Pelakon dan usahawan sensasi, Zarina Anjoulie turut diundang sebagai tetamu jemputan rancangan hiburan MeleTOP, semalam.

Difahamkan, keberadaan Zarina bersama pengarah, Asmawi Ani atau lebih mesra dengan sapaan Mawi bagi mempromosikan filem terbaru, Hantu Kuat Ketawa.

“Saya Buka DM, Tengok Terus Dapat Offer, Memang Rezeki Terpijak…,” – Hantu Kuat Ketawa, Ini Kata Zarina Anjoulie “Saya Buka DM, Tengok Terus Dapat Offer, Memang Rezeki Terpijak…,” – Hantu Kuat Ketawa, Ini Kata Zarina Anjoulie

Ketika sesi temu bual bersama hos Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, Zarina akui sememangnya sudah lama tidak bergiat aktif dalam dunia lakonan sebelum ini.

Jelasnya, hal ini berlaku oleh kerana dia terpaksa menolak setiap tawaran lakonan yang diterimanya atas sebab masalah kekangan lokasi penggambaran terlalu jauh.

“Kalau ikutkan memang nampak saya sekarang banyak buat produk reviu, tapi sejujurnya saya lebih suka dengan lakonan sebenarnya.

IKLAN

“Memang tidak dinafikan, saya memang ada banyak dapat tawaran berlakon sebelum ini tetapi semua lokasi penggambaran yang dijalankan sangat jauh,” katanya.

“Saya Buka DM, Tengok Terus Dapat Offer, Memang Rezeki Terpijak…,” – Hantu Kuat Ketawa, Ini Kata Zarina Anjoulie “Saya Buka DM, Tengok Terus Dapat Offer, Memang Rezeki Terpijak…,” – Hantu Kuat Ketawa, Ini Kata Zarina Anjoulie

Dalam pada itu, pelakon berusia 34 tahun ini turut menceritakan situasi yang berlaku ketika menerima tawaran lakonan filem ini.

“Nak jadikan cerita, macam mana saya boleh terima tawaran lakonan daripada Mawi, kebetulan sebelum itu saya memang sedang tonton filem pertama arahan dia.

IKLAN

“Kemudian, saya terfikir macam seronok juga kalau dapat peluang berlakon dengan Mawi. Selepas itu, saya ada buka Direct Message (DM) tengok terus dapat offer, memang rezeki terpijak betul,

“Bila dah bincang bersama, saya dapat tahu lokasi penggambaran yang akan dijalankan pula sangat dekat, syukur Alhamdulillah jadi saya pun terus terima,” kongsinya lagi.

Hantu Kuat Ketawa ini merupakan filem kedua dibawah arahan Mawi dan telah mula ditayangkan menerusi saluran Astro First (480) dan On Demand, pada 9 Februari lalu.

IKLAN

Selain Zarina, filem ini turut dibintangi pelakon hebat Saiful Apek, Syanie, Along Cham, Zalif Sidek dan ramai lagi.

“Saya Buka DM, Tengok Terus Dapat Offer, Memang Rezeki Terpijak…,” – Hantu Kuat Ketawa, Ini Kata Zarina Anjoulie

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Zarina Anjoulie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI