![74F3BFD2-8602-4212-9E15-C3E27037EE8A](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2021/02/74F3BFD2-8602-4212-9E15-C3E27037EE8A.jpeg)
Drama yang mencipa fenomena, Takdir Yang Tertulis lakonan mantap para pelakon utamanya, Nazim Othman, Nad Zainal dan Elvina Mohamad sudah pun melabuhkan tirainya pada Selasa.
Malah, episod akhir drama yang bersiaran sebanyak 15 episod menerusi slot Samarinda di TV3 itu turut diperkatakan ramai hingga menjadi trending di laman Twitter.
Semuanya gara-gara kejutan di penghujung episod akhir bila mana Mika (Isaac Iman) yang sebelum ini didedahkan sebagai anak kepada Ruhila dan Ean lakonan Alvin Chong, rupanya mungkin juga anak kepada peguam kepada Che Salmah, Hakim yang dilakonkan Muaz Fitri.
Lalu menerusi posting terkini Nad Zainal di Instagram, dia yang mendukung watak sebagai Juweta turut berkongsikan respon.
“Patut all the time dia senyum. Laa belum move on. Takdir Yang Tertipu,” tulisnya ringkas.
Lalu, foto yang merakamkan babak Hakim dan Ruhila itu pantas menerima reaksi pelbagai di kalangan warganet.
Rata-ratanya terkejut dan ada yang meminta drama tersebut disambung ke musim kedua.
Diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin, drama ini mengisahkan konflik perhubungan di antara empat kenalan iaitu Azlan, Juweta, Ean dan Ruhila.
Ruhila merupakan teman rapat kepada Juweta yang seorang wanita tegas dengan memiliki ego yang tinggi melangit.
Sementara Azlan pula ialah seorang lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja atas nama cinta namun sentiasa menghadapi masalah bersama isterinya, Juweta.
Ruhila pula yang berpasangan dengan Ean, ditampilkan sebagai seorang wanita positif sebelum takdir mengubah dirinya menjadi seseorang yang berbeza daripada sebelumnya.
Foto: Instagram Nad Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masalah Ear Monitor Bukan Alasan, Penyanyi Pro Kena Tahu Atasi,” – Ramli MS Ulas Penyingkiran Ayai Illusi
![“Masalah Ear Monitor Bukan Alasan, Penyanyi Pro Kena Tahu Atasi,” – Ramli MS Ulas Penyingkiran Ayai Illusi](https://cdn.mediahiburan.my/2023/10/IMG_8973.jpeg)
Masalah ear monitor tercabut pada awal persembahan nyata merencatkan perancangan penyanyi Ayai Illusi sekaligus menyebabkan markahnya dipotong banyak lalu tersingkir di All Stars Gegar Vaganza (ASGV)
Menurut juri, Datuk Ramli MS, hal tersebut tidak sepatutnya dijadikan alasan memandangkan Ayai ialah penyanyi yang berpengalaman.
“Memang markah terpaksa ditolak. Sama juga Azharina yang mengalami masalah sama. Sebagai penyanyi berpengalaman, ada cara untuk mengatasi masalah tersebut secara profesional.
“Jadi, saya tak mahu anggap ia sebagai satu alasan. Kalau ada masalah, tanggalkan satu atau kedua-dua ear monitor.
“Kalau tanggalkan, saya faham kalau anda terpaksa menyanyi secara biasa. Hal itu boleh dimaafkan.
“Namun, bila rangkap seterusnya juga ada bermasalah, kadang-kala keluhan mereka itu tak sama dengan laporan markah yang diberikan juri,” katanya kepada MH.
Maestro muzik terkenal itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai konsert ASGV yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
Ramli turut memberikan reaksi susulan masih ada peserta yang gugup ketika di atas pentas sehingga fokus mereka terganggu.
“Saya merupakan pengarah muzik. Para peserta menyanyi dengan saya selama dua hari setiap minggu. Ketika itu, tiada pula tekanan dan apa sahaja kekurangan saya akan cakap.
“Kalau peserta nak buat sesuatu, saya akan bagi pandangan. Apa yang bagus dan tidak. Bila konsert lain pula yang jadi mungkin disebabkan gugup di atas pentas.
“Ada segelintir peserta, 70 peratus persembahan mereka lain daripada ketika rehearsal. Penat saya baiki nyanyian mereka. Apa yang mereka nak saya bagi tapi masa konsert tiada.
“Tempat-tempat yang tak sepatutnya salah, di situ mereka salah. Mereka blank dan tidak fokus,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Ayai terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat pentas ASGV apabila persembahannya menerusi lagu Pusara Di Lebuhraya gagal memikat hati para juri.
Ayai hanya meraih markah sebanyak 53.00 peratus dan hanya dibezakan 0.75 peratus dengan Zamani yang berada di tangga ke-12.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Umur Baru, InsyaAllah Jadi Orang Baru Juga,” – Majlis Doa Selamat Norman Hakim Umur Cecah 43 Tahun
![[GAMBAR] “Umur Baru, InsyaAllah Jadi Orang Baru Juga,” – Majlis Doa Selamat Norman Hakim Umur Cecah 43 Tahun](https://cdn.mediahiburan.my/2019/01/norman-hakimbf.png)
Semalam, pelakon Norman Hakim telah menyambut ulang tahun kelahiran ke-43 tahun bersama isteri tercinta, Memey Suhaiza.
Norman dan Memey turut berkongsi beberapa video baru-baru ini apabila dia mengadakan doa selamat di kediamannya.
View this post on InstagramA post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on
“Ya Rabb tq mama @abby_abadi112 .Tanpa support awak,tak mungkin saya mampu jadi papa yg terbaik buat anak2..
“Terus berada dibelakang saya bersama abah @jaiezzany & mummy @memeysuhaiza k untuk beri segala yg terbaik buat anak2.
“Umur baru, inshaALLAH jadi org baru juga, lebih baik dari hari2 yg sebelumnya ye. Semoga terus menjadi Papa yg bertanggungjawab utk anak6.
“Anak6 dengar nasihat kita.. tp dorang akan lebih ikut contoh yg kita buat depan mereka. Jadi sama2 beringat,” tulis Norman.
Dalam pada itu, Norman ada berkongsi sekitar foto menarik.
“Ter’kena’ lagi! Wifey @memeysuhaiza dok tahan lambat2kan kita nak keluar, bagi mcm excuses itu ini,mintak ambikkan gambar ootd la.. ,videos itu ini la..rupa2nya ‘ada seafood disebalik mee’,pakat dengan team HQ,my beloveds #EphyraFamily
“Tq so much my dearies keluarga #Ephyra untuk ingatan dan doa.Sangat2 menghargainya.
“Saya ada share sikit moment ni kat #InstaLive saya termasuk my biggest birthday wish untuk tahun 2019 Masihi,” tulis Norman lagi.
View this post on InstagramA post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on
View this post on InstagramA post shared by Farhan Audi Fuad (@chocolatebyaudi) on
View this post on InstagramA post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on
Terdahulu. Norman telah menyambut ulang tahun kelahiran (pre-celebration) awal tiga hari sebelum hari jadinya (semalam).
Foto / Video : Instagram Norman Hakim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Memang Pedih Sikit, Tapi…,” – Ummi Nazeera Jalani Ujian COVID-19 Secara Drive Thru, Saran Netizen Bersikap Jujur
![“Memang Pedih Sikit, Tapi…,” – Ummi Nazeera Jalani Ujian COVID-19 Secara Drive Thru, Saran Netizen Bersikap Jujur](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2020/04/WhatsApp-Image-2020-04-02-at-4.07.09-PM.jpeg)
Pelakon jelita, Ummi Nazeera ada memuat satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, bintng ini dilihat sedang menjalani ujian COVID-19 secara ‘Drive Thru’.
Lalu, Ummi, 29, meluahkan rasa syukur dan memaklumkan keputusan ujian tersebut menunjukkan negatif.
Di samping itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menyarankan netizen untuk menjalani ujian tersebut sekiranya pernah ke luar negara baru-baru ini bagi menjaga keselamatan orang lain.
“Syukur Alhamdulillah … The result is NEGATIVE… Kepada yang pernah ke luar negara baru baru ni .. Saya sarankan untuk buat Covid19 test ni.
“Walaupun KKM suruh quarantine sahaja. Kalau ada duit nak travel, apa salahnya keluar sikit duit lagi utk buat confirmation test ni.
“Tak susah pun.. Ummi pergi yang Drive Thru punya . Memang pedih sikit.. Tapi berbaloi.. Jangan takut. Kejap je buat! Tak sampai 10 minit siap,” katanya.
Selain itu, Ummi turut meminta kepada mereka yang pernah ke luar negara baru-baru ini agar melakukan sesi kuarantin diri.
“Pada masa yg sama tolong KKM juga .. Sebab result test ni akan di update ke KKM.
“Kepada travellers yg tak nak buat. Saya mohon sangat sangat untuk Quarantine 14 Hari di rumah … dan JUJUR bila berjumpa staff kesihatan.
“Stay safe everyone !! #StayAtHome #HelpThemToHelpUs PS: Ummi buat di MSU… Kos RM550 . Pencerahan buat yg bertanya .,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on
Video: Instagram Ummi Nazeera
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI