Usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli memuat naik tangkap layar perbualannya bersama Datuk Seri Aliff Syukri menerusi DM (Direct Message) di Insta Stories, pada Isnin.
Sambil menyifatkan Aliff sebagai seorang yang tegas dan pemberi nasihat yang baik bagi dirinya, bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Vida itu turut sebak mengenangkan ramai yang mengambil berat akan dirinya.
“Saya mengenali Dato’ Sri @aliffsyukriterlajaklaris lebih lama sebelum Dato Seri Vida. Beliau penasihat yang sangat baik dan tegas pada saya. Sejak kecil beliau mahu lihat saya berjaya.
“Kali ini ramai masyarakat terkejut melihat sisi penasihat beliau yang penuh santun dan menenangkan.
Ads
“Saya berjanji, bila dan apa sahaja perlukan bantuan, saya akan datang. Malam ini syahdu, bercampur sebak mengiangatkan ramai orang berjasa pada saya.
“Terima kasih Dato’ Sri @aliffsyukriterlajaklaris. Saya bakal tamatkan zaman bujang dan memegang banyak tanggungjawab,” tulisnya.
Ads
Terbaru, Vida menerusi siaran langsung di Instagram (IG Live) ada berkongsi mengenai tarikh pernikahan dan Iqbal turut meninggalkan komen ringkas iaitu ‘bulan 12’ sehingga menimbulkan teka-teki di kalangan wargamaya.
Ads
Bagaimananapun, Vida menerusi sesi tersebut tidak memperincikan hal berkenaan, sebaliknya menzahirkan ucapan terima kasih atas doa baik-baik daripada semua.
Suami kepada pelakon Intan Ladyana, Harris Alif ada memuat naik sekeping foto momen indah saat mereka melangsungkan majlis perkahwinan sekitar Februari lalu.
Menerusi perkongsian yang dibuat di akaun media sosial Instagram miliknya itu, Harris telah memanjat rasa syukur lalu menitipkan ucapan terima kasih kepada peminatnya.
Tambah pelakon berusia 21 tahun itu lagi, ia merupakan satu hadiah paling bermakna buat dirinya.
“Hadiah yang paling bermakna. Terima kasih semua atas ucapan & ingatan.
“Semoga Allah balas jasa baik semua yang mendoakan,” tulisnya sebagai kapsyen yang membuatkan ramai mulai berteka-teki.
Selepas pelakon senior, Fauziah Nawi meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pelakon yang dilihat masih berdegil untuk menyertai sesi pengambaran meskipun tidak divaksin, kini pengarah, Shahrulezad Mohameddin turut menyatakan pandangan yang sama.
Menurut Shahrulezad, dia berharap agar mana-mana pelakon yang enggan divaksin dapat mengawal tingkah laku mereka dengan tidak membuat sebarang kekecohan atau provokasi di set pengambaran.
Katanya lagi, tindakan sedemikian hanya akan memberikan persepsi buruk orang ramai terhadap para penggiat seni ini.
“Selagi kerajaan tak jatuh hukum mandatori diwajibkan vaksin utk semua rakyat Malaysia. Enjoy la korang dengan kelonggaran ni. Abg tak der issue pun. Suka hati korang lah. Tapi please jgn buat provokasi di set.
“Jangan bangga sangat memukul canang pada kalangan artis atau crew betapa megahnya dapat menyelit dalam produksi dengan sengaja mencetuskan provokasi yg kononnya tanpa vaksin pun kau bisa meloloskan diri join us.
“Untuk apa tujuan provokasi tu? Just nak tunjukkkan pada netizen yg Finas, stesen tv even produser tak lah setegas mana? Hangat2 tahi ayam dalam melaksanakan SOP yg telah ditetapkan?,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pengarah drama, Nur itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Shahrulezad turut memberi amaran jangan disebabkan oleh perangai segelintir pelakon yang tidak bertanggungjawab, seluruh pemain industri akan menerima kesannya kelak.
“Disebabkan kesombongan and ofcoz kejahilan segelintir habis kita semua terpalit sama. Tak pasal pasal reporter tanya abam mintak komen. Tak pasal pasal Dj @haizahanafi petik issue yg sama tanya pendapat abam pagi tadi.
“Bila dah diasak soalan soalan panas begini tak logik la kalau abg nak kasik komen yg murni murni jer. Opkos la aku tumpang melahar sama sbb geram.
“Untuk rakan produser, pengarah, stesen TV berhati hati lah bila berurusan dengan artis artis pendek akal macam ni. Nanti tak pasal2 dengan kita kita sekali diheret menerima kecaman sama atas tuduhan kita seolah olah sengaja menutup mata sama.
“Paling seram hanya kerana seorang dua bimbo yg degil ini silap silap kerajaan akan tarik balik kelonggaran untuk shooting yg baru diberikan ini,” tegasnya.
Sementara itu, Shahrulezad turut menyeru kepada seluruh penggiat seni untuk terus membuat laporan kepada pihak berwajib andai ada pelakon atau krew produksi yang masih berdegil dan tidak mahu mematuhi prosedur operasi standard seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
“Untuk rakan rakan krew atau artis sekiranya korang dapat tahu ada kalangan krew atau artis yg tak vaksin tapi menipu tolong report pada produser.
“Kalau produser pun dua kali lima sekongkol bersubahat sama sila report pada stesyen ataupun Finas. Hanya disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga,” akhirinya.
Selepas 18 bulan diuji impak penularan pandemik COVID-19 hingga menjejaskan periuk nasi, industri kreatif ‘bernafas’ semula berikutan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk sektor itu, berkuat kuasa hari ini.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan tindakan tidak bertanggungjawab seorang bapa yang dikatakan telah memukul anaknya dikhalayak umum.
Kelakuan bapa yang dipercayai di bawah pengaruh dadah itu nyata menimbulkan kemarahan di hati warganet.
Antaranya yang turut memberikan respon berhubung insiden tersebut termasuklah penyanyi, Lufya Omar.
Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Lufya meluahkan rasa lega selepas mendapat perkhabaran kanak-kanak tersebut telah pun diselamatkan dan kini berada dibawah penjagaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Sedikit info tentang adik Aisyah yang tular dipukul Si ayah penagih dadah. Ayahnya telah ditangkap dan Alhamdulillah Aisyah di selamatkan oleh @jkmhq tapi info penempatan aisyah dirahsiakan,” tulisnya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak ini juga turut dilihat ada menitipkan doa semoga kanak-kanak tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Semoga Allah melindungi anak kecil yang tidak berdosa ini dan Allah anugerahkan penjaga yang baik untuk Aisyah.
“Semoga terpelihara agamamu, akhlakmu dan baik masa depanmu anak,” pintanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selaik turut memuji usaha yang telah dijalankan oleh pihak JKM.
“Alhamdulillah, semoga adik Aisyah Allah lindungi sentiasa. Kesiannya kecil lagi.
“Semoga Aisyah baik-baik sahaja.
“Alhamdulillah, sekurangnya adik tu terjaga kebajikannya.
“Alhamdulillah dia ditempatkan yang selamat,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.