Dunia hiburan pernah dikejutkan dengan pendedahan pengacara, Nazruddin Habibur Rahman atau Naz yang berkongsi secara terbuka mengenai tumor dalam perut yang dihadapinya sekitar 2014 lalu.
Walaupun telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam perut, namun setiap tahun dia akan melakukan ujian pemeriksaan kesihatan kerana bimbang tragedi sama akan berulang.
“Setiap tahun saya akan lakukan check up sebab kita tak tahu bila akan pergi. Setiap tahun saya terfikir janganlah ambil nyawa lagi. Dekat sinilah kita sedar, apa yang kita kejarkan? Di penghujungnya, hanya kita dan Allah.
“Pengalaman berdepan dengan tumor buatkan saya tersentak. Pertama kali saya terfikir, anak saya baru lahir.
“Bila kita sedar saat Allah nak cabut nyawa, masa tu seribu penyesalan pun tak guna. Sekarang saya faham, kenapa orang kata kesakitan itu satu hikmah.
“Jangan sia-siakan peluang dalam hidup. Jangan mati dalam sesalan. Setiap detik, setiap waktu berharga.
Ads
“Orang ingat emas berharga, cinta berharga? Masa adalah yang paling berharga dalam dunia,” kongsinya sambil mengalirkan air mata.
Masa semakin mengejar, namun pengacara Jalan Jalan Cari Makan ini telahpun membuat persediaan rapi andai masa tidak menyebelahinya kelak.
Ulas lelaki berusia 40 tahun ini, buatlah perancangan rapi agar isteri dan anak-anak selesa walau selepas pemergian kita. Jangan sesekali tinggalkan hutang dan beban untuk ditanggung mereka yang masih hidup.
Ads
“Bila kita rasa masa terlalu suntuk, kita akan kelam kabut dan kalut. Namun kena ada perancangan. Bila berdepan dengan maut, sebagai seorang suami dan ayah, secara duniawi, semua telah tersedia, insuran, waris.
“Saya telah pesan kepada isteri dan anak-anak, you live your life to the fullest. Saya berjanji dengan mereka, sekiranya saya pergi, saya tidak akan tinggalkan mereka dengan hutang.
“Jangan kita tinggalkan dunia ini dengan hutang untuk yang tersayang. Kalau kita betul-betul sayang mereka, kenapa awak tinggalkan hutang untuk mereka? Buat apa awak berhutang untuk kereta besar, rumah besar tapi bila awak tak ada, isteri awak kena kerja 24 jam hanya untuk sara anak-anak. Itu tak adil,” tuturnya lagi dalam nada tersekat-sekat.
Ads
Mengakui belum punya cukup persediaan untuk mengadap Ilahi, namun dia cuba menjadi muslim yang lebih baik dari sehari ke sehari.
“Untuk persediaan akhirat, apa yang penting adalah perjalanan kita menuju ke sana. Ibadah kita memang tidak pernah cukup, namun asalkan hari ini kita lebih baik daripada semalam, ia memadai. Awak nak duduk di dunia ini bagaimana? Sebagai penumpang atau pemandu?
“Jangan tunggu esok atau lusa sebab mungkin esok awak dah tak ada,” tegasnya.
Satu perkongsian yang penuh makna dan sarat dengan emosi. Semoga hari-hari kita lebih baik daripada semalam.
Jika mahu berubah, lakukan sekarang kerana esok mungkin sudah terlambat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan meluahkan rasa sedih dan terlikan terhadap pihak peniaga yang sewenang-wenangnya menggunakan gambarnya dalam mempromosikan produk jualan, termasuk makanan.
Katanya menerusi Instagram awal semalam, hal tersebut sudah lama berlaku, namun ia masih lagi berterusan meski pihaknya sudah menegur pihak yang terlibat.
“Ini kerja manusia Tak bertanggungjawab..amik kesempatan eksploitasi I sebagai Artis, sesuka hati buat bunting pakai Gambar Serina & Nama semata Mata nak lariskan Karipap dia.
“Bertahun dia dah guna Gambar ni, dulu niaga di pasar malam Damansara pun I dah arahkan org tegur dia masih lagi pakai. Allah nak tunjuk today I Jalan di Bazar ramadhan melawati terserempak depan mata terus,” maklum Serina.
Pada masa sama, Serina turut mendakwa jawapan yang diberikan pihak terbabit sebagai bodoh apabila ditegur cara baik.
“I tegur cara baik. Dia kata dia Tak tau Tak boleh guna ,alasan bodoh! Dah pernah tegur dulu. Paling Biadab makcik ni Boleh menjawab kata ” TAK BOLEH KAYA PUN SAYA GUNA GAMBAR U!”
“Of coz Tak boleh Kaya guna cara Haram & Tak minta izin I..rezeki Tak berkat! Jangan sampai I saman u. Last warning. Pls jangan percaya I Tak pernah Ada produk Karipap besar jual di Bazar Mana Mana.
“Org sampai keliru text me kata I Ada beli dah Karipap besar produk u . Inilah akibat sesuka hati Pakai nama & Gambar Selebriti, tulisnya panjang lebar sambil disusuli dengan tanda palang #bukanproduksaya #jangantertipu #peniagatakjujur #viral.
Foto: Instagram Serina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan dan bintang Indonesia, Tya Arifin ada berkongsi kisah saat melahirkan anak keduanya, Azzahra Jiwa Asyraf menerusi Instagram miliknya.
Malah, menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu juga memberitahu bahawa Azzahra dilahirkan awal tujuh hari dari jangkaan.
“Cerita tentang Persalinan Azzahra Jiwa @azzahrajiwaasyraf
“Due date Tya adalah tepat hari ini, 15 May 2019 ,40 weeks.
“Tanggal 7 May, Tya checkup dengan dokter, Dr. Suhaiza Salleh. Saat itu dr advice agar baby lahir tak besar, kita boleh awalkan persalinan. Dr pun sudah mengecek dinding rahim, etc dan mengatakan Tya sudah ready bila2 masa kalau nak bersalin , org kata dah cukup bulan.
“Jadi Tya dan Ap bersepakat untuk memilih tarikh 9 May dan kita akan datang ke hospital pukul 9 pagi. Saat itu, perasaan Tya campur aduk, “Happy-Nervous-Tak sabar-Takut-lain lainnya”.
“Kenapa Nervous-Takut? Karena mungkin normal, namanya nak bersalin. Yang memperjuangkan hidup dan mati. Dan Tya ada pengalaman melahirkan baby berat 4kg, Arif. So perjuangan saat itu luar biasa.
“Kenapa Happy-Tak sabar? Ya. Karena Allah telah menjawab doa Tya. Ia memberikan anak perempuan yang Tya doakan dari awal lagi. Alhamdulillah. Allah Maha Baik.
“8 May, Pagi. dari pagi Tya sudah siapkan barang2 yang nak dibawa ke hospital. Malam. Perasaan takut nervous (negative) Tya dah buang jauh jauh. Tya fokuskan semua pada kebahagiaan (positive). Malam itu, pukul 11, sebelum tidur. Tya berhajat, berdoa pada Allah meminta kemudahan bersalin, di percepat dan di lancarkan. Sebelum menutup mata, di fikiran Tya, Tya membuat suatu ‘movie’ yang Tya nak dari alur cerita, apa yang terjadi pada persalinan nanti. Tya bayangkan, seperti kita menton movie.
“Macam ni…“Tya akan datang ke hospital, tya sudah merasa ada kontraksi, dokter datang dan Tya dah bukaan 4. Setelah itu, beberapa menit, merasai kontraksi. Dokter datang dan cek Tya dah bukaan 8, dan terus Tya siap bersalin.
“Tya akan push push tapi tak lama, dan keluar lah baby. Semua akan relax, happy, dan positive. Dipermudah dipercepat.” Dan Tya pun tawakal dan tidur.
“Sekitar pukul 3 pagi, Tya seperti mendapat kontraksi, awalnya Tya anggap itu kontraksi palsu. Karna due date Tya adalah 15 May. Tya cobakan tidur kembali. Tapi kontraksi datang lagi, bercak2 flek/air keluar. Agaknya Tya kira, kontraksi itu setiap 10 menit datang. Semakin cepat,” tulisnya panjang lebar.
Tya dan suaminya, Asyraf Khalid mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan cahaya mata iaitu Arif Jiwa,2 tahun dan Azzahra Jiwa kini berusia 8 hari.
Terdahulu, Tya selamat melahirkan Azzahra seberat 3.6kg secara normal jam 9:21 pagi pada Khamis lalu.
Untuk mendidik dan menjaga anak yang menghidap autism bukanlah suatu perkara yang mudah dan semestinya memberi cabaran dalam kehidupan.
Pelakon senior Zarina Zainuddin ada berkongsi rasa sedih mengenai dugaan hidup yang ditempuhi oleh dirinya dalam mendidik anak-anaknya yang menghidap penyakit austim.
“Assalamualaikum Hari ini balik shooting saya tengok azil dalam bilik air saya hidung penuh darah..dia masih pukul hidungnya lagi..satu bilik air terpercik darah dari hidungnya dia korek2 ..saya cuba redakan amarahnya..”
“Kesian dia tak boleh bercakap.. Sedih saya tengok keadaannya ..Kadang saya gelak2 buat gila2 kerana saya cuba hiburkan hati sendiri..bila sendiri dalam bilik air biasanya saya nanggis sampai mata bengkak2 dah puas nanggis saya keluar bilik air”
“dan saya kata pada diri saya tak boleh sedih kerana anak2 saya tak mahu tengok saya sedih.. Sabarlah hati.. pujuklah diri bawa berlari”tulisnya menerusi Instagram.