Baru-baru ini, penyanyi Nubhan bersama isterinya, Dr. Afifah Tawfek telah mengadakan majlis aqiqah dan doa selamat bagi meraikan kelahiran cahaya mata ketiganya, Afzan Nayille yang kini sudah genap mencecah usia dua bulan.
Pasangan suami isteri ini dilihat telah mengadakan majlis tersebut dalam serba ringkas di samping mengenakan pakaian sedondon rona krim.
Nubhan turut berkongsi momen kegembiraan tersebut dengan memuat naik beberapa keping foto majlis berkenaan di laman media sosial instagram miliknya.
Pada masa sama, penyanyi kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim keenam (AF6) ini berharap zuriat ketiganya itu akan membesar dengan baik dan sihat.
Ads
“Alhamdulillah…selesai majlis aqiqah & doa selamat kelahiran baby Afzan Nayille…Doakan anak saya membesar dengan baik & sihat ya…aminn,” tulisnya.
Sekadar informasi, Nubhan dan isteri telah pun mendirikan rumah tangga bersama pada tanggal 29 Ogos 2015.
Hasil perkongsian hidup pasangan ini telah pun dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, Ahmad Aafan dan Afzan Nayille yang baru sahaja dilahirkan pada 12 Januari lalu.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nubhan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usaha murni pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI, telah diiktiraf di pentas global.
Ternyata aplikasi pembelajaran dalam talian dipanggil PTTI:Better Result yang dipromosikan tahun lalu itu memberi manfaat kepada ramai pelajar.
Menerusi persidangan dipanggil Education 2.0 yang menghimpunkan ramai para ilmuan akademik itu, pusat ilmiah berkenaan dinobatkan sebagai penerima Education 2.0 – Best Companies Award.
Majlis yang berlangsung di Intercontinental Dubai Festival City, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu mencatat kejayaan bermakna, sekali gus menjadikannya sebagai aplikasi pembelajaran kebanggaan Malaysia pertama menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Tak ketinggalan, pengiktirafan yang diterima pada 23 Mac lalu itu juga dinilai kepada sumbangan PTTI dalam menyediakan platform untuk rangkaian dan perkongsian ilmu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana memanjat kesyukuran dan rasa bangga kerana usaha mereka dipandang di peringkat antarabangsa.
“Kejayaan ini menjadi penanda aras baharu kepada kami dalam terus memastikan niat membangkitkan sektor pendidikan di tangga paling utama. Kejayaan ini juga hasil kerja keras dan usaha pasukan kami yang menjadi nadi di sebalik susur galur kembara perjalanan PTTI.
“Tak dilupakan kepada tulang belakang, mentor usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman, ibu bapa, keluarga tersayang dan teman.
“Pengiktirafan ini juga bukan penamat untuk kami statik di zon selesa. Perjuangan menyebar ilmu ini takkan pernah berakhir,” kata Cikgu Fana.
Tambahnya, visi dan misi pusat ilmiah itu untuk menjadi syarikat berasaskan pendidikan dan teknologi atau disebut edutech tetap berpaksikan tiga prinsip utama.
“Pertama, kami mahu terus memberi manfaat kepada orang lain terutama pelajar dengan tangkas dan fleksibel. Kedua, kami juga mahu terus berinovasi untuk kualiti pendidikan yang lebih baik.
“Ketiga, untuk memastikan kami terus menyampaikan hasilterbaik demi kecemerlangan pelajar. Secara rumusannya, kami juga mengubah masa depan dan memberi impak kepada pendidikan 1 bilion pelajar seluruh dunia demi hasil dan kehidupan lebih baik,” katanya lagi.
Selain Cikgu Fana, kunjungannya ke Dubai sejak 21 Mac lalu turut ditemani lima lagi yang lain termasuk Pengurus Besar PTTI, Muhd Habibunajjar Sazali (Cikgu Habib).
Pengiktirafan berkenaan dinilai daripada lima sudut termasuklah reputasi dibina, aspek kreatif, pandangan kewangan, berdaya saing danberkepimpinan tinggi.
Penilaian dibuat berdasarkan pertimbangan serta penyelidikan teliti juga tidak syak lagi menyebelahi pusat ilmiah itu untuk diangkat sebagai penerima pengiktirafan terbabit.
Pusat ilmiah itu bermula secara tidak rasmi sekitar tahun 2014. Bagaimanapun pada tahun 2016, pusat berkenaan menjadi semakin agresif dalam terus memberi manfaat kepada pelajar.
Sepanjang tempoh kewujudan, pusat ilmiah itu turut menggunakan golongan berpengaruh yang cemerlang dalam akademik seperti Mira Filzah dan terbaru Iman Troye dan MK K-Clique sebagai duta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon meningkat naik, Nadhir Nasar mengenang kembali kepayahan yang terpaksa dilaluinya sewaktu bergelar pelajar di universiti tidak lama dahulu.
Menurut Nadhir, ketika sedang melanjutkan pelajaran diperingkat diploma dan ijazah, dia terpaksa mengharungi waktu-waktu tersebut tanpa memiliki komputer riba seperti pelajar-pelajar yang lain.
Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana dapat menamatkan pengajian dengan jayanya.
Ini cerita benar, bukan tipu. Dulu aku seorang siswa yang tidak mempunyai laptop diatas sebab sebab tertentu, aku berjaya habiskan diploma aku, aku berjaya habiskan degree aku. Alhamdulillah. Struggle dia memang kau sorang je faham. Assignments pergi lab dan pinjam laptop member.
“Ini cerita benar, bukan tipu. Dulu aku seorang siswa yang tidak mempunyai laptop diatas sebab sebab tertentu.
“Aku berjaya habiskan diploma aku, aku berjaya habiskan degree aku. Alhamdulillah,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter.
Jelas pemenang program, Hero Remaja 2020 ini lagi, dia juga terpaksa mencari alternatif lain demi menyiapkan setiap tugasan mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Dikesempatan itu juga, Nadhir turut menitipkan kata-kata semangat buat pelajar yang terpaksa mengharungi detik-detik sukar yang sama sepertinya satu ketika dahulu.
“Struggle dia memang kau sorang je faham. Assignments pergi lab dan pinjam laptop member.
“Stay strong brother! Aku percaya theres brighter future awaits you!,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa kagum selau turut berkongsi kepayahan mereka sewaktu bergelar mahasiswa.
“Yes. Kalau azam memang untuk study. That dugaan is was pain tapi bila dAh graduate you will feel puas.
“Bila teringat zaman diploma sem datu, takde laptop nak buat assignment. Alhamdulilah Alalh kurniakan sahabat baik yang bagi pinjam laptop walaupun masa tu due date assignment sama.
“Finally jumpa senasib, yang rasa je paham.
“Kadang bukan tak mahu, cuma tak mampu. Ada perkara lain yang perlu diutamakan.
“Sama la tak ada laptop. Semua pnjam member. Alhamdulillah Allah hadirkan kawan yang baik. Boleh bantu time susah. Semoga berkawan sampai syurga,” antara komen-koomen di Twitter.
Sekadar informasi, pelakon drama Projeck Anchor SPM ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dan Pengajian Media (Penyiaran) di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sumber: Twitter & Instagram Nadhir Nasar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemenangan pertama kali penyanyi, Marsha Milan Londoh di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang berlangsung semalam memberikan makna tersendiri buat bintang asal Sabah ini.
Menenangi kategori Persembahan Terbaik dan Naib Juara AJL36 menerusi lagu Cinta hasilan komposer Akim Ahmad (Hang Nadim) dan isterinya, Stacy (Bunga Cantik), kemenangan menjadi pemangkin semangat buatnya untuk terus berkarya.
“Kunfaya kun, apabila Allah izinkan Alhamdulillah terjadi. Jujurnya saya berdepan dengan banyak ujian termasuk Dijangkiti Covid-19 sebelum ini,” katanya.
Marsha berkata, susunan lagu yang dilakukan oleh Genervie Kam berkenaan memang seperti apa yang dimahukannya serta mendapat keterbukaan dari komposernya juga.
“Allahuakbar, semua ini rezeki dan hikmah buat saya. Syukur sangat-sangat. Kejayaan ini hadir selepas saya mencuba beberapa kali,” katanya sebak.
Sementara itu, Stacy dan Akim juga masing-masing mengakui Marsha menjadikan Cinta begitu indah dan lagu karya mereka kelihatan lebih gah.
“Kami hanya datang tanpa harapan dan percaya Marsha mampu melakukan persembahan terbaik. Jujurnya bila tengok persembahan Marsha saya jadi yakin dan mula betulkan rambut kerana macam akan naik ke pentas,” seloroh Stacy.
Akim pula menambah, berkata, mereka puas hati dengan persembahan Marsha dan kemenangan yang dicapai menjadi satu bonus.
Malah lagu Cinta itu sendiri memang karya yang dibuat khas untuk penyanyi itu.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.