Pelakon dan pengacara, Azza Elite atau nama sebenarnya Nur Azzarima Zawari ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, pelakon berusia 40 tahun itu mengimbau kenangan bersama dengan rakan artis, Abby Abadi.
Di samping itu, Azza sempat menitipkan kata-kata doa buat sahabat baiknya itu.
“teringat pertama kali bertemu dgn dia.. @abby_abadi112 .apa resipi bersahabat dan menyayangi sehingga puluhan tahun bersahabat.? kerana saling melengkapi setiap kekurangan.. tp i la yg bnyk kurang tu.
“Duhai sahabatku yang baik hatinya..semoga Allah kurniakan kita rezeki hari ini seluas lautan .. rezeki yang Allah turun kan kepada org org yang soleh..rezeki yang Allah kurniakan agar kita dapat berkongsi dengan keluarga kita.. .
“Seseorang akan bersama dengan orang yang dicintainya.Semoga kita diistiqomahkan untuk terus menebar kebaikan, dan senantiasa meluruskan yang bengkok, saling mencintai atas nama Allah تعليhingga kita bertemu di JannahNya kelak. With love, azza rima .love u lillahitaala,” tulisnya.
Dalam pada itu, isteri kepada ahli politik itu turut meluahkan rasa syukur dan gembira apabila dapat meluangkan masa bersama kesemua pembantu rumahnya.
Malah, peminat juga memuji sikap Zizie yang bersikap penyayang dan pemurah.
Untuk rekod, Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.
Kemudian, pasangan ini dikurnikan seorang cahaya mata perempuan bernama Aalisa Belle Izette pada 1 Mac yang lalu.
Meski masih menanam impian untuk menambah bilangan ahli keluarga, namun penyanyi dan ushawan, Sarah Raisuddin menjelaskan dia tidak merancang untuk mempunyai zuriat lagi dalam tempoh terdekat.
Bagaimanapun, dia dan suami tidak menolak andai dikurniakan rezeki hamil lagi.
“Saya tidak merancang untuk menambah anak dalam tempoh terdekat ini.
“Namun, jika Allah beri rezeki untuk kami dapat anak lagi pada tahun ini, saya terima dengan tangan terbuka,” kata penyanyi Siti Sarah seperti yang dipetik Harian Metro.
Tambah penyanyi Semakin ini lagi, dia sebolehnya mahukan empat cahaya mata bagi melengkapkan mereka sekeluarga. Akan tetapi, situasinya nyata berbeza dengan suami.
“Saya memang mahu menambah seorang lagi anak. Namun suami pula mahu memiliki anak yang ramai kerana dia mahu keluarga besar,” jelas Sarah jujur.
Ditanya mengenai keadaan fizikalnya yang tampak berisi terutamanya di bahagian perut sebelum ini, Sarah menafikan dakwaan segelintir pihak yang membayangkan dirinya hamil ketika Konsert Soul Sisters, baru-baru ini.
“Sebenarnya, saya berdepan dengan masalah hormon tidak stabil hingga terpaksa berjumpa doktor untuk merawat masalah itu sebaik saja selesai konsert sebelum ini.
“Hormon yang tidak stabil turut mempengaruhi berat badan, darah gemuruh dan cepat panik.
“Saya juga terpaksa mengambil ubat yang disarankan doktor untuk merawat masalah hormon tidak stabil ini,” katanya lagi
Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan hasil perkongsian hidup, mereka memiliki tiga anak, Uwais Alqarni, 7, Dzahira Talita Zahra, 4, dan Ariq Matin, 2.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.