Pengacara dan penyampai radio, Isha Norsham memaklumkan dirinya kini sedang dirawat di hospital selepas diserang alahan yang agak teruk gara-gara makanan seafood.

Menurut Isha, sebelum ini, dia hanya akan mengalami simptom gatal atau bengkak yang biasa tetapi kali ini alahan tersebut telah menyebabkan dia sukar untuk bernafas.

“Saya Beritahu Kakak Leher & Dada Rasa ‘Sesak’,” – Diserang Anafilaksis, Hos Isha Norsham Terima Rawatan Di ICU & CCU “Saya Beritahu Kakak Leher & Dada Rasa ‘Sesak’,” – Diserang Anafilaksis, Hos Isha Norsham Terima Rawatan Di ICU & CCU

“Saya seorang yang sangat sukakan makanan lebih-lebih lagi seafood. Sebelum ini, saya hanya akan mengalami gatal-gatal biasa atau bengkak di bahagian mulut dan ia boleh dirawat dengan antihistamin.

“Bagaimanapun, ia jadi sebaliknya apabila saya diserang anafilaksis serta asma dan sakit-sakit sendi.

“Dua jam selepas makan malam, ketika saya sedang menonton Netflix, secara tiba-tiba saya mengalami kesukaran untuk bernafas dan saya beritahu kakak saya yang leher serta dada saya berasa sangat sesak,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program Gempak TV itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

IKLAN

“Saya Beritahu Kakak Leher & Dada Rasa ‘Sesak’,” – Diserang Anafilaksis, Hos Isha Norsham Terima Rawatan Di ICU & CCU “Saya Beritahu Kakak Leher & Dada Rasa ‘Sesak’,” – Diserang Anafilaksis, Hos Isha Norsham Terima Rawatan Di ICU & CCU “Saya Beritahu Kakak Leher & Dada Rasa ‘Sesak’,” – Diserang Anafilaksis, Hos Isha Norsham Terima Rawatan Di ICU & CCU

Katanya lagi, ketika detik cemas itu, dia telah dibantu oleh sahabatnya yang juga merupakan pengacara, Daniel Cheang yang terus bergegas membawanya ke hospital.

Lantaran itu, dia telah dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan diminta untuk berehat sehingga minggu depan.

“Kakak saya memang dah bersedia kerana ketika itu saya seperti separa sedar dan boleh pitam pada bila-bila masa. Saya bersyukur kerana sahabat saya, Daniel Cheang tinggal berhampiran dengan rumah dan bawa saya ke hospital.

IKLAN

“Saya telah dirawat di wad ICU dan CCU di Sunway Medical Center. Saya amat berterima kasih kepada semua petugas hospital. Mereka merawat dan menjaga saya dengan sangat baik.

“Ketika ini, saya masih lagi sedang dirawat dan doktor mahu saya berehat sehingga minggu depan. Saya akan kembali sihat semula nanti.

“Terima kasih untuk segala ucapan dan doa. Tak mampu saya nak balas satu per satu tetapi anda membuatkan hari saya bertambah baik,” katanya lagi.

IKLAN

Dikesempatan itu juga, penyampai radio Era FM ini turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang risau akan keadaan kesihatannya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti mendoakan semoga Isha lekas sembuh seperti sedia kala.

“Saya Beritahu Kakak Leher & Dada Rasa ‘Sesak’,” – Diserang Anafilaksis, Hos Isha Norsham Terima Rawatan Di ICU & CCU “Saya Beritahu Kakak Leher & Dada Rasa ‘Sesak’,” – Diserang Anafilaksis, Hos Isha Norsham Terima Rawatan Di ICU & CCU “Saya Beritahu Kakak Leher & Dada Rasa ‘Sesak’,” – Diserang Anafilaksis, Hos Isha Norsham Terima Rawatan Di ICU & CCU

Sekadar informasi, selain mengacarakan program Gempak TV, Isha juga merupakan penyampai di stesen radio Era FM yang mengendalikan segmen Gempak Hit Era.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Isha Norsham

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI