Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, Bella Astillah sebaliknya bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya demi kebaikkan anak-anak.
Aliff berkata dia mahu mengambil setiap peluang dan ruang untuk memperbaiki apa yang berlaku dalam perkahwinannya memandangkan masing-masing pernah membuat kesilapan.
“Untuk beberapa minggu ini, perasaan saya bercampur baur untuk saya dan semua yang terlibat. Saya ambil peluang ini untuk selamatkan rumah tangga, demi anak-anak… saya rindu anak-anak.
“Saya ambil langkah untuk gunakan setiap ruang dan peluang untuk saya cuba selamatkan rumah tangga kami.
“Saya ada banyak buat kesilapan, Bella pun ada buat silap. Pada akhirnya, ini bukan satu keputusan yang kita boleh buat secara terburu-buru tanpa memikirkan dalam segala hal.
“Saya juga berharap sangat, hal rumah tangga tak sepatutnya ada pengaruh dari luar,” katanya kepada MH.
Ads
Aliff ketika ditemui berkata, dia mengaku melakukan banyak kesilapan namun keputusan untuk berpisah bukan pilihan yang boleh dibuat dalam tempoh singkat.
“Saya akui sudah melakukan banyak kesilapan sebelum ini dan begitu juga dengan dia. Tapi pada akhirnya ini bukan satu keputusan yang boleh dibuat secara terburu-buru, tanpa memikirkan jangka masa panjang dalam segala hal.
“Saya berterima kasih dengan sokongan semua pihak. Cuma dalam hal membabitkan rumah tangga, tidak sepatutnya ada pengaruh luar,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Singapura ini memohon semua pihak memberi ruang agar segala prosiding yang akan dijalankan selepas ini berjalan seperti ditetapkan mahkamah.
Ads
“Saya minta jasa semua orang untuk beri ruang supaya prosedur ini berjalan seperti yang dirancang. Saya berterima kasih kepada pihak mahkamah kerana memberikan peluang untuk saya prosiding ini diteruskan.
“Saya mohon doa daripada semua untuk kami,” ujarnya.
Terdahulu Aliff enggan melafazkan cerai terhadap Bella di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini walaupun isterinya bertekad untuk bercerai.
Berikutan itu, mahkamah kemudian menetapkan kes itu diteruskan dengan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan 4 Jun ini bagi status laporan JKP.
Ads
Dalam prosiding hari ini Bella melantik kakak angkatnya manakala Aliff pula melantik ibunya masing-masing sebagai wakil JKP.
Semasa prosiding, peguam syarie Azmi Mohd. Rais mewakili Bella manakala Aliff diwakili peguam syarie Abdul Hadi Mohamad Salleh.
Sebelum ini, Aliff sepatutnya hadir pada sebutan kali pertama kes perceraian mereka pada 13 Mac lalu, namun Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 33, sebagai defendan tidak hadir kerana urusan kerja selain terbabit dengan penggambaran.
Untuk rekod pasangan itu berkahwin pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Terdahulu pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas nama beberapa penyanyi yang didakwa bakal menyertai Gegar Vaganza 11 (GV11) tersebar baru-baru ini, warganet mula memetik nama bintang lain yang dikatakan ada potensi besar untuk sama-sama bersaing di dalam program hiburan realiti berkenaan.
Antara nama yang disebut-sebut ketika ini ialah penyanyi yang popular menerusi lagu Teratai Layu Di Tasik Madu iaitu Fauziah Latiff (Jee).
Lama tidak membuat kemunculan membuat persembahan secara ‘live’, penampilannya menerusi malam akhir Kilauan Emas 2024 pada Sabtu menguatkan lagi telahan warganet.
Tampil mengenakan persalinan Kurung Labuh dengan menyampaikan dua buah lagu pada malam itu, ia nyata mengubat kerinduan ramai dan ada yang turut memuji kualiti vokalnya yang masih lagi baik.
Malah sedutan video persembahan Jee yang dimuat naik ke TikTok Media Hiburan menjadi sorotan hingga ditonton hampir 800,000 kali disusuli dengan pelbagai komen yang mengaitkannya dengan GV. Antaranya;
“Dia kan nak masuk Gegar Vaganza 2024.”
“Nama dia dalam Gegar Vaganza.”
“Fauziah Latiff masuk tanding GV ke?”
“Artis yang dijemput ke Kilauan Emas 2024 ni macam ‘hint’ masuk GV pula.”
“Rasanya artist yang muncul kat Kilauan Emas ni yang akan masuk GV11. Separuh dah terspill kat wall social media (dah delete). Separuh lagi bagi reveal kat Kilauan Emas untuk buat performance. Ini apa yang saya rasalah.”
Bagaimanapun ada yang tidak bersetuju sekiranya penyanyi pop berusia 53 tahun itu menyertai program hiburan popular itu.
“Tak payah masuk Gegar Vaganza 2024. Anda dah memang hebat dulu, legends. Tak ada yang setanding.”
“Tak payah masuk GV. Fauziah adalah penyanyi versatil,tersendiri.”
“Kalau bertanding, dia akan bersama budak AF dulu waktu dia jadi juri.”
Terdahulu pada Jumaat, peminat dikejutkan dengan tersebarnya beberapa nama peserta seperti Ning Baizura, Illa Sabry dan Ronnie Hussein yang dipercayai bakal menyertai program hiburan itu.
Bagaimanapun, paparan tersebut difahamkan sudah pun dipadamkan selepas mencetuskan sensasi di media sosial. Ketahui sama ada telahan sahih atau tidak menerusi sidang media pengenalan peserta Gegar Vaganza 11 (GV11) pada 6 November ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Selebriti terkenal Malaysia, Scha Alyahya baru-baru ini membuat penampilan eksklusifnya di Minggu Fesyen Dubai khusus untuk jenama terkenal Malaysia, Alia Bastamam.
Menggayakan persalinan rona putih mutiara yang dibuat khas oleh pereka fesyen terkenal itu untuknya, Scha Alyahya melangkah gah penuh pesona sebagai muse untuk menutup rekaan keseluruhan yang dipersembahkan.
Rekaan yang disarung ibu kepada dua cahaya mata itu menampilkan stail gaun labuh berkorset dengan perincian tali di bahagian hadapan. Tambah menarik pada rekaan tersebut, layah labuh di bahagian belakang menyerlah elemen dramatik.
Menurut Alia, dia dan Scha Alyahya memiliki hubungan sejak jenama itu ditubuhkan pada 2011 lagi sebagai selebriti pertama yang menggayakan rekaan custom jenama tersebut.
Momen dan hubungan dinamik yang tercipta sejak sekian lama menjadi satu titik temu yang penuh dengan energi positif, apatah lagi ini merupakan momen sulung kemunculan jenama Alia Bastamam di minggu fesyen berprestij di negara timur tengah itu.
Dek kerana itu, pemilihan pemilik nama penuh Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya merupakan satu penghormatan sekaligus melambangkan persona Alia Bastamam.
“Dia telah berjaya dalam apa sahaja yang dilakukan. Dia tidak perlu bersusah payah dalam mencipta gayanya, ikon dalam hiburan dan seterusnya, dia adalah ibu kepada dua anak perempuan yang cantik dan terus melakukan yang terbaik, iaitu segala-galanya!” kongsi Alia.
Tambahnya lagi, dalam apa sahaja yang dilakukan Scha Alyahya, sejujurnya dia merupakan masa lalu, masa kini dan masa akan datang jenama Alia Bastamam.
Menjengah ke Instagram Scha Alyahya pula, isteri kepada Awal Ashaari itu meluah rasa usai berjalan di pentas fesyen untuk pereka fesyen terkenal tersebut dalam satu hantaran yang menceritakan perjalanannya di Dubai Fashion Week.
“Menambah skil terbaru dalam resume saya. Terima kasih kepada Alia Bastamam atas kepercayaan untuk saya menggayakan satu lagi rekaan yang cantik di Dubai untuk Dubai Fashion Week.
“Sangat bangga dengan anda dan seluruh pasukan. Terima kasih atas peluang ini. Saya sangat berbesar hati. Terima kasih,” tulisnya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah , Farid Kamil tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi menghadiri proses sulh atau penyelesaian pertikaian dengan isterinya yang juga merupakan pelakon, Diana Danielle
Farid Kamil atau nama sebenar Farid Kamil Zahari, 42, tampil mengenakan kemeja biru muda tiba pada jam 11.42 pagi sambil ditemani pengurusnya, Azhari Hamid.
Dikahabarkan bakal membuat kejutan, Farid memberitahu dirinya akan mengadakan sesi sidang media selepas selesai proses sulh.
Katanya lagi, dia juga sangat bersyukur kerana dikatakan bakal bertemu dengan kedua-dua anaknya tidak lama lagi
“Saya datang untuk proses sulh. Sekejap lagi saya akan adakan sidang media.
“Saya sangat bersyukur kerana saya akan berjumpa dengan anak-anak saya tak lama lagi,” katanya kepada MH.
Sementara itu, menerusi perkhabaran berita yang baru kami terima, peguam syarie kepada Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan anak guamnya itu tidak akan hadir pada prosedur hari ini.
Terdahulu Sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak yang terbabit dalam suatu pertikaian, membabitkan satu atau lebih tuntutan dengan dipengerusikan oleh pegawai sulh.
Seandainya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai secara sukarela antara kedua pihak, ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.
Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu kerana tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei depan bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporannya.
Diana melantik pengurus bagi mewakili dirinya, manakala Farid pula melantik kakaknya.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi memastikan kelancaran Konsert Triad, lagenda rock Datuk Awie mendedahkan dirinya memperuntukkan sembilan jam sehari untuk menjalani sesi latihan bersama Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.