Penyanyi, Bad Indigo mengakui reda dengan segala ujian yang menimpa dirinya ketika ini meskipun dia dilaporkan bakal berdepan dengan risiko cacat kekal serta bergelar orang kelainan upaya (OKU).

Memetik laporan Harian Metro, Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah memaklumkan dia bakal menjalani satu lagi operasai pembedahan untuk membuang ibu jari kaki kirinya bagi mengelakkan penyakit kencing manis yang dialaminya itu terus merebak.

“Saya Harus Melalui Segala Takdir Dengan Berlapang Dada,” – Tunggu Hari ‘Operatiom’ Buang Ibu Jari Kaki, Bad Indigo Reda Bakal Cacat Kekal

Katanya lagi, selepas selesai sahaja pembedahan tersebut, dia difahamkan perlu memohon status OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memudahkan urusannya selepas ini.

“Saya masih menunggu slot untuk menjalani pembedahan membuang ibu jari kaki kiri. Begitu juga proses memohon status OKU yang kebiasaannya mengambil masa selama enam minggu.

“Cuma, buat masa ini, saya tidak mahu larut dengan kesedihan termasuk perasaan mengasihani diri sendiri. Ia akan membuatkan saya menjadi lebih lemah.

IKLAN

“Keutamaan saya mahu menjaga dan merawat luka pembedahan lalu supaya tidak merebak menjadi lebih teruk. Saya juga kena terima hakikat tidak akan ada jari kaki kiri dan tidak boleh berjalan seperti biasa,” katanya seperti yang dipetik.

“Saya Harus Melalui Segala Takdir Dengan Berlapang Dada,” – Tunggu Hari ‘Operatiom’ Buang Ibu Jari Kaki, Bad Indigo Reda Bakal Cacat Kekal

Dalam pada itu, suami kepada penyanyi, Ashira Aziz ini turut menegaskan dia tidak mahu terlalu menurutkan perasaan sedihnya itu dan dia sebolehnya mahu kekal bersemangat untuk menjalani kehidupannya selepas ini.

“Pilihan saya saat ini hanya menjadi kuat. Saya bertuah mendapat sokongan isteri, ibu, anak, keluarga dan mentua yang sering memberikan semangat dan kekuatan.

IKLAN

“Di akhirnya saya percaya diri sendiri kena kuat menempuhi ujian Allah. Sekuat mana boleh pergi, saya tiada jaminan. Cuma, saya seharusnya melalui segala ketentuan takdir dengan berlapang dada,” luahnya lagi.

“Saya Harus Melalui Segala Takdir Dengan Berlapang Dada,” – Tunggu Hari ‘Operatiom’ Buang Ibu Jari Kaki, Bad Indigo Reda Bakal Cacat Kekal

Dikesempatan itu juga, penyanyi lagu Andai Kau Pergi ini turut berharap agar permohonan status OKU ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan kos rawatannya dari semasa ke semasa.

IKLAN

“Saya akui, pergerakan saya jadi terbatas. Namun, ini ujian yang harus diterima.

“Lebih mencengkam apabila sudah lama tiada tawaran nyanyian mahupun tugasan sebagai pengurus acara pada era pandemik. Ujian saya bertimpa-timpa.

“Mungkin status OKU boleh meringankan beban kos rawatan ditanggung,” jelasnya lagi.

“Saya Harus Melalui Segala Takdir Dengan Berlapang Dada,” – Tunggu Hari ‘Operatiom’ Buang Ibu Jari Kaki, Bad Indigo Reda Bakal Cacat Kekal

Sekadar makluman, Bad sebenarnya telah pun terlebih dahulu melakukan pembedahan memotong empat jari sebelah kaki kiri akibat penyakit diabetes pada Mac lalu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI