Selebriti versatil, Ifa Raziah tampil menjelaskan mengenai video keberadaannya di sebuah kedai emas yang tular selepas dia didakwa berbelanja lebih RM100,000 bagi membeli barangan kemas bersaiz dempak, baru-baru ini.
Ifa menjelaskan pembelian tersebut sebagai pilihan hadiah daripada suami, Mohd Yani Abdul Rahman bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-47.
“Iya ini hadiah paling bermakna. Awalnya suami suruh pilih, nak LV (Louis Vuitton) atau set barangan kemas. Sebab saya memang peminat LV. Kalau ditawarkan beg jenama lain pun saya tak mahu.
“Tapi saya cakap dengan suami, tak mahu beg sebab sudah ada banyak, penuh almari. Cukup-cukuplah. Sekarang saya nak buat ‘investment’ demi masa depan.
“Saya nak jadi pengumpul emas. Sebab besok katalah suatu hari berlaku sesuatu pada kita. Dengan pandemik selama dua tahun yang membuatkan ramai terjejas seluruh dunia membuatkan saya mahu menyimpan.
Ads
“Menyimpan daripada segi wang tunai dan emas. Kita tahu walau macam mana pun berlaku pada ekonomi, emas tetap ada nilainya.
“Malah manalah tahu kalau saya pun tak sesenang hari ini, nak jual beg beg mungkin tiada nilai. Jadi lebih baik saya laburkan kepada sesuatu yang lebih bernilai, ada manfaat pada saya di kemudian hari,” katanya kepada MH.
Ads
Ditanya mengenai dakwaan menunjuk-nunjuk susulan harganya yang mencecah harga ratusan ribu ringgit itu, ini reaksi Ifa;
“Ikut majlis, bukan hari-hari saya pakai. Samalah macam kalung ‘love’ besar yang saya beli dulu. Yang lain-lainnya kecil sahaja untuk kegunaan harian.
Ads
“Cuma saya ada kunjungi beberapa buah kedai emas lain, tapi inilah antara rekaan yang dipilih suami untuk saya. Simbolik cintanya kepadaku (rekaan berbentuk ‘love’). Malah suami kalau boleh nak satu set. Hanya yang ini ada set.
“Bila pakai yang begini (emas bersaiz dempak) memang akan ditemani pengawal peribadi dalam empat atau lima orang. Bergantung kepada majlis yang dihadiri. Malah habis sahaja majlis, saya akan buka dan simpan,” katanya.
Atas sebab minat jugalah, Ifa kini mulai belajar cara pengurusan barangan kemas dan tidak menolak kemungkinan untuk membuka kedai emas sendiri selepas ini.
Terdahulu, Ifa ditemui pada majlis sambutan hari hadinya yang turut diraikan oleh rakan selebriti dan usahawan di Red Box The Gardens, Kuala Lumpur, Khamis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Memuat naik foto terbaru di laman Instagram miliknya, posting Datin Diana Danielle nampaknya berjaya mencuit hati netizen.
Dereten buah kelapa yang disusun di halaman rumah dan tiang gol merupakan idea suami, Datuk Farid Kamil untuk melatih anak sulungnya, Muhammad bermain bola sepak.
“@faridkamilz’s style ajar anak main bola,” kongsinya.
Tidak dinafikan, pengaruh aplikasi hiburan Tik Tok semakin mendapat perhatian daripada pengguna media sosial.
Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza ada meluahkan pendapat mengenai pengaruh aplikasi ini yang kini semakin berleluasa.
Menurut Aepul atau nama sebenarnya Noor Syaiful Mohd. Zalaludin, dia meluahkan rasa kesal apabila hampir kesemua lagu Tik Tok dimainkan hampir di kesemua stesen radio tempatan.
Malah, suami kepada pelakon Leez Rosli menyifatkan perkara tersebut sebagai satu tindakan negatif dan memberikan kesan yang buruk terhadap industri muzik tempatan.
“TikTok menguasai radio. 80% senarai lagu. Ianya. Dari. Tik tok.
“Dan orang akan mengabaikan perkara ini. Kerana, apa yang mereka peduli? Mereka berasa seronok.,” tulisnya menerusi akaun Twitter miliknya.
TikTok is controlling the radio.
80% of the playlist. Is. From. Tiktok.
And people will ignore this. Because, what do they care? They get to have fun.
Pengasas busana Muslimah, Belle Al-Yahya sangat sinonim dengan wanita yang tinggi budi bahasa dan memiliki personaliti yang menarik.
Dikurniakan dua orang cahaya mata, Ammara dan Umar, Bella juga merupakan seorang isteri dan ibu penyayang dalam memikul tanggungjawabnya itu.
Belle atau nama sebenarnya Sharifah Nabilla Al-Yahya Syed Shah ada berkongsi postingnya di Instagram yang menjelaskan maksud sebenar nama anaknnya, Umar Khalif.
“Kenapa Umar Khalif? Sebab masa umi and daddy dapat tau jantina baby boy l, time tu tgh baca kisah sahabat Rasullah, Umar Al-Khatab.
Beliau merupakan seorg khalifah Islam kedua seleps kewafatan Saidina Abu Bakar. Apabila mendengar namanya, pasti anda akan teringat sifatnya yang sangat berani,tegas,adil dan bertanggungjawb.
Selain terkenal dgn sifat tersebut,beliau juga memiliki sifat yg sangat lemah lembut dan kasug sayang terhadap rakyatnya.
Tiada apa yg lebih senang bg Umar drpd melihat rakyatnya cukup utk keperluan. Setiap peminpin yg baik akan menerajui msyrkt dgn bajk dan msyrkt yg baik akan melahirkan pemimpin yg baik
Manakala masyarakat yg buruk akan melahirkan pemimpin yg kurg dr segala segu dan mereka akan memilih peminpin mereka berdasarkan nafsu dan kepentingan diri sendri,” jelasnya panjang lebar.
Pelakon popular, Anna Jobling merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini.Menurut Anna, setiap...