“Tapi ya… anda akan tahu nanti tidak lama lagi apabila kes ini dibawa ke peringkat lebih tinggi ke mahkamah nanti. Saya akan jelaskan apa yang sebenarnya berlaku,” katanya lagi.
Ads
Bintang berusia 39 tahun itu berkata demikian sejurus sidang media Konsert Faztival Fazura 2022 yang di Hotel Mandarin Oriental, pada Jumaat.
Terdahulu, Fazura berkongsi sekeping foto menunjukkan papan tanda sebuah balai polis pada 30 Julai lalu di Instagram.
Ads
“Sedikit pencerahan. Ini kes yang lebih berat. Kita serahkan ke hadrat Allah SWT dan kepada PDRM,” kongsinya juga menerusi Instagram stories.
Penyanyi Nashrain menyifatkan peluang kedua yang diberikan oleh label rakaman terbaharu tanah air, Armani Entertainment Group (AEG) haruslah dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak harus dipersiakan.
Menghargai kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk terus berkongsi bakat dimiliki, penyanyi asal Ipoh Perak ini tampil memperkenalkan single pertama yang berjudul Dahlia, sebuah karya ciptaan Anas Amdan.
Menurut Nashrain, tidak kira cepat atau lambat, rezeki sememangnya telah disusan atur dengan baik oleh Allah SWT.
“Alhamdulillah, syukur dengan izin-NYA saya diberikan peluang kedua yang tidak ternilai ini hasil kepercayaan pihak AEG yang ‘nampak’ bakat yang saya ada.
“Platform yang disediakan pihak rakaman lengkap kerana mempunyai team yang cekap dan sentiasa membantu saya dalam apa jua perkara,” katanya kepada MH.
Semenjak dilancarkan pada 29 Julai lalu, single Dahlia yang sudah pun meraih lebih 70,000 jumlah tontonan di YouTube. Malah, rata-ratanya juga memberi respon yang sangat memberangsangkan.
“Semuanya berjalan lancar seperti yang direncanakan. Walaupun masih baru saya percaya lama-kelamaan ia akan membuahkan hasil kerana kejayaan tidak diraih dalam sekelip mata.
”Kebanyakan komen yang saya terima, ramai yang tertunggu bila saya akan muncul dengan lagu baharu setelah tidak muncul dengan mana-mana single setelah sekian lama,” ujarnya lagi.
Bercerita lebih lanjut tentang single tersebut, Nashrain berkata, Dahlia diinspirasikan daripada kisah kepayahan yang terpaksa ditanggung oleh orang ramai ketika fasa pandemik yang lalu.
“Lagu ini adalah berdasarkan cerita sebenar yang berkait rapat dengan hubungan kekeluargaan, tambahan pula kita baharu sahaja dalam fasa pemulihan sejak berlakunya bencana Covid-19.
“Ramai yang kehilangan orang tersayang dan ada pula terpaksa berjauhan dengan keluarga. Sebagai ketua keluarga saya harus menggalas tanggungjawab ini demi mencari rezeki dan mengejar cita-cita,” kongsinya lahi..
Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata ini percaya hanya bakat yang mampu membawa seseorang itu pergi jauh dalam industri meskipun tidak menafikan kelebihan teknologi moden pada era ini.
“Dalam dunia serba moden ini, pembangunan teknologi digital hanya membantu dari belakang dan bukan nombor satu. Jadilah penyanyi yang sentiasa bersiap siaga, dan hargai sokongan peminat.
“Saya tidak mengejar kemasyhuran, saya betul-betul ikhlas dalam berkarya dan langkah pertama saya adalah menembusi pasaran arus perdana dan membuktikan kemampuan saya yang sebenar,” tegasnya.
Menaruh harapan yang tinggi terhadap Dahlia, penyanyi ini mengharapkan agar lagu tersebut mendapat perhatian ramai.
“Untuk peminat yang mengenali saya,
lagu ini untuk anda semua. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya dan percaya pada bakat yang saya ada.
”Semoga Dahlia menjadi permulaan peluang kedua saya dan doakan saya agar dapat berikan yang terbaik buat semua,” akhirinya.
Dahlia kini sidah boleh didengari pada bila-bila masa melalui rangkaian aplikasi penstriman atas talian popular seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala MV single ini boleh ditonton oleh peminat secara eksklusif hanya di saluran YouTube Armani Entertainment.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Genap setahun penyanyi Siti Sarah Raissuddin pergi menghadap Illahi dan suaminya, Shuib memuat naik video kenangan arwah isteri beserta dedikasi yang cukup menjentik hati.
Kenangan bersama arwah dikongsikan Shuib menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram.
“9.8.2022. Genap setahun sayang pemergian you. Inilah video yang selalu buat i sedih yang teramat. Masa ni pregnant 5 bulan, you nak sangat makan dekat tempat favourite you, berkali kali call sebab nak ajak pegi makan.
“Bila i pegi amik, buat pulak muka comel, dengan manjanya sekali. Alhamdulillah dapat you makan kat tempat yang you nak,” tulisnya.
Di dalam perkongsian sama, usahawan ini turut memberi pesan kepada para suami supaya cuba sehabis baik melayani insan tersayang.
“Pada suami semua, selagi mana kita boleh tunaikan permintaan orang yang kita sayang, cubalah sehabis baik untuk memenuhi segala permintaan yang tersayang kerana mugkn itu adalah permintaan yg terakhir.
“Terima kasih yang terus mendoakan Siti Sarah. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati dunia dan akhirat, Amin. Al Fatihah buat SITI SARAH BT RAISSUDDIN,” tulisnya lagi.
Terdahulu, allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti COVID-19.
Sehingga kini, video berkenaan sudah menerima hampir 300,000 tanda suka dan disusuli ribuan doa dari rakan selebriti dan peminat. Al-Fatihah Allahyarhamah Siti Sarah…
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio Buletin FM, Muaz Mohamed melahirkan perasaan teruja menimang cahaya mata ketiga selepas isteri, Ediana Aziz selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan pada malam Selasa lalu.
Berita gembira itu dikongsikan Muaz atau nama sebenarnya, Muazanazzuddin Mohamed menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua, kelmarin tepat jam 8.18 malam bersamaan 16 Ogos (Selasa), cinta hati saya selamat melahirkan anak perempuan pertama kami.
“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Terima kasih atas doa dan kata-kata indah yang telah dititipkan,” tulis Muaz.
Dalam perkongsian itu juga, Muaz turut mendoakan anak perempuan tunggalnya itu akan menjadi anak yang solehah serta mempunyai baik budi pekerti.
“Selamat lahir ke dunia anakanda yang cantik nan jelita. Semoga kelak bisa menjadi anak yang baik akhlaknya, budi pekertinya dan menjadi bunga yang sentiasa mewarnai keluarga kita.
“Daddy, Mummy, Abang Emir dan Ezra love you.
“Jaga-jaga daddy akan follow ke mana-mana sahaja awak pergi ok,” tulis Muaz lagi.
Muaz bagaimanapun belum berkongsi wajah serta nama puterinya buat tatapan umum.
Penyampai radio berusia 38 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan Ediana pada 16 Februari 2013.
Mereka turut mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Emirza Mukhriz, 8, dan Ezra Mikhail, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Muaz Mohamed
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.