Memetik laporan Harian Metro, Yahya Manap, pengawal keselamatan yang cedera ditumbuk, ditendang dan dibaling batu oleh individu didakwa pelawak terkenal dalam kejadian di Taman Acacia menyifatkan kes yang berlaku sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya, semalam.
Walaupun tidak berdendam, namun ulas Yahya, dia bersedih atas perbuatan insiden yang berlaku.
“Kalau dia nak minta maaf, tunggulah saya sihat dulu. Saya tidak berdendam cuma sedih dengan perbuatannya itu.
“Siapa pun, dia tidak sepatutnya cederakan orang lebih berusia seperti saya.
Ads
“Saya ada keluarga. Isteri dan anak juga kecewa serta sedih lihat keadaan saya begini. Kalau dia nak minta maaf datang jumpa mereka,” katanya yang cedera di bahagian hidung, bengkak di muka dan sakit di bahagian pinggang dan mulut.
Menurutnya, ketika kejadian tempoh hari, lelaki terbabit yang memandu Proton Perdana memasuki kawasan perumahan tanpa kebenaran.
Ads
Malah, dia berhenti di sebuah rumah dan dilihat sedang bertengkar dengan penghuni itu sebelum beredar.
Ads
“Saya mengekori semula keretanya dan dia berhenti di depan palang yang bertutup. Dia memarahi supaya membuka palang itu dan menendang motosikal saya.
“Saya cuba memberi penjelasan, tetapi dia menumbuk muka saya tiga kali dan menendang pinggang. Dia kemudian ambil batu membalingnya ke arah saya namun saya sempat mengelak dan mengenai kerusi,” katanya seperti yang dipetik.
Foto – Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak zaman pandemik COVID-19 hingga beralih ke fasa endemik 1 April lalu, golongan penunggang motosikal khidmat penghantaran makanan atau ‘e-hailing’ mahupun ‘rider’ antara pekerja barisan hadapan yang cukup disanjungi.
Justeru, bagi bersempena dengan Syawal yang bakal tiba, ibu pejabat (HQ) Eskayvie Sdn Bhd di Seksyen 13, Shah Alam meriah apabila diserbu lebih 500 orang ‘riders’ bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari, hari ini.
Program Bingkisan Raya Rider ini satu inisiatif murni syarikat 100 peratus bumiputera ini sebagai tanda penghargaan kepada golongan berkenaan yang melakukan tugas penghantaran sebagai penghantar makanan ataupun bungkusan.
Duta jenama berkenaan, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil sendiri terharu dengan inisiatif dizahirkan Eskayvie yang menghargai dan menyantuni golongan terbabit.
“Melihat kesungguhan dan kegigihan riders dalam usaha menyara keluarga disamping pentingnya penjagaan kesihatan sewaktu berinteraksi dengan orang ramai, Eskayvie mengambil inisiatif ini untuk sama-sama memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada mereka.
“Ini antara sumbangan kecil kami di Eskayvie. Ia termasuklah menyampaikan sumbangan berbentuk duit raya, juadah raya istimewa serta Eskayvie Diffenz.
“Besar harapan kami supaya setiap ‘riders’ dapat bawa pulang dan kongsikan bersama ahli keluarga atau ibu bapa masing-masing,” katanya.
Tambah Aznil yang mesra disapa Pak Nil, golongan ‘riders’ ini sebenarnya menjadi sebahagian daripada pasukan “frontliner” yang telah banyak membantu memudahkan urusan kita selama ini.
“Bahkan mereka juga antara yang mengambil risiko mempertaruh nyawa demi kelangsungan hidup. Mereka sendiri mudah terdedah kepada pelbagai virus di luar sana.
“Jadi, bekalan Eskayvie Diffenz ini adalah sebagai Ikhtiar kita untuk melindungi diri dan keluarga terutamanya ketika berkumpul beramai-ramai pada hari raya nanti,” katanya.
Tambahnya lagi, inisiatif dilaksanakan selari dengan kempen #KitaIkhtiarSebelumKena yang menekankan kepentingan untuk berikhtiar sebelum dijangkiti sebarang wabak mahupun penyakit merbahaya yang lain.
“Eskayvie sangat prihatin dengan penjagaan kesihatan untuk diri dan keluarga, lebih-lebih lagi buat masa ni semua sekatan pergerakan telah dilonggarkan dan masyarakat kini kembali bergaul tanpa sebarang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
“Namun, kita belum sepenuhnya selamat. Apa saja kemungkinan boleh terjadi. Jadi tatkala balik kampung, kita perlu patuhi SOP dan berikan perlindungan kepada ibu bapa kita.
“Sudah dua tahun kita tak balik meraikan hari raya bersama keluarga, jadi tahun ini bila pulang ke kampung, kita nak riders semua bawa Eskayvie Diffenz dan hadiahkan kepada ibu bapa dan insan tersayang mereka,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed berkata, beliau tidak mahu ada di antara kita yang dalam diam membawa virus dan menjangkiti ahli keluarga yang lain.
“Terutama sekali ibu bapa kita yang sudah tua. Semestinya kita mahu jadikan raya kali ini lebih bermakna dan bukanlah bertukar menjadi sebuah tragedi.
“Semoga usaha murni ini akan memberi manfaat serta inspirasi kepada masyarakat sekeliling untuk turut sama berkongsi kebaikan dan terus meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan,” kata Kartika Wati yang turut sama mengagihkan sumbangan bersama Aznil.
Ratu cantik, model dan pelakon, Amy Nur Tinie Abdul Aziz percaya setiap kejayaan punyai prosesnya yang tersendiri asalkan kita tidak pernah berhenti berusaha untuk mengejar apa yang diimpikan.
Menurut Amy, meskipun namanya masih lagi belum dikenali ramai, namun perkara tersebut tidak sesekali mematahkan semangatnya sebaliknya dia bertekad untuk menyahut cabaran bagi membuktikan kehadirannya di dalam industri ini mampu memberi impak.
“Orang kata ‘Rezeki tak pernah salah alamat’ yang penting kita usaha keras untuk dapatkan apa yang kita nak. Boleh jadi hasilnya cepat atau lambat tapi Tinie percaya dengan istilah ‘slowly but surely’.
“Ramai je lagi orang industri yang bila dengar nama ‘Amy Nur Tinie’, mereka selalunya akan tanya ‘WHO IS SHE?’.
“Mungkin dalam dunia PAGEANTRY ya, satu dunia tahu nama ANT but to me , Tinie tak pernah ambil hati atau terasa sebab bagi Tinie itu adalah satu cabaran untuk Tinie buktikan bakat dan usaha Tinie. Bukan sekadar rupa paras semata mata,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon telefilem 10 Tips Tipu Bini itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Jelas gadis berusia 26 tahun ini lagi, dia lebih selesa jika namanya dikenali dek kerana bakat yang dimilikinya dan bukan daripada kisah-kisah sensasi.
“Sejujurnya zaman sekarang macam macam cara boleh kita guna untuk dapatkan ‘INSTANT POPULARITY’ , but knowing me, Tinie la manusia yang paling tak sukakan kontroversi yang tidak perlu dan biarlah orang kenal Tinie kerana Bakat dan pencapaian Tinie. In shaa allah,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Amy turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yanh tidak pernah berhenti menyokong perjalanan kerjaya seninya selama ini.
“My struggles are the result of who i am today. However, i just wanna say Thanks kepada semua yang pernah memberi peluang dan menghargai usaha Tinie selama ini
“Tinie doakan semoga kita semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya dalam bidang masing masing.
Aaminn,” akhirninya.
Sebelum ini, nama Amy telah mencipta sensasi apabila menempa kejayaan di peringkat antarabangsa selepas dinobatkan sebagai pemenang anugerah ratu cantik alam sekitar, Miss Eco International 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Amy Nur Tinie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Sal Priadi memohon netizen di Malaysia dan Indonesia untuk berhenti berbalah terutamanya bila melibat soal kebudayaan di negara masing-masing.