Penyanyi, Khai Bahar menjelaskan dirinya terpaksa bersuara bagi menjawab tuduhan melampau yang mendakwanya berseronok dengan rakan lelaki songsang di Langkawi ketika ibunya, Rosnah Muhammad sedang sakit sebelum meninggal dunia pada 2 Januari lalu.
Menurut Khai atau nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin, dia jadi hilang sabar kerana perkara tersebut turut melibatkan nama baik ibunya.
“Saya bercuti di Langkawi bersama empat orang rakan baik. Kami sekampung lagi. Semua bekerja di Kuala Lumpur dan kami selalu bercuti bersama.
“Tiba-tiba, ada pula individu seperti paling tahu saya keluar dengan siapa. Bila dia cakap perkara yang tidak betul, itu yang buatkan saya marah.
“Sebelum ini, ada lagi dakwaan yang lebih dasyat tapi tak bersuara kerana bagi saya ia tidak penting. Kali ini, saya hilang sabar karana ia membabitkan arwah ibu saya.
Siap kata mak terlantar tapi saya pergi berseronok pula.
“Mak saya tak terlantar. Keadaan dia sudah memang begitu. Sedangkan adik beradik saya di rumah pun tak sempat melihat ibu buat kali terakhir,” katanya kepada MH.
Ads
Khai berkata sedemikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2023 di Dadi Cinema Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.
Pada masa sama, penyanyi lagu Oh Wanita ini juga terkilan apabila isu ini secara tidak langsung telah menjejaskan nama baik rakannya itu.
“Orang terdekat yang mengenali saya pasti tahu saya berkawan dengan siapa. Saya jenis yang berkawan dengan semua orang. Saya berhak memilih siapa kawan saya.
Ads
“Kalau nak buat dakwaan fasal saya, kenapa tak kongsi gambar saya? Kenapa kongsi gambar kawan saya? Secara tidak langsung kawan saya yang menerima tempiasnya.
“Sampai keluarga dia pun terkesan,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Khai mendedahkan dirinya sudah pun memaafkan individu tersebut dan enggan memanjangkan lagi hal ini.
Ads
“Saya maafkan individu yang membuat cerita tersebut. Kalau dakwaan tersebut benar, saya akan iyakan. Tapi ia jelas sekali tidak benar.
“Mungkin saya perlu perbaiki hubungan dengan orang sekeliling. Saya pun tak tahu apa salah silap saya pada orang lain. Rasanya saya tiada buat salah.
“Saya akan cuba perbaiki diri dan menjadi lebih baik. Doakanlah saya. Saya tak nak besarkan lagi hal ini. Cukuplah sekali saya bersuara,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Khai Bahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mendukung watak pelacur bernama Juita menerusi drama Nur2 yang telah memulakan episod pertamanya dalam tadi dalam slot Samarinda TV3, Azar Azmi mengakui Juita bukanlah satu watak mudah untuk dibawanya.
Katanya ketika ditemui di sidang media Nur 2 di Kuala Lumpur pada Selasa, watak tersebut begitu sukar hingga beri kesan mendalam.
Ini kerana, setiap sisi perlu diambil kira misalnya dari segi gaya jalan, percakapan dan sebagainya.
“Setiap pergerakan Juita dalam drama Nur ini, baik dari segi dialog, gaya, jalan, bercakap dan semua benda kena buat dengan cara tersendiri.
“Senang cerita kena tampak menggoda dan seksi,” jelas Azar kepada MH.
Malah katanya lagi personalitinya sangat berbeza dengan Juita yang dibawa.
“Untuk bawa watak ni sebenarnya teramatlah penat sebab bukan diri kita yang sebenar, sedangkan saya seorang yang gila-gila,” katanya yang bertuah kerana turut mendapat kerjasama baik dari produksi Nur 2, termasuk pengarahnya.
“Nak pegang watak pelacur bukan senang. Keadaan ketika itu seram sebab bukan tempat pernah ke lokasi sedemikian.
“Kena pula shooting waktu malam, pakai baju seksi, tapi dengan tunjuk ajar dari Abg Ijad (Shahrulezad), saya mula ‘masuk’ dan cuba mendalami watak sedemikian,” ujarnya lagi.
Ditanya apakah cabaran dalam memegang watak berkenaan, dia mempunyai jawapan sendiri.
“Ada satu babak tu dalam kereta bersama Ustaz Adam (lakonan Syafiq Kyle), saya kena buat sampai 7-8 take sbb nak kasi nampak real,tapi itu hanyalah camera trick sahaja untuk nak nampak watak tu real dan menjadi,” katanya.
Drama Nur sebelum ini pernah mencipta fenomena apabila mencatat sebanyak 11 juta penonton.
Malah, ketika ditayangkan pada Ramadan tahun lalu, Nur merangkul kejayaan bagi Anugerah Skrin (ASK) 2018 dengan tiga anugerah, iaitu Drama Rantaian Terbaik (kategori Bahasa Melayu), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Syafiq Kyle) dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Amyra Rosli).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Liza Abdullah mengakui Syawal yang disambut tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran cucu sulungnya, Nadine Alya meski memilih untuk menyambutnya secara sederhana di Kuala Lumpur.
Pemenang kategori Watak Antagonis Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) Ke-34 ini berkata, keutamaan dalam apa jua perkara termasuk sambutan raya lebih kepada anak.
“Saya tidak kisah perihal berganti baju sendiri. Yang penting baju raya anak. Untuk saya sendiri cukuplah sepasang jubah atau memadai sediakan sehelai baju kurung.
“Tahun ini memang saya teruja lain macam sebab bertambah meriah dengan kehadiran cucu,” katanya.
Liza ditemui di majlis Seikhlas Hati dan ST Rosyam Mart, baru-baru ini.
Berkongsi mengenai juadah lebaran, bintang drama 7 Hari Mencintaiku ini beruntung kerana bekas suami terlibat dalam katering.
“Baik ketika raya mahupun hari biasa, saya memang jarang memasak. Macam sebelum ini, rezeki Allah berikan bekas suami bekerja dalam katering.
“Sekarang lagi mudah kerana boleh order secara dalam talian. Secara tak langsung ini boleh membantu kawan lain yang berniaga.
“Cuma saya tahu, kalau diri ini memasak mesti hasilnya sedap. Bukanlah nak cakap besar. Saya juga seorang yang mengikut sukatan untuk memasak sejak dahulu lagi. Saya jenis tak pandai untuk agak-agak seperti orang lain,” katanya.
Liza pada masa sama, turut menyatakan rasa syukur apabika rezeki lakonannya terus murah meski sudah empat dekad bergelar pelakon.
“Dengan bakat kurniaan Tuhan ini, saya beroleh rezeki. Tidak pernah terfikir mengenai anugerah. Saya ikhlas dan bekerja keras demi kelangsungan hidup dan membesarkan anak.
“Saya percaya kalau ikhlas dan buat yang terbaik, orang akan cari kita. Biar nama kita meniti di bibir orang. Akhirnya, hasil kerja kita yang berbicara, bukan populariti yang datang dan pergi.
“Saya berpegang kepada prinsip tak perlu kongsi apa-apa pun secara terbuka termasuk di media sosial. Termasuklah kalau rasa dikhianati, kena tipu dan sebagainya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian sekeping foto penyanyi jelita yang pernah menerima jolokan sebagai ikon fesyen, Datin Seri Camelia menerusi Instagram jurusolek profesional, Khir Khalid mencuri perhatian netizen baru-baru ini.
Bagai mengubat kerinduan peminat, penampilan penyanyi yang sinonim menerusi lagu Rindu Padanya itu yang kini bahagia dengan kehidupan sekarang dilihat kekal anggun menawan seperti dulu.
Camelia atau nama sebenarnya, Dayang Nur Camelia Abang Khalid sebelum ini menempa kemasyhuran lewat tahun 1990-an.
“Demi untuk negeri tercintanya Sarawak. Datin Seri Camelia Khan disolek & didandan #hanyakhirkhalid.
“And a very Happy Birthday to you Pokkkk. Love u long long times back then till now, forever & evah!,” tulis Khir menerusi ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat menitipkan komen pelbagai yang rata-ratanya memuji tatarias Khir.
Malah, tidak kurang yang mengenang memori tatlaka menatap perkongsian berkenaan.
“Flawless.”
“Lawanya Camelia ni. Dari dulu sampai sekarang lawa.”
“Such beauty.”
“Gorgeous as always.”
“Dari zaman saya sekolah, sampai anak saya sekolah sekarang macam tu aje DS Camelia.”
“Love her so much, beautiful as always.”
“Tak berubah wajah beliau, sentiasa manis.”
“Tak makan usia, masih cantik lagi.”
“She’s not aging at all.”
“Camelia ni lama dah tak jumpa. Memang jelita sungguh dia ni.”
Sehingga kini hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 12,000 tanda suka.
Untuk rekod, selain merakam empat buah album studio, Camelia yang sinonim disapa Mimi itu juga pernah dinobatkan sebagai pemenang Artis Baharu Wanita Terbaik dan Vokal Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik Kelima(1998).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan laporan polis membabitkan pelakon popular, Lee Ji-hoon, selepas isterinya mendakwa dirinya dipukul dalam satu pertengkaran di kediaman mereka...