Hidup bagaikan roda, tidak selamanya berada di atas. Inilah yang terjadi kepada bintang Spice Girls, Mel B apabila dia mendedahkan yang dirinya hanya memiliki wang sebanyak £700 apabila berpisah dengan bekas suami, Stephen Belafonte.

Dia yang berhijrah ke Amerika Syarikat selama lebih 15 tahun berkongsi bahawa kehidupan menjadi sukar apabila dia perlu pulang semula ke United Kingdom pada 2019.

Daripada kehidupan yang serba mewah, dia terpaksa tinggal dengan ibunya dan berkongsi bilik yang sama dengan anak-anak. Selain itu, dia juga mula menyesuaikan diri untuk membeli belah di lokasi hemat seperti Aldi dan Lidl.

Mel B atau nama sebenarnya Melanie Brown memfailkan penceraian daripada penerbit filem Hollywood, Stephen Belafonte pada Mac 2017, berikutan dakwaan penderaan yang dilakukan bekas suaminya itu. Walaupun begitu, Stephen menafikan pertuduhan itu berulang kali.

“Orang ramai akan beranggapan saya kaya hanya kerana saya sebahagian daripada Spice Girl, tetapi kehidupan saya berubah daripada membuat persembahan kepada ribuan orang di Wembley pada Jelajah Reunion Spice Girls pada 2019 kepada berhimpit di rumah ibu dengan anak-anak tidur bersama,” ujarnya saat ditemu bual akhbar The Sun.

IKLAN
Bintang Spice Girls Dedah Hanya Ada £700 Saat Berpisah Dengan Bekas Suami
Saat menerima darjah kebesaran MBE dari Istana.

BACA JUGA: “Hanya Makan Ikan Bakar Dan Sayur Kukus,” – David Beckham Dedah Menu Sama Yang Dimakan Isterinya Sepanjang 25 Tahun Lalu

Selain itu Melanie turut mendakwa bekas suaminya itu melakukan penyelewengan kewangan terhadapnya.

IKLAN

“Saya sentiasa menjaga wang saya sendiri, tetapi lama-kelamaan saya tidak bimbang tentang wang kerana pada pandangan saya dia menjaganya. Tetapi selepas itu saya sedar bahawa saya perlu bermula dari awal,” tambahnya

Kini, selain membina kembali kehidupannya. Mel B berkempen untuk kesedaran isu penderaan rumah tangga. Dia yang menerima darjah kebesaran Member of British Empire (MBE) pada tahun 2022 mendedikasikan penghormatan itu untuk membanteras isu berkenaan.

IKLAN

Imbas kembali, wanita berusia 48 tahun ini mengecap kejayaan besar menerusi kumpulan Spice Girl. Dia memiliki tiga anak perempuan dari tiga hubungan dengan lelaki yang berbeza.

Kini dia kerap memenuhi undangan bertindak sebagai juri untuk pelbagai rancangan seperti X-Factor, The Masked Singer Australia dan America’s Got Talent.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI