Pelakon, Datuk Aaron Aziz mengakui dirinya berasa agak sedih apabila hanya berkesempatan untuk menunaikan solat jenazah ibunya tanpa kehadiran ahli keluarganya yang lain.

Langkah tersebut dibuat bagi mematuhi prosedur operasi standart (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dikala penularan wabak Covid-19 ini.

Menurut Aaron, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana sakit perasaannya pada ketika itu.

“Sakitnya Itu Allah Je Yang Tahu,” – Aaron Aziz Tunai Solat Jenazah Ibu Tanpa Famili Lain Sebab…

“The pain of not being able to solat jenazah with your loved ones. Only ALLAH knows. Semoga Allah pelihara arwah Bonda tercinta ku dalam urusannya di Alam Kubur.

“Agar sejuk, lapang dan ditemani sesorang yang cantik dimana ia adalah Al-Quran yang Bonda sentiasa mengaji setiap hari sebelum dapati masalah mata.

IKLAN

“Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afihi wa’fuanha Love you Mummy. Forever and ever,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Ombak Rindu itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Aaron turut memanjatkan doa semoga Allah sentiasa memelihara ibunya itu hingga ke syurga kelak.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah selain turut berharap agar Aaron tabah menghadapi dugaan ini.

“Sakitnya Itu Allah Je Yang Tahu,” – Aaron Aziz Tunai Solat Jenazah Ibu Tanpa Famili Lain Sebab… “Sakitnya Itu Allah Je Yang Tahu,” – Aaron Aziz Tunai Solat Jenazah Ibu Tanpa Famili Lain Sebab…

Menerusi laporan Barita Harian, difahamkan, ibu kepada Aaron telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Sabtu di sebuah pusat perubatan swasta di Singapura akibat serangan jantung.

IKLAN

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh isterinya, Datin Diyana Halik.

“Ya, Mummy meninggal dunia di hospital di Singapura akibat serangan jantung,” katanya seperti yang dipetik.

Sumber: Instagram Aaron Aziz & Berita Harian

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI