Vokalis kumpulan Exists, Mamat yang sebelum ini sering terlibat dengan kontroversi susulan pengambilan bahan terlarang berjanji akan memberikan sepenuh komitmen tinggi bagi mempersiapkan diri untuk Konsert Resolusi Exists yang bakal diadakan pada 18 November ini di Zepp, Kuala Lumpur.

Menurut Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 44, dia berterima kasih kepada ahli kumpulan Exists yang lain kerana tidak pernah meminggirkannya sebaliknya terus memberikan sokongan untuknya bergerak ke hadapan walaupun pernah dihimpit kontrovesi sebelum ini.

“Bila dipanggil balik oleh ahli kumpulan yang lain, ini merupakan satu peluang untuk saya buat comeback dan sama-sama buat sesuatu yang baik untuk industri.

“Lagi satu saya dah tua dan sekarang saya nak fokus pada komitmen kerjaya saya. Sekarang saya rasa kehidupan lebih tenang dan relaks.

“Saya Dah Tua, Sekarang Nak Fokus Pada Kerjaya,” – Mamat Masih Dalam Pantauan AADK, Janji Akan Beri Komitmen Tinggi Untuk Konsert

“Saya nak mereka (peminat) tengok saya sebagai seorang artis yang bekerjaya dan berjaya untuk masa akan datang,” katanya kepada MH.

Mamat ditemui pada majlis sidang media Konsert Resolusi Exists yang diadakan di Bukit Kiara Equestrian & Country Resorts, Kuala Lumpur pada Isnin.

IKLAN

Konsert berdurasi dua jam itu akan menghimpunkan antara line up terawal Exists iaitu Mamat, Ajai, Musa, Along dan Ujang termasuk dua penyanyi pelapis baharu untuk kumpulan itu, Pasha dan Eiz.

Berkongsi lebih lanjut mengenai kehidupannya kini, Mamat berkata dia masih perlu menjalani proses pemantauan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Namun, menurutnya, proses pemantauan itu tidaklah terlalu ketat memandangkan dia kini telah menunjukkan perubahan positif.

“Saya masih lagi dalam pemantauan dan mengikuti program yang dianjurkan oleh AADK. Mereka akan memaklumkan sekiranya ada sebarang aktiviti.

IKLAN

“Saya juga boleh melakukan aktiviti seni tetapi perlu maklumkan kepada mereka mengenai jadual kerja kerana tidak boleh bergerak bebas seperti biasa.

“Saya Dah Tua, Sekarang Nak Fokus Pada Kerjaya,” – Mamat Masih Dalam Pantauan AADK, Janji Akan Beri Komitmen Tinggi Untuk Konsert

“Lagipun saya tidak akan ke mana kerana sebagai individu yang dikenali sudah tentu mereka tahu saya di mana,” katanya.

IKLAN

Konsert anjuran ImagineX itu akan memperlihatkan Exists menghiburkan peminat setia mereka dengan rangkaian hampir 20 buah lagu popular band yang ditubuhkan pada tahun 1990 itu.

Tiket dijual pada harga RM190 (Bronze), RM230 (Silver), RM290 (Gold), RM330 (Platinum) dan RM800 (Meet & Greet) bermula jam 3 petang tadi.

Untuk rekod, Mamat ditahan pada 8 September 2019 ketika menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru bersama seorang rakan kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu.

Selepas mengadakan konsert Exists Reunion di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 September 2019, Mamat kemudiannya menjalani rawatan di Persatuan Pengasih Malaysia.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI