu milik,” ujar Fasha.
Jenama She Dazzle baru-baru ini melancarkan koleksi terbaharu bertemakan ‘She Dazzle Society’ yang memberi fokus kepada gaya ‘Quiet Luxury’.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dewan Filharmonik Petronas (DFP) Kuala Lumpur malam tadi bukan sahaja bergema dengan persembahan hebat penyanyi Shila Amzah, malah turut menjadi pentas penuh emosi yang...