Selain sibuk menguruskan bisnes jenama fesyen sendiri, usahawan dan pengacara, Karl Shafek tidak pernah sesekali meninggalkan bidang masakan yang diminatinya sejak kecil.

Menurut Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim, dia sering menyediakan menu istimewa buat para para pekerjanya hampir setiap malam.

“Saya Ada 400 Menu Yang…,” – 5 Tahun Jadi Hos Program Masak, Akhirnya Karl Shafek Umum Projek Istimewa

“Walaupun saya bukan pembikin konten masakan, tapi hari-hari saya masak di rumah. Saya jarang makan di luar sebab saya suka makan masakan sendiri.

“Saya ini orang kampung jadi masakan saya ini memang selalunya menu kampung,” katanya kepada MH.

Sinomin mengacarakan program masakan hampir lima tahun telah membuka puluang buat Karl untuk dipilih sebagai duta bagi pesta makanan, MAHA BUFFET 2024 anjuran Restoran Mak Kimbong dan Experiment Kitchen.

“Saya Ada 400 Menu Yang…,” – 5 Tahun Jadi Hos Program Masak, Akhirnya Karl Shafek Umum Projek Istimewa

Lebih menarik, Karl yang juga merupakan bekas peserta program Masterchef Selebriti Malaysia itu akan memasak sendiri hampir 10 menu khas selain 200 menu gabungan yang akan disajikan buat para pengunjung.

“Saya akan bersama program MAHA BUFFET sepanjang bulan Ramadan. Saya akan berada di MAEPS hampir setiap hari.

IKLAN

“Sebagai duta, saya juga akan memasak sendiri hampir sepuluh menu. Para pengunjung berpeluang meresa air tangan saya.

“Sebelum ini, saya mempunyai sebuah rancangan tv yang berjudul Aroma Tradisi di TV3. Saya punyai hampir 400 resipi tradisi yang boleh dibukukan bila-bila masa sahaja.

“Sepanjang lima tahun, saya kerap masuk ke kawasan kampung seluruh Malaysia termasuk Thailand dan Indonesia. Mereka juga ada mengajar saya memasak menu yang tidak ditunjukkan di TV,” ujarnya lagi.

“Saya Ada 400 Menu Yang…,” – 5 Tahun Jadi Hos Program Masak, Akhirnya Karl Shafek Umum Projek Istimewa “Saya Ada 400 Menu Yang…,” – 5 Tahun Jadi Hos Program Masak, Akhirnya Karl Shafek Umum Projek Istimewa

Karl berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengumuman duta MAHA BUFFET 2024 yang berlangsung di Restoran Mak Kimbung, Bandar Baru Bangi pada Khamis.

IKLAN

Ditanya mengenai kemampuannya untuk memasak dalam kuantiti yang banyak, ini jawab Karl;

“Saya Ada 400 Menu Yang…,” – 5 Tahun Jadi Hos Program Masak, Akhirnya Karl Shafek Umum Projek Istimewa

Ibu saya dahulu punyai bisnes catering. Kami sudah biasa mengambil tempahan pelbagai kenduri terutamanya majlis perkahwinan.

“Saya sudah biasa masak dalam kondisi yang banyak. Kalau saya tak sempat, staf yang akan memasak tetapi menggunakan menu saya,” ujarnya lagi.

Sementara itu, pemilik Restoran Mak Kimbong, Khairul Amilin Abdul Rahman berkata, pelbagai hiburan bersesuaian turut diatur antaranya persembahan di pentas utama.

IKLAN

“Maha Buffet 2024 bakal menjadi lokasi himpunan makanan terbesar di Malaysia selain komited untuk memberi kepuasan kepada pelanggan menikmati pelbagai juadah istimewa.

“Istimewa lagi, Maha Buffet 2024 turut memberi peluang kepada pelanggan untuk menerima pelbagai hadiah cabutan bertuah setiap hari antaranya barangan elektrik, voucher beli belah, tiket penerbangan dan hadiah utama merupakan kereta misteri yang akan diberikan pada minggu pertama Maha Buffet berlangsung,” katanya.

Tambah Khairul lagi, pihaknya juga amat mengalu-alukan tajaan tunai dan infaq daripada individu mahupun pihak korporat yang akan digunakan untuk membawa anak-anak yatim, orang kurang bernasib baik serta badan kebajikan menikmati hidangan kami”.

“Saya Ada 400 Menu Yang…,” – 5 Tahun Jadi Hos Program Masak, Akhirnya Karl Shafek Umum Projek Istimewa

Tempahan untuk slot menikmati juadah di Maha Buffet kini dibuka dengan harga serendah RM 49.90 (kanak-kanak) dan RM89.90 (dewasa).

Bagi harga tempat duduk VIP (pelbagai keistimewaan) adalah RM 149.90 (dewasa) dan RM 89.90 (kanak-kanak).

Namun anda boleh berjimat sehingga RM 10 lebih rendah dari harga asal jika membuat tempahan awal sebelum 29 Februari 2024.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI