Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengucapkan tahniah kepada Emma Maembong atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail yang bernikah dengan pasangannya, Muhammad Shazli Azhar, pagi tadi.

Mendedahkan dirinya ada menerima undangan daripada bekas kekasihnya itu, Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, 35, turut mendoakan kebahagiaan pasangan buat selamanya.

“Saya berbesar hati mengucapkan tahniah untuk Emma dan dia pun menjemput saya. Dia ada beritahu saya mengenai perkara tersebut.

“Tanya dia, kalau kahwin awak datang tak? Saya kata, insyaAllah tiada masalah pun. Saya kata pastikan pasangan yang baik dan dia pun pastikan yang terbaik untuk pasangannya.

“Saya tak mengenali lelaki pilihannya itu. Tapi sudah tentu saya mengharapkan yang terbaik untuknya.

IKLAN

“Saya mahu kedua famili semua suka, jadi ia akan memberi kebahagiaan,” katanya kepada MH.

Terdahulu, Emma sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli pada satu majlis tertutup di Bukit Damansara, dengan sekali lafaz.

IKLAN

“Bagi saya perkahwinan bukan soal kepentingan kita sahaja. Kepentingan bersama keluarga adalah sangat penting. Bukan berlaku pada saya, tetapi ia berlaku kepada saudara-mara saya misalnya.

“Kahwin sekejap…sebulan dah bercerai. Rupa-rupanya famili ini… Ayah begini, emak begitu. Anak mahu kontrol dan sebagainya. Itulah yang saya maksudkan dan saya rasa benda itu sangat penting.

IKLAN

“Hari ini saya menjadi lebih matang, orang kata kalau bercerita mengenai cinta. Hujungnya, Yang Di Atas yang menentukan ‘kelayakan’ dengan siapa kita akan dijodohkan,” katanya.

Terdahulu, bintang asal Terengganu ini ditemui pada majlis pelancaran filem Bulan & Pria Terhebat, baru-baru ini.

Sekadar imbasan, Zizan dan Emma pernah menjalin hubungan sekitar tahun 2014. Bagaimanapun hubungan yang dibina tidak bertahan lama.

Dalam perkembangan lain, Zizan juga bakal muncul menerusi filem Abang Long Fadil 3 selain akan sibuk di lokasi penggambaran sebuah filem baru bersama Afdlin Shauki.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI