Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkongsi kisah suka duka liku-liku kehidupannya ketika diundang sebagai tetamu jemputan rancangan Keringat Selebriti, di Awesome TV.
Di samping bercerita mengenai latar belakang dirinya bersama penonton, Elly turut mengenang perjalanan karier seninya sepanjang lebih dua dekad.
Penyanyi ini memberitahu dia mulai terlibat dalam nyanyian seawal berusia 17 tahun.
“Saya mula ada album pertama ketika saya di tingkatan lima, kalau dikira balik, saya dalam industri lebih 20 tahun.
“Tapi sebelum ada album pertama, saya memang dah mula menyanyi di sekitar kawasan perumahan dekat Sitiawan, Perak dulu,” kongsi Elly yang menyifatkan single Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan banyak membantu menaikkan namanya dalam industri.
Mengulas mengenai kehidupannya kini, Elly akui bertuah kerana dikurniakan suami terbaik di matanya kini.
Ads
“Arwah Mama pernah pesan, walaupun suami kita suka makan Mi Segera hari-hari, dia cakap tak apa masak Mi Segera pun tak apa. Tapi kita sebagai seorang isteri, tak boleh macam itu.
“Kita kena siapkan yang terbaik untuk suami kita, kalau kita dah cuba buat yang terbaik tapi bukan rezeki kita dengan suami kita, maknanya itu bukan jodoh kita. Saya dah cuba buat yang terbaik, mungkin bukan rezeki dan jodoh saya.
“Saya bersyukur sangat sebab Allah gantikan suami (Azlan) yang sangat baik. Saya tak pernah rasa apa yang suami saya buat ni untuk saya, anak dan bapa saya.
Ads
“Anak saya Sefhia tak pernah rasa sentuhan, belaian seorang bapa dan saya pun tak pernah rasa berjalan dengan suami dan anak, saya tak pernah rasa semua tu sebelum ini.
“Tapi Alhamdulillah Allah bagi saya peluang itu, dan saya tak minta apa-apa dengan suami. Saya cuma minta dia bahagia dengan saya, bertanggungjawab, sayang saya, anak dengan bapa saya dan kesetiaan dia,” luahnya sambil menitiskan air mata.
Ads
Untuk rekod, Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan.
Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini sudah mencecah usia enam tahun.
Selepas itu, Elly mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Azlan Che Noh yang sinonim disapa sebagai Cikgu Azlan pada 18 Januari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Haider Mateen, 4 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang baharu, Myra Natasya rupa-rupanya ialah anak tunggal bekas penyampai radio popular, Halim Othman, 56.
Menurut Myra, 27, yang juga finalis Dewi Remaja 2019/2020 itu kepada Harian Metro, sudah tiba waktu sesuai untuknya mendedahkan mengenai perkara tersebut.
“Selama tiga tahun ini, saya ‘menutup kemas’ identiti ayah kerana menghormatinya yang selama membina nama sebagai penyampai radio dan pengacara, memang tidak pernah buka mulut bercerita mengenai kisah peribadi dan keluarga.
“Malah, pada awal pembabitan dalam karier seni ini pun, ayah kurang setuju kerana bimbangkan diri saya. Tapi, selepas dia menonton saya mengacarakan Didik TV, banyak ilmu dikongsikannya.
“Dia pun nampaknya bangga dengan saya kerana mampu berusaha untuk menapak dalam karier ini dengan bakat sendiri tanpa bergantung dengan namanya. Saya sayang dan menghormati ayah,” katanya.
Dia pada masa akui sudah memaklumkan kepada bapa untuk berkongsi perkara sebenar apabila ada orang bertanya.
“Hubungan saya dengan ayah memang baik, walaupun saya tahu dia kurang selesa berkongsi kisah peribadinya dulu kepada media. Malah, dia kalau bercakap pun suka berkongsi kisah semasa atau politik.
“Tapi, saya dah cakap dengan dia akan beritahu siapa saja yang tanya. Dia faham dan harapan saya ingin berjaya dalam karier ini,” katanya.
Selain makin aktif dalam seni, Myra juga merupakan tenaga pengajar sukan sorak untuk beberapa sekolah menerusi syarikat ditubuhkannya.
Difahamkan, Myra atau nama sebenarnya, Yusmyra Natasya ialah anak Halim bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Biarpun belum ditayangkan di pawagam tempatan, filem Imaginur arahan Nik Amir Mustapha terpilih dalam kelompok lapan filem Asia yang layak merebut trofi Filem Cereka Terbaik pada Festival Filem Asia New York (NYAFF) 2022 di New York, Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung bulan depan.
Filem cinta yang menerapkan elemen fiksyen sains itu bakal bersaing dengan tujuh judul lain iaitu Look At Me (Singapura), Reclaim (Taiwan), One and Four (Tibet), Angry Son (Jepun), The Sales Girl (Mongolia), Fast & Feel Love (Thailand) dan Perhaps Love (Korea).
Lebih mengujakan, filem Imaginur yang dibintangi Beto Kusyairy dan Diana Danielle akan dipertontonkan buat kali pertama di Walter Reade Theater, Film at Lincoln Center, New York, pada 23 Julai ini.
Menyedari tujuh filem lain terutama dari Korea, Jepun, Taiwan dan Thailand hebat-hebat belaka, Nik Amir tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi kategori tersebut.
“Saya sedar, peluang untuk menang pasti sengit. Namun, berjaya disenaraikan dalam kategori Filem Cereka Terbaik sudah cukup menggembirakan kami.
“Sekiranya Imaginur dipilih sebagai pemenang, tentu sekali kami sangat bersyukur.
“Sebenarnya, berada dalam kelompok lapan yang terbaik pun sudah cukup membanggakan kami.
“Namun, kami mengharapkan yang terbaik kerana menjadi wakil sulung dari Malaysia ke NYAFF 2022,” katanya.
Filem Imaginur mula menjalani penggambaran pada Mac 2020, namun, terpaksa ditangguhkan akibat penularan pandemik Covid-19.
Imaginur berkisar kisah seorang lelaki yang berdepan pelbagai kejadian pelik apabila menggunakan khidmat hipnosis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan laporan polis membabitkan pelakon popular, Lee Ji-hoon, selepas isterinya mendakwa dirinya dipukul dalam satu pertengkaran di kediaman mereka...