Pelakon dan penyanyi, Fathia Latiff kini kembali bertudung selepas mencetuskan kontroversi apabila menanggalkan hijab tahun lalu.

Bintang cantik ini difahamkan kembali mengenakan tudung sebelum Ramadan tahun ini.

Menerusi Berita Harian, pemilik nama lengkap, Nur Fathia Abdul Latiff, bagaimanapun reda jika ada pihak skeptikal dengan tindakannya berhijab semula.

“Pada akhirnya, saya kena balik kepada pegangan agama dan kepercayaan. Saya tiada alasan kenapa kembali bertudung.

“Saya manusia biasa yang tidak lepas melakukan khilaf demi khilaf. Sekarang, saya dalam fasa membetulkan diri… Bukan mudah hendak istiqamah.

“Saya pernah hanyut, terleka dan lalai hingga jatuh terduduk saat buat keputusan membuka tudung.

“Saya tanggung semuanya kerana silap sendiri. Saya bukan masih muda lagi. Dahulu saya tidak matang.

IKLAN

“Sekali lagi, saya harap diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki diri dan berubah,” katanya seperti yang dipetik.

View this post on Instagram

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin!

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff) on

Dia pada masa sama juga perlu menetapkan pendirian, kerana itulah yang dituntut.

“Benar, saya manusia biasa. Namun, itu bukan alasan untuk saya buat silap dan kembali sedar. Seterusnya, buat lagi hal sama. Hidup ini bukan panjang lagi.

IKLAN

“Saya akui tewas ketika diuji. Ada fasa dalam hidup termasuk hal peribadi dan kebodohan akhirnya menjerat diri.

“Saya memberontak tidak kena gaya. Natijahnya, hanya saya tahu. Saya lupa diri ini bukan orang biasa, sebaliknya insan dikenali yang diperhati setiap tindak tanduk.

“Sampai bila saya hendak ‘pakai buang’ dalam kewajipan bertudung. Mahu atau tidak, saya kena tetap pendirian. Soal bertudung, saya kena pakai kerana itulah tuntutan wanita Islam,” jelasnya.

Selain itu, Fathia teringat pesanan ibu mengenai pemakaian hijab bukan suatu ikutan.

IKLAN

“Hijab adalah mahkota yang menutup aurat wanita Muslim. Malah, ketika ini, jika tidak bertudung, kita umpama ketinggalan,” katanya lagi.

Sedikit mengenai perkembangan kerjaya seninya pula, Fathia akui masih merindui bidang lakonan.

“Ada peminat yang bertanya bila saya mahu berlakon lagi?

“Kalau ada kesempatan dan peluang berlakon, saya mahu tebus semula,” katanya yang turut memadam foto lamanya yang tidak bertudung di media sosial.

Sumber: Berita Harian

https://youtu.be/yUSXrUOBdcg

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI