12 Rabuilawal bersamaan 9 November merupakan tarikh keramat buat seluruh umat Islam di dunia sempena hari kelahiran nabi junjungan, Nabi Muhammad SAW.
Mengambil tema sambutan tahun ini ‘Negara Rahmah, Ummah Sejahtera’, selebriti tanah air tidak ketinggalan menitipkan ucapan sempena hari kebesaran umat Islam.
Terdahulu, pelakon Wan Sharmila telah membuat keputusan mengenakan hijab, beberapa minggu lalu.
Akui Wan Sharmila atau lebih sinonim disapa Lala, dia membuat keputusan tersebut bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-38 tahun, 12 Oktober lalu.
Lalu, bintang kelahiran Johor Bahru ini ada berkongsi cerita kisah penghijrahannya bersama MH.
“Sebenarnya niat nak pakai tudung sudah ada lama, macam petunjuk pun dah ada.
“Kemudian kawan-kawan saya sendiri ada pernah beri nasihat untuk pakai tudung, tapi saya macam cuma dengar sahaja,” katanya.
Di samping itu, Sharmila turut meluahkan rasa syukur kerana peminat sentiasa memberi sokongan untuknya menjadi individu yang lebih baik.
“Syukur alhamdulillah peminat sangat memberi sokongan kepada saya apabila saya berhijab.
“Peminat saya tak pernah persoalkan kepada saya, eh kenapa you pakai tudung? Malah bila pakai tudung mereka sangat gembira untuk saya,” tambah Wan Sharmila lagi.
Semoga Sharmila terus kekal istiqamah dalam penampilan barunya, ayu sungguh!
Foto: Instagram Wan Sharmila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tanda pagar #countingdays kerap digunakan di laman Instagram, pelakon Isa Khan berkongsi kisah cinta yang jelasnya walau cukup singkat.
Namun bintang ini bersyukur perjalanan jodohnya bakal berakhir di jenjang pelamin.
Luah Isa, pada peringkat awal, agak sukar untuk menawan hati si kekasih, namun berkat usaha dan keberaniannya, cinta bakal Bersatu sebagai suami isteri.
“Sudah pasti ga sesingkat ini cerita cinta aku, untuk bisa memiliki kamu setelah menyebut kamu dalam doa” aku. Ada banyak cerita, ada banyak usaha, ada banyak pemantasan diri untuk pantas kamu cintai.
“Ada keseriusan, ada keberanian, ada keyakinan untuk menyatukan cinta. Tidak hanya banyak merayu, namun akan berani aku menghalalkan kamu di pelaminan. Barakallah,” tulisnya.
Pasa masa sama, entri yang turut disertakan dengan foto dua keping kad pengenalannya bersama si dia turut mengundang perhatian.
Pelakon, Lisdawati mengalami detik cemas pagi ini apabila terlibat dalam kemalangan kereta yang dinaikinya dengan sebuah motosikal milik lelaki Orang Kurang Upaya (OKU).
Perkara itu diluahkan pelakon itu menerusi IGTV miliknya.
“Hanya sekadar berkongsi cerita, pagi ini saya keluar jam 6:50 pagi, sekarang 8:30 dan saya masih berada di depan Leisure Mall.
“Apa yang mendukacitakan saya pagi ini kerana kereta saya dilanggar oleh sebuah motosikal OKU. Walaupun hati saya berderau, of course marah sebab saya baru sahaja baiki serba sedikit .
“Saya sabar dan parking kereta di bahu jalan, dibantu oleh polis trafik dan mungkin polis itu akan fikir saya akan selesaikan masalah itu dengan lelaki berkenaan (OKU yang langar),” katanya.
Bagaimanapun, pelakon berusia 41 tahun itu turut mengakui rasa berbelah bahagi.
“Saya tak tahu nak deal macam mana sebab ternyata dia yang salah.
“Sekarang ini saya tak tahu nak kesian diri saya atau nak kesian dia , tapi sesuatu yang agak mengecewakan apabila saya minta bantuan dia untuk naikkan bumper kereta yang terjatuh,” kongsinya.
Hakikatnya, Lisda mengharapkan agar situasi tersebut dapat dileraikan dengan permohonan maaf dari lelaki itu, namun sebaliknya yang terjadi.
“Sebenarnya saya mengharapkan perkataan ‘sorry’, tapi tak ada. Sehingga dia berlalu pergi. Tapi sempat dia bagitahu “saya nak ke kiri ke?”
“Dah sah-sah kereta saya berada di tengah jalan lurus. Tak ada ke kiri atau kanan. Jadi, saya tak tahu apa perasaan itu,” luahnya.
Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan tampil memberikan reaksi susulan kenyataan seorang individu yang menyifatkan dirinya sebagai antara artis tempatan yang tidak mempunyai bakat sebagai penyanyi.