Usahawan sensasi, Nur Sajat tampil meluahkan rasa, selepas dilihat seolah-olah tertekan terhadap apa yang berlaku melibatkan dirinya baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Instagramnya @nursajat yang kini dalam mood privasi, Sajat ada berkongsi kekeliruannya di dalam melakukan amal kerana status diri selain mendedahkan dia kini mejalani rutin sebagai wanita meski dalam id (kad pengenalannya) ialah lelaki.

“Menunggu masa… Aku ini lelaki yang mempunyai kemaluan wanita. Aku pakai baju sopan dalam agamaku, buat sedekah dikatakan perbuatan haram. Haram dalam semua yang aku lakukan dalam lima tahun aku dalam perniagaan.

“Amalan kebaikan sia-sia sahaja sebab Sajat id lelaki! Wahai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman walaupun kau tu id lelaki, tetapi anggota badan wanita… tetapi kau tetap lelaki! Lelaki berdasarkan id! Cara hidup kau semua adalah wanita!

“Segala amalan kau di dalam agama adalah haram. Perbuatan di dalam mempersendakan agama,” tulisnya.

Entri yang telah disekat akses komen, Sajat turut berkongsi dirinya pernah bertanya mengenai ibadat solat yang dilakukan kepada seorang Ustaz.

“Aku ada bertanya pada Ustaz, aku nak solat, aku tengok bangsa lain macam aku, mereka still sembahyang pada tuhan mereka. Berdasarkan kepercayaan masing-masing.

“Aku dah perempuan, kemaluanku, tubuhku, cara hidupku semua perempuan. Aku nak solat. Aku tak selesa solat dalam keadaan lelaki. Aku selesa solat cara wanita. Adakah solat aku sah dalam agama?

“Segala bacaan semuanya lengkap, kiblat semua sempurna. Aku manusia tidak sempurna. Aku cacat pemikiran, cacat jiwa, cacat naluri. Aku cuba kawal, cuba berubah tetapi cacat ini terus kekal! Rupanya cacat dalam lagi kuat tamparannya.

“Adakah solat aku tu sah? Ustaz tu kata, Sajat, Islam itu indah. Sesungguhnya bersolatlah cara selesa yang kamu rasa bagus untuk diri awak. Perlahan-lahan kenali Allah.

”Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bila Ustaz kata macam itu, hatiku kuat dengan agamaku,” tulisnya lagi.

Sajat pada masa sama turut menjelaskan, segala kebajikan yang cuba dilakukan adalah sebagai tanda sayangnya dia pada agama. Namun dakwa Sajat, keadaan sebaliknya pula yang berlaku ketika ini.

Sementara itu menerusi Insta Stories, ahli perniagaan yang pernah muncul menerusi single, Makhluk Penggoda ini juga ada memuat naik beberapa reaksi netizen selain perasaan yang dirasakannya.

Terdahulu, Sajat baru-baru ini tampil menceritakan situasi dia digari pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bharu menerusi sebuah video IG TV.

Sajat antara lain mendakwa mendapat layan yang tidak wajar meski sudah memberikan kerjasama apabila dipanggil untuk siasatan oleh pihak JAIS berhubung laporan yang dibuat pada 23 Ogos 2018, di Wisma Nur Sajat, Seksyen 16 Shah Alam.

Menerusi Berita Harian hari ini, JAIS mengesahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36 atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

JAIS dalam kenyataan memaklumkan, siasatan terhadap Nur Sajat dibuat berikutan terdapat beberapa aduan yang diterima mengenai perlakuannya pada 2018 dan 2020.

Menurut jabatan itu, pihaknya juga mengambil maklum berhubung video yang ditularkan usahawan berkenaan berkaitan insiden membabitkan dirinya dan beberapa orang penguat kuasa JAIS, baru-baru ini.

“Dia sudah membuat laporan polis berkaitan insiden itu dan pegawai penguat kuasa berkenaan juga dipanggil untuk memberikan keterangan,” katanya.

Foto: Instagram Sajat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI