“Sampailah Kawan Tegur Tanya Kenapa Nak Kena Buang Puntung Rokok Macam Tu?,” – Dedah ‘Bad Habit’ Lama, Shaheizy Sam Pesan Jangan Buang Sampah Merata Tuhan Marah

Kebelakangan ini, isu menjaga kebersihan alam sekitar di kawasan perkelahan menjadi perbualan hangat wargamaya susulan foto sampah sarap yang dibiarkan di kawasan rekreasi yang tular laman media sosial.

Pelakon dan usahawan, Shaheizy Sam tampil berkongsi pengalaman lamanya sejurus habis merokok.

“Sampailah Kawan Tegur Tanya Kenapa Nak Kena Buang Puntung Rokok Macam Tu?,” – Dedah ‘Bad Habit’ Lama, Shaheizy Sam Beringat Tak Lagi Buat Kotor…Tuhan Marah

“Sampailah Kawan Tegur Tanya Kenapa Nak Kena Buang Puntung Rokok Macam Tu?,” – Dedah ‘Bad Habit’ Lama, Shaheizy Sam Beringat Tak Lagi Buat Kotor…Tuhan Marah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

IKLAN

Menurut Sam, dia sering membuang puntung rokok dia merata sehinggalah pelakon berusia 39 tahun ini ditegur kenalan.

“Assalamuaikum, sekadar nak berkongsi dulu masa saya habis hisap rokok, saya akan tengok keliling dan bila saya nampak situ ada punting rokok atas lantai saya akan mula jentik punting rokok dekat situ. Benda tu dah jadi tabiat buruk saya.

“Sampailah satu hari kawan saya tegur dan tanya saya kenapa nak kena buang punting rokok macam tu? Saya jawab, tak tahu nak buang kat mana dan dah nampak banyak punting rokok dekat situ,” katanya.

IKLAN

Suami kepada pelakon Syatilla Melvin ini menambah, adalah sangat penting untuk menjaga kebersihan kerana ia juga merupakan satu tuntutan dalam agama.

“Kebiasaan dia kata kerana sumbangan kita walaupun sekecil-kecil punting rokok tapi bila dah ramai orang buat benda itu akan jadi banyak. Dalam agama pun diajar kalau boleh kita mesti menjaga kebersihan.

“Setiap kali nak buang punting rokok, kena ingat yang Allah marah kita kalau buat kotor. Jadi mula dari situ, saya akan cuba menjaga supaya saya tak nak buat kotor.

IKLAN

“Sebelum kita buang, kita fikir dulu Tuhan pasti mesti marah kalau kita buat kotor. Betul tak? Jangan buang sampah merata-rata Tuhan marah,” katanya lagi.

“Sampailah Kawan Tegur Tanya Kenapa Nak Kena Buang Puntung Rokok Macam Tu?,” – Dedah ‘Bad Habit’ Lama, Shaheizy Sam Beringat Tak Lagi Buat Kotor…Tuhan Marah “Sampailah Kawan Tegur Tanya Kenapa Nak Kena Buang Puntung Rokok Macam Tu?,” – Dedah ‘Bad Habit’ Lama, Shaheizy Sam Beringat Tak Lagi Buat Kotor…Tuhan Marah

Sama-sama perbaiki diri, video yang dikongsikan di Instagram pada Jumaat itu sudah pun ditonton hampir 20,000 kali.

Foto: Instagram Shaheizy Sam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI