“Saya Bukan Nak Melawan, Tetapi…,” – Aina Abdul

Kian dikenali menerusi single Sumpah tahun lalu, bintang yang cukup hebat vokalnya, Aina Abdul kini tampil dengan lagu terbaru berjudul Semalam.

Statik dalam mengekalkan reputasi sebagai ‘singer-songwriter’ yang kuat dalam menyampaikan mesej dalam setiap karyanya, Aina kali ini cuba membawa isu hubungan toksik menerusi single barunya itu.

Mengakui Semalam sudah pun diciptanya tahun lalu sebelum Sumpah mara ke Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), Aina juga optimis untuk melihat sukses sama terhadap Semalam.

“Saya tulis Semalam sebelum Sumpah berjaya mara ke semi final Muzik-Muzik lagi. Saya isi masa untuk tulis lagu sebagai persiapan sendiri untuk lancarkan single seterusnya.

“Jadi inilah dia, Semalam yang saya persembahkan ini adalah berkisar mengenai ‘hubungan toksik’ yang berdasarkan dari pengalaman sendiri dan sekeliling juga.

IKLAN

“Ia berbeza dengan Sumpah tetapi subjeknya masih sama. Semalam lebih jepada rasa kecewa. Sumpah mengisahlan mengenai penyesalan, tetapi kali ini ia lebih kepada rasa kecewa kerana diperlakukan sedemikian dalam menjalin hubungan cinta,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai pendiriannya untuk terus menghasilkan lagu-lagu yang menyuntik elemen sedemikian, bintang ini mengakui dirinya tidak akan terus berhenti dari berkarya hanya kerana komen yang menghentam.

“Saya tidak akan berhenti berkarya hanya kerana komen dan hentaman netizen kerana kontroversi terdahulu. Saya bukan nak melawan, tetapi saya akan keluarkan sesebuah lagu yang selari dengan mesej dan situasi.

IKLAN

“Isu yang saya ketengahkan ialah ‘emotional abuse’ dan ‘domestic violence’. Saya takkan berhenti untuk terus ketengahkan isu sedemikian,” akui Naib Juara Mentor Legend ini lagi.

Terdahulu, Semalam sudah berada di semua saluran muzik secara digital menerusi platform Spotify, Joox, Apple Music dan Deezer sejak Mac lalu dan lirik videonya juga boleh ditonton di laman YouTube.

Sehingga kini, muzik video lirik Semalam sudah pun ditonton hampir 400,000 kali.

https://youtu.be/ItbUQIXQUDs