Anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo menjelaskan setakat ini dia tidak boleh ulas lanjut berhubung isu penampilan seksi mereka ketika membuat persembahan di acara Good Vibes Weekender, baru-baru ini.

Sabronzo atau Sab berkata, dia menghormati keputusan yang dibuat syarikat pengurusan mereka yang mahu mengeluarkan kenyataan secara rasmi dalam tempoh terdekat.

“On behalf of Universal Music, mereka tidak benarkan kami keluarkan kenyataan lagi sebab nanti mereka akan beri kenyataan.

“Saya pun kena hormat keputusan pihak pengurusan yang tidak benarkan untuk saya beri kenyataan. Lagipun, kami hanya artis dan pihak pengurusan yang buat segala keputusan.

“Sebagai artis, kami hanya ikut saja. Sebab tugas kami hanya untuk buat persembahan dan menyanyi… itu saja,” katanya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DOLLA (@dolla.official)

Artikel Berkaitan;

“Kami Tak Dapat Tahan Sebak,” – ‘Showcase’ Pertama Buat Fans Sejak Jadi Artis, Air Mata Dolla Tumpah

IKLAN

“Kami Tak Mampu Nak Luahkan Perasaan…,” – Yes! Giliran Dolla Muncul Di Papan Iklan Times Square New York

“Waktu Tepat Buat Kami Bantu Mereka Yang Kurang Bernasib Baik,” – CSR Cara Dolla, Cari Orang Yang Perlu Sumbangan

Terdahulu, imej seksi ahli kumpulan Dolla yang terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya di acara hiburan tersebut mengundang kritikan netizen.

IKLAN

Malah sedutan persembahan mereka turut dikongsikan di media sosial, sekaligus mencetuskan tular.

Susulan itu, macam-macam reaksi yang ditinggalkan netizen, termaksuk ads yang membandingkan pakaian Dolla dengan penyanyi dari Korea Selatan,  merupakan ahli kumpulan 2NE1, Lee Chae-rin atau CL yang turut hadir di lokasi sama.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI