Meskipun terpaksa kerap berulang alik dari Sweden ke Malaysia, pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan hubungan jarak jauh bukanlah satu masalah buat dirinya dan suami, Michael Hansen.
Menurut Sakinah, selain memberikan sepenuh kepercayaan terhadap pasangan, dia dah suami juga enggan terlalu memikirkan mengenai perkara-perkara remeh.
“Bercakap soal kepercayaan pun macam tak guna kalau kita tak percaya dengan pasangan kita. Ketenangan itu yang paling penting.
“Apapun, kita kena ingatkan diri kita sendiri dahulu. Jangan hanya mengharapkan pasangan nak kena percaya dan nak call sentiasa.
“Diri sendiri kena tahu tanggungjawab dan dia pun tahu tanggungjawab dia. Bagi saya ketenangan itu datang dari situ,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, dia dan suami tidak terlalu meletakkan harapan yang tertinggi diantara satu sama lain sebaliknya mereka bersyukur dengan kehidupan yang sedang dijalani ketika ini.
Ads
“Saya tak mahu energi hubungan jarak jauh ini hanya dihabiskan dengan bergaduh. Kalau kita asyik sibukkan fasal bila kita nak jumpa, bila nak ada baby atau nak hidup macam keluarga orang lain, dekat situ sahaja kita dah habis masa.
“Kami hanya mahu menikmati masa sekarang tanpa perlu terlalu risaukan masa hadapan atau lampau. Saya dah penat dah.
“Walaupun orang nampak saya ini merupakan seorang yang dramatik, tapi di fikiran saya tidak. Kalau fikiran saya pun dramatik, rasanya habislah hidup saya. Saya akan terkesan dengan apa netizen cakap. Kalau jadi sebegitu, sedihlah hidup saya.
“Saya tak mahu ada perasaan sebegitu. Saya mahu sentiasa tenang dan gembira dalam hidup. Saya juga bersyukur dengan apa yang saya miliki ketika ini. Jauh atau tidak, yang penting kita gembira,” kongsinya lagi.
Ads
Bercakap soal zuriat pula, Sakinah memberitahu, dia dan suami masih lagi belum ada perancangan.
“Kalau saya hamil, saya memang inginkan perhatian yang lebih. Saya mahu suami dan anak ada di sisi saya. Walaupun bunyinya agak sell fish tapi itulah hakikatnya.
“Saya mahu kedua-duanya dekat dengan saya. Jadi, perkara itu saya tak boleh dapat dalam kehidupan saya.
“Jadi, kami belum ada perancangan untuk mengenai soal zuriat. Keluarga belah suami pun tiada bertanya. Mereka tak macam orang kita dan tak terlalu terbuka,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, pemilik nama penuh Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired itu memberitahu dirinya kini kerap berulang alik daripada Sweden ke Malaysia untuk bertemu dengan anaknya yang kini sedang membesar.
Ads
Meskipun penat, namun, dia menyifatkan perkara tersebut sebagai pengorbanan yang harus ditempuhinya bersama suami.
Terdahulu, pada Februari lalu, Sakinah mengumumkan dirinya telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka Sweden, Michael Hansen.
Sekadar informasi, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan Aliff Adha Jamil sekitar tahun 2015 sebelum bercerai pada Julai 2020.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seornag anak perempuan Anais Adha kini berusia lima tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Sharifah Sakinah & Michael Hansen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru, penyanyi Siti Nordiana atau sinonim dengan panggilan Nana telah menerima kritikan dilaman media sosial twitter.
Netizen telah menulis satu twit kepada Nana dan mengatakan Nana ‘try hard’ ketika membuat persembahan di Pentas Anugerah Juara Lagu 33 bersama pasangan duetnya, Jaclyn Victor.
“Siti Nordiana jangan try hard sgt ye. Jaclyn Victor mmg dh superb so just watch your high notes. #AJL33” tulisnya.
Lantas, Nana menjawab kritikan tersebut dengan berkata,
“Amboiii.. tak try hard pun.. natural la tu suara iols mcm tu” tulisnya.
Lalu, netizen juga memberi pendapat dan mengatakan tidak bersetuju dengan kata kata yang dilontarkan oleh netizen itu.
Alahai netizen pun, tak baik tau cakap macam tu kepada Nana. Apa-apapun Nana telah berikan yang terbaik ketika membuat persembahan tersebut.
Foto : Twitter Siti Nordiana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahwan, Noor Neelofa berpendapat isu mengenai pengambilan epidural dan ubat tahan sakit terhadap ibu yang melahirkan zuriat tidak perlu diperdebatkan.