Pelawak terkenal, Abam Bocey menyifatkan pertemuannya bersama seorang pengguna media sosial yang mempertikaikan zuriat yang baru ditimangnya sudah pun selesai.

Malah, bapa kepada seorang cahaya mata itu juga mengakui mereka sudah pun selesaikan masalah cara baik dan turut berharap netizen tidak lagi berbalah mengenai isu tersebut.

“Alhamdulillah, semuanya selesai dan kami sudah berbaik. Harap semua orang jangan marah-marah lagi,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro lagi, Abam menjelaskan, pertemuannya dengan lelaki yang menulis komen berbaur penghinaan menerusi di Facebook, Jumaat lalu itu individu tersebut berusia dalam lingkungan 50-an hadir ke rumahnya bersama isteri.

Malah, dua anaknya turut sama menemani bapa mereka dari Kuala Berang, Terengganu, semalam.

“Untuk saya, sudah selesai. Orang datang cara baik ke rumah, kita sambutlah dengan baik juga. Alhamdulillah, syukur. Dia sanggup datang dari Kuala Berang untuk berjumpa saya.

IKLAN

“Saya doakan pakcik itu selamat kembali ke Terengganu. Di antara kami, sudah tak ada apa-apa lagi,” jelas Abam.

Terdahulu, fotonya bersama seorang lelaki dipercayai individu yang dimaksudkan tular selepas dimuat naik adiknya, pelawak Syed Ali di Instagram.

IKLAN

Malah, rakan artis serta peminat turut memberikan reaksi pelbagai terhadap foto yang dikongsikan itu.

“Saya Doakan Pakcik itu Selamat Kembali Ke Terengganu,” – Abam Jumpa Empat Mata Netizen Komen Fasal DNA, Anggap Isu Selesai “Saya Doakan Pakcik itu Selamat Kembali Ke Terengganu,” – Abam Jumpa Empat Mata Netizen Komen Fasal DNA, Anggap Isu Selesai “Saya Doakan Pakcik itu Selamat Kembali Ke Terengganu,” – Abam Jumpa Empat Mata Netizen Komen Fasal DNA, Anggap Isu Selesai

Sementara itu, Abam juga turut memberitahu perbincangan dilakukan secara muafakat bersama lelaki terbabit dengan disaksikan ahli keluarganya.

IKLAN

Abam menimang bayi lelaki Jumaat lalu selepas mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Siti Norhidayah pada 8 Disember 2017.

Sejak isu komen penghinaan ke atas Abam itu hangat diperkatakan sejak Jumaat, usaha telah dilakukan bagi menjejaki individu terbabit dan mahu berjumpa dengan pemilik akaun yang menggunakan nama ‘Lau Kok Chan’ secara empat mata.

Foto: Instagram Abam/Syed Ali

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI