Satu babak dalam drama rantaian berjudul Takdir Yang Tertulis yang dilakonkan oleh Didie Alias telah mendapat perhatian meluas penonton.
Babak tersebut memaparkan adegan Didie yang mendukung watak Che Salmah yang bertindak kejam memarahi cucunya, Mika oleh telah makan mentega kacang di dapur, tanpa meminta kebenaran.
Lalu, babak yang penuh emosi itu mendapat reaksi daripada penonton.
Ads
Meski sekadar sebuah lakonan, rata-rata penonton meluahkan rasa geram dan marah apabila melihat babak berkenaan.
“Sakit hati betul bila tengok scene cik salmah, aku tunggu je balasan dia nanti,” tulis salah seorang penonton
Ads
Drama Takdir Yang Tertulis dibintangi pelakon hebat seperti Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad dan ramai lagi, bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3.
Ads
Foto: Instagram Didie Alias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew ada berkongsi cerita tentang keperibadian isterinya yang sentiasa menjadi tulang belakang dan pendokong semangat.
Ebit turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang solehah serta taat.
“Saya bisik pada bidadari saya setiap pagi. Hargai sedikit masa yang ada. I love you sayang. Terima kasih selalu jaga anak-anak. Didik anak-anak.
“I miss u bidadariku sayang. Rindu dan sayang sangat.. Dunia mungkin berubah tapi ada bidadari sayang dan anak-anak dimana pun rasa bahagia. Jika hati bahagia dimana pun kita akan bahagia.
“Setiap pagi selalunya dapat bercakap sekejap dengan bidadari tercinta. Lepas tu keluar rumah balik dah lewat malam.
“Jika ada masalah besar tiba-tiba tak balik beberapa hari. Tapi nak tahu tak, bidadari inilah yang selalu beri semangat dan doa,” tulisnya.
Ebit pada masa sama turut berdoa agar usaha kecil yang dilakukan diberkati seterusnya turut mendapat ‘bahagian’ buat keluarganya yang lain.
“Orang boleh cakap apa sahaja. Kita lalui dan pilih jalan perjuangan ini. Cukuplah Allah tempat bergantung berserah. Kita tak hidup untuk orang.
“Kita hidup untuk Allah sayang. Kepada Allah kita adukan kesedihan dan kesusahan. Sayang semua orang dan maafkan semua orang.
“Ya Allah jika ada pahala untuk sedikit usaha kecil ini saya hadiahkan pahala buat ibu bapa saya. Saya hadiahkan pahala buat bidadari ini yang sebenarnya pejuang.
“Tak banyak cakap, tak pandai komplen. Tak pernah mengeluh. Sentiasa hadiahkan senyuman. Banyak berkorban dan berdoa menangis untuk suami dan setiap insan atas dunia ini.
“Terima kasih bidadariku. Dari hati abang. I love you bidadari sayangku. Terima kasih bidadari sayang. (Tq Airis anakku selalu ambil gambar) -ebitlew,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Umum mengetahui, watak Inspektor Mazlan sememangnya sinonim dengan pelakon dan pengacara, Datuk AC Mizal menerusi drama berkonsepkan polis dan penyiasatan, Gerak Khas.
Seperti enggan berselindung, AC mendedahkan dia berkemungkinan besar bakal membuat kemunculan istimewa menerusi drama yang memasuki musim terakhir itu.
Jelas AC, Gerak Khas mempunyai tempat yang sangat istimewa di dalam hatinya kerana daripada situlah kariernya bermula sebagai seorang pelakon.
“Sudah tentu Gerak Khas sangat istimewa dan dia ada ‘sentimental value’ di dalam diri saya. Saya buat Gerak Khas lebih kurang dalam masa empat tahun setengah.
“Kemungkinan besar InsyaAllah saya akan muncul kot. Kita nantikan. Kita tengok dulu InsyaAllah,” katanya kepada MH.
AC berkata sedemikian sewaktu ditemui selepas selesai sesi pengambaran program terbaru anjuran Media Hiburan yang berjudul MHthrowback yang berlangsung di Shah Alam pada Khamis.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon, Datin Emylia Rosnaida ini turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan rezeki yang melimpah ruah terutamanya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak Covid-19 ini.
“Saya syukur alhamdulilah ini rezeki tuhan. Saya dari mula PKP yang pertama sampai sekarang alhamdulilah memang tugas pengacaraan itu sentiasa ada.
“Memang setiap minggu saya shoot talk show seperti program Sembang Duduk Rumah, Punchline DAC dan selepas ini program All Together Now. Saya syukur kerana rezeki saya bagus sangat,” jelasnya lagi.
Sementara itu, AC turut menyifatkan segala musibah yang berlaku ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri terutamanya buat dirinya sendiri.
“Saya simpati dengan rakan-rakan artis yang lain tetapi bak kata orang kita tak tahu rezeki kita macam mana. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
“Ketika berlakunya pendemik Covid-19 ini, waktu inilah kita dapat sekurang-kurangnya duduk di rumah dengan keluarga, makan dan solat jemaat bersama.
“Hikmahnya pada saya pula, tawaran kerja tak putus-putus terutama untuk buat pengacaraan. Mungkin itu kelebihan saya.
“Kalau saya fokus menyanyi atau berlakon mungkin susah. Syukur tuhan beri rezeki lebih banyak sewaktu PKP,” akhirinya.
Sekadar info, selain drama Gerak Khas, AC turut pernah membintangi filem Gerak Khas The Movie 1 dan 2.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tiada angin, tiada ribut, pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan ada memuat naik video terbaru menerusi laman Instagram miliknya.
Video berdurasi hampir 15 saat itu memaparkan Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy anggun mengenakan gaun berwarna putih sambil memakai vail di bahagian kepalanya.
Entri berkenaan jelas mengundang persoalan sama ada penyanyi lagu Semua Sudah itu bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Bagaimanapun tidak kurang yang membuat andaian bintang cantik ini bakal mengeluarkan single baru yang akan diumumkan hari ini.
Jelas Lizzy pada ruangan kapsyen, dia sebenarnya sudah lama menyimpan rahsia tersebut dan menunggu waktu yang sesuai untuk berkongsi bersama peminat.
“Dah lama simpan rahsia ni. Besok (hari ini) Lizzy akan announce okay,” tulisnya ringkas.
Menerusi video tersebut, kelihat juga sosok tubuh seorang lelaki yang menjadi tanda tanya ramai
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menzahirkan rasa teruja selain turut tidak sabar menantikan apakah pengumuman yang bakal dibuat Lizzy.
Malah tidak kurang yang turut meninggalkan respon seolah-olah ‘kecewa’ dengan entri yang sudah mendapat lebih 300,000 tontonan itu.
Foto: Instagram Elizabeth Tan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.