Penyanyi, Syamel mengakui dirinya berasa rindu dengan momen bersama arwah ibu, Allahyarham Wan Faaizah Karim sepanjang 27 usianya ketika ini.
Menurut Syamel, arwah merupakan individu yang selalu mengambil berat serta gemar menitipkan nasihat buat anak-anaknya tidak kira masa dan juga ketika.
View this post on Instagram
“How i wish you guys jumpa dan kenal Umi. You will surely love her. Very charismatic dan setiap tutur kata penuh dengan pesanan dan peringatan.
“Kadang-kadang call tak kira masa kalau teringat sesuatu nak pesan, masa tu kita terfikir kenapa tak tunggu sampai rumah, boleh borak panjang, rupanya terlalu singkat masa yang kita ada untuk menunggu,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh suami kepada penyanyi, Ernie Zakri itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi entri yang sama, Syamel turut dilihat berkongsi sebuah video yang memaparkan rakaman suara sewaktu ibunya memberikan nasihat.
“Bangmel kongsikan sedikit pesanan Umi, masa ni nak keluar rumah nak drive, umi suruh duduk kejap depan dia ada benda nak bagitahu, ha dengar lah.
“So cute! Bangmel record depan dia. Buat yang masih ada ibu dan ayah, curahkanlah kasih sayang, berikan perhatian, dan merayu lah doa daripada mereka,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Syamel turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa menghargai waktu-waktu bersama ibu bapa kerana kita sendiri tidak tahu bilakan kesempatan tersebut akan berkahir.
“Mungkin doa dari seorang ibu buat Bangmel dah terputus di dunia ni, tapi segala pesanan dan ilmu yang diberikan akan di amalkan dan diingati sampai akhir usia.
“Rakamlah detik-detik manis bersama sebanyak mungkin, walaupun takmungkin dapat lepaskan rindu tapi percayalah, mencukupi untuk menemani kita di saat angin rindu datang singgah.
“Miss you Umi. Akan sentiasa mendoakan Umi ya. Muahhh Love You,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Syamel.
“Salam takziah. Doakan umi awak selalu ye sebab doa anak lelaki terus diangkat. InsyaAllah.
“Allahuakbar, sebaknya. Salam takziah Bang Mel dan keluarga. Be strong ya.
“Ya Allah sebak bila dengar sampai habis. Moga Bang Mel sekeluarga tabah menghadapi segala ujian. Salam takziah.
“Salam takziah. Stay strong Bang Mel dan keluarga,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, ibu kepada Syamel telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 22 Ogos yang lalu pada usia 55 tahun.
Difahamkan, Allahyarham hampir dua bulan menerima rawatan di hospital akibat kekurangan oksigen dalam badan dan terpaksa ditidurkan.
Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27, sebelum ini memaklumkan keadaan ibunya itu bukan akibat jangkitan wabak COVID-19.
Sumber: Instagram Syamel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI