![084DE209-1D03-472E-9011-3B51098BC0DF](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2021/02/084DE209-1D03-472E-9011-3B51098BC0DF-696x464.jpeg)
Seperti semua sedia maklum, rapper, Altimet telah pun memutuskan untuk bersara daripada industri seni tanah air bermula pada tahun 2019.
Bagaimanapun, sebelum pengunduran dirinya itu, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad telah pun mengadakan sebuah konsert khas sebagai tanda penghargaan buat rakan-rakan industri dan juga para peminat.
Terbaru, penyanyi lagu Amboi ini turut mendedahkan dirinya berasa amat terharu selepas mengetahui rata-rata rakan artis yang turut serta menjayakan konsert tersebut telah menolok untuk menerima pembayaran.
“Ni kira pesta kita kita ni. Fun fact: majority guest artist yang buat persembahan malam tu menolak bayaran yang kami bagi.
“Ada yang action ambik cheque pastu tak bank in sampai sekarang. Aku sangat terharu. Thanks guys, I appreciate our friendship fr fr,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Altimet menerusi sebuah ciapan yang dikongsikan di laman Twitter.
Tambah Altimet lagi, ada juga segelintir artis yang telah mengambil check pembayaran tetapi sehingga kini masih lagi belum membuat sebarang transaksi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa rindu bila mengenang kembali momen-momen pada malam konsert terakhir Altimet itu.
Sumber: Twitter Altimet
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Ada Menonton Sebab…,” – Sering Duduk Di Kerusi Juri, Siti Ulas ‘Komen Keras’ Mummy, ‘Mengenali Mas Idayu, Itulah Dia’
![“Saya Ada Menonton Sebab…,” – Sering Duduk Di Kerusi Juri, Siti Ulas ‘Komen Keras’ Mummy, ‘Mengenali Mas Idayu, Itulah Dia’](https://cdn.mediahiburan.my/2023/01/8915B289-974D-40FB-A1A0-53E151D564B5-scaled.jpeg)
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan setiap penyanyi yang berada di kerusi juri pasti mempunyai cara mereka yang tersendiri di dalam melontarkan komen atau kritikan.
Siti, 44, berkata karektor serta penilaian seseorang juri itu juga mungkin berbeza di antara satu sama lain.
“Saya percaya setiap juri akan ada kriteria atau cara mereka yang tersendiri. Penilaian masing-masing berbeza. Macam saya misalnya, pernah berada di posisi juri, karektor saya memang tak boleh marah macam itu, bukan diri saya.
“Akan tetapi kalau kak Mas Idayu, itulah diri dia. Cuma tinggal lagi, teruk tak teruklah (komen yang diberikan). Masing-masing pun ada cara dan pada masa sama mungkin tahap ketahanan individu (dalam menerima komen) pun berbeza.
“Ada yang boleh menerimanya daripada sudut yang positif dan ada yang tidak boleh terima keadaan yang sedemikian,” katanya kepada MH.
Siti berkata demikian sebagai mengulas kritikan pedas yang diberikan Mas Idayu terhadap persembahan lagu Jampi versi keroncong yang dibawa Naim Daniel dan Sissy Imann menerusi Famili Duo, Ahad lalu.
Penyanyi lagu Anta Permana ini turut menambah, penonton sendiri pastinya bijak menilai baik buruk susulan insiden yang berlaku pada saingan minggu keenam itu.
“Mungkin kita pun sudah dibiasakan dengan elemen yang semua perkara kita boleh cakap lepas atau boleh tulis apa sahaja. Ia sudah jadi perkara biasa pada zaman sekarang. Jadi ada yang mungkin rasa boleh tahan dengan kritikan. Begitu juga sebaliknya.
“Saya ada menontonnya secara langsung sebab Siti Sisters pun ada bertanding juga. Bila tonton tu terkejut juga. Bagi saya apa yang berlaku kita sendiri yang boleh menilai atau menerimanya daripada sudut positif dan negatif.
“Kalau daripada sudut baiknya, ia adalah cara untuk menegur dan mengajar sebab mungkin Mas Idayu melihat ia sudah pun persaingan di minggu keenam. Mungkin baginya prestasi yang begitu tidak sepatutnya dipersembahkan.
“Akan tetapi kalau daripada sudut negatif itu mungkin pihak yang ditegur itu tidak mampu menerima kritikan yang macam itu. Tapi mengenali Mas Idayu, itulah dia. Malah sebelum ini pun dia pernah bawa rotan untuk bimbing Black. Jadi terpulang pada penerimaan,” katanya lagi.
Artikel Berkaitan;
“Jangan Putus Asa Kerana Itulah Sepak Terajang Yang Perlu Hadapi,” – Nasihat Matang Siti Buat Sissy
Mas Idayu ‘Tegur’ Artis Yang Kritik Cara Penjuriannya; “Saya Mohon Jangan Masuk Campur…”
Terdahulu, program hiburan realiti itu menjadi bualan apabila Sissy dilihat menangis sejurus membuat persembahan selain tidak muncul pada segmen akhir program berkenaan selepas menerima komen tegas daripada Mas Idayu.
Sissy menerusi Instagram selepas itu memuat naik keluhan dan kekecewaan terhadap dirinya serta menjelaskan bahawa semangatnya untuk berkarya sebagai pemuzik kini kian pudar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sejak Membuang Ketulan Pada Payudara, Saya Amalkan Gaya Hidup Lebih Positif,” – Ernie Zakri
![“Sejak Membuang Ketulan Pada Payudara, Saya Amalkan Gaya Hidup Lebih Positif,” – Ernie Zakri](https://cdn.mediahiburan.my/2018/12/1-1.png)
Penyanyi yang kini popular dengan single Misteri, Ernie Zakri ada berkongsi pengalamannya pernah menjalani pembedahan membuang ketulan di payudara pada usia 23 tahun.
Mujur ia hanya ketulan kecil dan bukanlah sel kanser. Ernie mendedahkan hal tersebut menerusi majalah Mingguan Wanita, keluaran Oktober lalu.
Tambahnya, dia mengetahui masalah tersebut agak lambat meski kepentingan bagi golongan wanita terutamanya agar memeriksa sendiri payudara telah pun dipupuk sejak di bangku persekolahan lagi.
Baca : https://www.mingguanwanita.my/datuk-shafinaz-ernie-zakri-ikon-seni-dua-generasi/
Bagaimanapun, penyanyi Aku Cinta ini juga memberitahu meski pun ia hanyalah ketulan, tetapi memberi efek kepada emosi.
Bagi Ernie, tiada salah untuk sentiasa buat pemeriksaan kerana tidak semua daripada kita bernasib baik.
View this post on InstagramA post shared by @ erniezakri on
“Buat wanita di luar sana yang tengah bertarung melawan kanser atau baru sahaja mengetahui dirinya mengalami kanser seharusnya mendoakan agar mereka kuat.
“Saya tahu situasi ini bukanlah mudah bagi kita. Jadi orang sekeliling perlulah memberi sokongan agar pesakit kanser menjadi lebih positif.
“Sejak saya membuang ketulan pada payudara, saya amalkan gaya hidup lebih positif. Saya titik beratkan pengambilan makanan yang sihat,” terang Ernie seperti yang dipetik.
Ikuti tembual penuh bersamanya menerusi Mingguan Wanita.
Sumber/Foto: Mingguan Wanita/Instagram Ernie Zakri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baru Timang Anak Ketiga? Fatin Afeefa Belum Sedia Kongsi – “Saya Akan Kongsi Dalam Masa Terdekat.”
![Baru Timang Anak Ketiga? Fatin Afeefa Belum Sedia Kongsi – “Saya Akan Kongsi Dalam Masa Terdekat.”](https://cdn.mediahiburan.my/2024/05/IMG_9159.jpeg)
Pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa belum bersedia memberikan sebarang jawapan berhubung desas desus yang mendakwa dia sebenarnya sudah menimang cahaya mata sulung hasil perkahwinan dengan usahawan, Aliff Awang.
Menurut Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudi, dia akan berkongsi mengenai berita gembira itu bila tiba masa yang sesuai.
“Doakan yang baik-baik. Insya-Allah semoga yang baik-baik juga untuk saya dan keluarga. Saya tak mahu mengiyakan atau menidakkan.
“Saya belum bersedia untuk berkongsi memgenai perkara itu (sudah bersalin). Tetapi insya-Allah saya akan kongsi dalam masa terdekat,” katanya kepada MH
Fatin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan jenama L.SOULLE di Sunway Velocity Mall, pada Sabtu.
Bercakap mengenai penampilan terkininya yang sudah tampil berhijab, pelakon filem Tentang Bulan ini memaklumkan dia kini sedang berusaha menjadi muslim yang terbaik.
“Saya pun tiada membuat sebarang kenyataan bila dan punca saya tergerak hati intuk bertudung. Saya tak nak orang kata saya menunggang agama.
“Saya selalu bagitahu yang saya kini sedang berusaha menjadi muslim yang terbaik. Ada kalanya saya memakai jubah dan bertutup habis dan ada masa pakaian saya biasa-biasa sahaja.
“Saya mula bertudung pada tahun lepas sejak pulang daripada umrah,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Fatin akui teruja apabila dipilih untuk menjadi duta bagi produk penjagaan kulit wajah daripada Korea Selatan, L.SOULLE.
“Tahun lepas saya memang sedang mencari produk penjagaan kulit wajah. Kemudian pihak L.SOULLE mengubungi saya.
“Saya tertarik kerana produk mereka punyai sijil halal. Ia bukan sesuatu yang mudah. Malah, produk ini juga sesuai digunakan untuk bayi.
“Saya minta untuk cuba dahulu produk ini selama enam bulan untuk pastikan sama ada ia sesuai atau tidak dengan kulit saya dan cuaca di Malaysia.
“Alhamdulillah okay. Saya tidak akan ambil produk sembarangan. Sata tak tahu nak menipu,” akhirinya.
L.Soulle ialah jenama penjagaan kulit kecantikan yang bebas daripada bahan yang berasaskan haiwan dan tidak diuji ke atas haiwan.
Ia dihasilkan melalui kaedah OEM melalui Kolmar Korea yang terdiri daripada lima jenis produk Moisturizing Miracle Mist Toner, Serum, Moisturizing Cream, Sunscreen dan Sun Cushion.
L. Soulle juga telah berjaya menembusi pertubuhan runcit Korea yang terkenal termasuk Lotte Duty Free dan kedai “pop-up” cawangan Hyundai.
Imbas kembali, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.
Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 7.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI