Setelah selamat bergelar ibu pada 31 Ogos yang lalu, penyanyi Shila Amzah atau nama sebenarnya Nurshahila Amzah akhirnya berkongsi gambar wajah anaknya, Seth Uwais di akaun Instagram.
Lalu, foto bayi lelaki comel itu mendapat perhatian peminat.
“Seth ni anak bapak ni, tgk tu dagu dia ya Allah Sama dengan bapak nyaaaa @hariselias. Okay takyah tgk mommy la ye. @sethuwais,” tulisnya.
Di samping itu, peminat memuji kecomelan wajah anak Shila yang kelihatan hampir sama dengan wajah suaminya, Haris Elias ketika masih kecil.
Selain itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Tiada Dirimu ini turut membuat akaun media sosial Instagram buat anak sulungnya itu.
1 week old Me agak2 saya muka macam mommy ke daddy? #aboynamedSeth #1weekold 07/09/19
A post shared by Seth Uwais (@sethuwais) on Sep 6, 2019 at 5:16pm PDT
Sekadar informasi, akaun Instagram Seth kini sudah mencecah 15,000 pengikut.
Untuk rekod, Shila telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada 19 April 2018.
Foto : Instagram Shila Amzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kawan Menjauh Sebab Takut Kami Pinjam Duit,” – Kereta Ditarik & Makan Sosej Setiap Hari, Syura Badron Banyak Bantu Lan Solo Zaman Susah
Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Sheila Razlan mengenang kembali momen-momen sewaktu mereka terpaksa mengharungi fasa hidup yang agak susah ketika baru memulakan hidup berumah tangga.
Menurut Sheila, disebabkan kurang jemputan persembahan, dia dan Lan terpaksa melakukan apa sahaja yang termampu demi kelangsungan hidup.
“Cakap fasal susah senang ni, MashaAllah. Terkenang zaman susah payah ketika baru-baru kahwin dulu. Kereta pernah kena tarik sebab tak mampu nak bayar. Show tak ada dan anak pula kecil lagi.
“Susu dan pampers pun kami tukar yang paling murah. Lepas tu Lan beli sosej murah banyak-banyak untuk buat lauk harian. Hari ini rebus, esok goreng dan lusa makan dengan kicap pula,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh Sheila dalam satu sesi soal jawab bersama para pengikutnya di laman Instagram.
Jelas ibu kepada empat orang cahaya mata ini lagi, tidak ramai yang mengetahui kesusahan yang terpaksa dialami mereka ketika itu kerana ramai yang beranggapan kehidupan sebagai selebriti akan sentiasa senang.
“Tiada orang pun tahu sebab bila memegang gelaran artis, orang akan cop kaya. Langit tak selalu cerah awak. Makan fast food jauh sekali sebab duit yang ada disimpan untuk kecemasan dan sakit pening anak.
“Masa itu, insuran pun tak ada. Pening hari-hari nak fikir bayar sewa rumah. Kawan-kawan menjauh masa susah sebab takut kami pinjam duit,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Sheila turut mendedahkan antara individu yang banyak menghulurkan membantuan pada ketika itu adalah rakan selebriti dan penyanyi, Syura Badron.
“Kelakar bila ingat balik dan nak tahu tak? Hanya Syura Badron je yang tahu keadaan kami masa itu. Sampai satu tahap, punyalah Syura nak tolong kami, dia pergi show kami tolong jagakan Dania.
“Kemudian, bila balik, Syura belanja kami makan. Sejuta rahmat sangat masa tu. Padahal, Syura pun tak berduit sangat tapi dia percaya rezeki. Alhamdulillah, sampai hari ini kami kenang masa susah. Allah tahu apa yang terbaik,” akhirinya.
Terdahulu, Sheila dan Lan kini sedang giat menjalankan bisnes barangan runcit daripada Sabah.
Untuk rekod, Sheila dan Lan berkahwin pada 2009. Hasil perkongsian mereka dikurniakan empat orang anak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Lan Solo & Sheila Razlan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Basah Kita Awak,”- Shah Iskandar Payung Foto Seksi, Wanita Tak Keruan Melihatnya!
Pelakon, Shah Iskandar ada memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Gambar yang dikongsi Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz telah berkongsi gambar dirinya yang boleh dikatakan seksi menjadi perhatian ramai.
“Messy hair don’t care coz im HUNGRY!,” tulisnya.
View this post on InstagramMessy hair don’t care coz im HUNGRY!😈
A post shared by Shah Iskandar (@shahiskandarmahfuz) on
View this post on InstagramA post shared by Shah Iskandar (@shahiskandarmahfuz) on
Difahamkan, bintang drama bersiri Teduhan Kasih itu kini berada Seoul, Korea Selatan.
Menjengah di ruangan komen pada gambar tersebut, ramai netizen tak keruan melihat gambar yang dikongsi pelakon berusia 37 tahun ini.
Untuk rekod, bintang kelahiran Singapura ini telah menamatkan zaman bujang bersama seorang gadis bernama Siti Sarah Mohd Noor pada 16 Januari 2016.
View this post on InstagramA post shared by Shah Iskandar (@shahiskandarmahfuz) on
Foto : Instagram Shah Iskandar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Makin Lama Pegang Makin Rasa Nak Nangis,” – Heliza Helmi Kongsi Kisah ‘Kenderaan Ke Syurga’, Milik Anak Kecil Usia 7 Tahun
Cukup sayu mendengar kisah kematian seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Abdullah yang telah meninggal dunia akibat kekejaman yang berlaku di Syria.
Peninggalan sebuah kereta mainan yang turut rosak membuatkan hati Heliza Helmi yang turut berada di sana untuk misi kemanusiaan hancur.
“Walaupun kita tak kenal adik ini, tapi bila kita pegang kita dapat rasa.
“Seorang anak kecil baru ingin mengenal dunia. Allah pinjamkan adik ini lebih kurang 7 tahun bersama ahli keluarganya.
“Budak kecik, tak ada dosa. Kekejaman orang yang tidak berperikemanusiaan
“Kita kena sama-sama doa dan yang paling penting, apa yang kami share kepada anda. Tindakan kita untuk viralkan sebanyak yang mungkin dana untuk mereka survive.
“Mereka terpaksa makan kotak, rumput, anjing, kucing. Mereka pun manusia macam kita juga.
“Makin lama pegang makin rasa nak nangis
“And that his last moment,” ulasnya sambil memeluk mainan tersebut.
View this post on InstagramA post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Turut tersentuh mendengar perkongsian Heliza, ulas netizen, melihatkan kereta itu sahaja sudah membuatkan mereka mengalirkan air mata.
Menurut perkongsian sebelumnya, anak syurga ini sedang bermain di luar rumah sebelum di bom.
View this post on InstagramA post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka mata kita untuk sama-sama membantu meringankan beban mangsa peperangan di Syria.
Foto – Instagram Heliza Helmi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI