Pelakon dan pelawak, Johan Raja Lawak akui kekangan waktu disebabkan komitmen kerja selaku penyampai radio sedikit sebanyak memberikan cabaran sepanjang menjayakan filem Abang Long Fadil 3.

Menurut Johan atau nama sebenarnya, Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz, ketika penggambaran, dia harus memberikan kualiti lakonan yang terbaik agar dia dapat dilepaskan lebih awal dan memudahkan urusan semua pihak.

“Bila Kita Dah Setuju Harga, Saya Akan Bagi 120%…,” – Buat ‘Stunt’ Sendiri, Johan Tak Berharap Ada Filem ‘Stand Alone’ Chow Han “Bila Kita Dah Setuju Harga, Saya Akan Bagi 120%…,” – Buat ‘Stunt’ Sendiri, Johan Tak Berharap Ada Filem ‘Stand Alone’ Chow Han

“Cabaran ketika melakonkan filem ini adalah apabila saya mempunyai waktu yang sangat terhad disebabkan komitmen kerja bersama stesen radio. Jadi, saya perlu dilepaskan lebih awal.

“Setiap babak, saya kena bagi yang sehabis baik disebabkan saya kena pulang awal. Saya ada cakap dengan Syafiq, sepanjang aku ada dekat sini, kau henjut je aku. Alhamdulillah dia pun lepas cara baik.

“Bila dengan Zizan, selalunya babak itu akan jadi susah sebab kami perlu bertentangan mata. Kita memang tak putus gelak je di set lebih-lebih lagi bila babak berlawan.

IKLAN

“Namun, sepanjang shooting ini, kami sangat enjoy. Satu babak tu boleh jadi sampai tiga hari. Kadang-kadang saya pula yang kena ingatkan Zizan, ‘Zan dah pukul 5 pagi ni, nak gelak lagi ke?’. Pengarah pun terhibur sama dengan kami,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Ozlynn Wati ini juga mendedahkan dirinya sudah bersedia andai khidmatnya masih lagi diperlukan bagi francais filem Abang Long Fadil yang akan datang.

“Bila Kita Dah Setuju Harga, Saya Akan Bagi 120%…,” – Buat ‘Stunt’ Sendiri, Johan Tak Berharap Ada Filem ‘Stand Alone’ Chow Han “Bila Kita Dah Setuju Harga, Saya Akan Bagi 120%…,” – Buat ‘Stunt’ Sendiri, Johan Tak Berharap Ada Filem ‘Stand Alone’ Chow Han

“Sebenarnya saya tak kisah pun. Segalanya bergantung kepada permintaan. Selagi saya berdaya, saya akan buat. Lagi pun, bila buat filem seperti ini, saya kena pergi training seperti kelas gimnas dan akrobatik.

IKLAN

“Babak aksi itu kebanyakkannya saya buat sendiri. Itu adalah usaha saya. Bila sekali kita dah setuju dengan harga, saya pasti akan bagi komitmen 120 peratus kepada pengarah.

“Kalau saya ditawarkan lagi, saya akan lihat dulu kemampuan saya untuk pergi latihan. Disebabkan latihan itulah yang membuatkan filem ini cantik,” ujarnya lagi.

Ketika ditanya ada dia meletakkan harapan agar pihak pengarah mengadakan filem ‘stand alone’ bagi watak Chow Han, Johan memberitahu, segalanya bergantung kepada rezeki.

“Saya tak mahulah terlalu berharap. Apa yang saya buat, saya tak boleh nak harapkan pembalasan tetapi saya percaya setiap perbuatan itu ada balasan.

IKLAN

“Kalau diberikan tawaran satu hari nanti, kita boleh pertimbangkan. Ada rezeki, kita buat,” akhirinya.

“Bila Kita Dah Setuju Harga, Saya Akan Bagi 120%…,” – Buat ‘Stunt’ Sendiri, Johan Tak Berharap Ada Filem ‘Stand Alone’ Chow Han “Bila Kita Dah Setuju Harga, Saya Akan Bagi 120%…,” – Buat ‘Stunt’ Sendiri, Johan Tak Berharap Ada Filem ‘Stand Alone’ Chow Han

Dalam filem ini, Johan turut bergandingan bersama isterinya, Ozlynn sebagai watak antagonis.

Terdahulu, filem komedi aksi ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 8 September ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI