Bersempena dengan cuti umum Hari Pekerja semalam, ramai di antara pengguna media sosial yang memberikan dedikasi sempena sambutan berkenaan dalam pelbagai cara yang kreatif dan lucu.
Malah, selebriti juga tidak terkecuali memberikan kapsyen paling win buat hiburan para peminat mereka di platform Instagram.
Misalnya pelakon Diana Danielle yang tampil berkongsi beberapa foto kandid dirinya yang sedang posing bersama mop lantai!
“Astro call I cakap ada kerja…. so I datang la cantik2. Rupanya abg cleaner cuti so diorg nak I gantikan. Selamat Hari Pekerja SEMUA, korang rehat k I gantikan. Sejam seribu jew,” tulisnya sambil memberikan kredit kepada penaja pakaiannya pada hari itu.
Difahamkan, pelakon filem Hanyut itu berada di Astro baru-baru ini untuk sebuah program hiburan.
Baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata selepas lima tahun menunggu, doktor popular, Dr. Say Shazril mengakui rutin hariannya berubah 360 darjah gara-gara si kecil tersayang.
Ulasnya menerusi Instagram, tiada penjagaan standard yang perlu dipatuhi kerana keperluan bayi sentiasa berubah-ubah.
“Topik : Baby Ku Lain Maciammm
“Kini baru ku tahu kenapa semua ibu bapa memsgku mengucapkan “Selamat beroncall” ataupun
“Selamat berjaga malam” ataupun “Selamat membela eyebag” sb kehidupan serius berubah 360darjah lepas kehadiran Aezriel.
“Ku ingat menjaga baby ni ada Standard Operating Procedure-nya yakni kalau die nangis 1st thing to do ialah check pampers-nya & kalau basah/ xde yak2 move on to 2nd thing yakni die mungkin lapar maka bagi susu, setel. Tp sangkaan ku salah, baby ku makin bijak.
“Kini lpas step 1 & step 2, babyku mahu step 3 yg sememangnya pelupus segala tidur yakni dia mahu didodoi/ dikendong/ dibawa berjalan2.”
Malah, meskipun ada perancangan mahu menambah anak dalam waktu terdekat, kesukaran menjaga anak pertama membuatkan dia dan isteri menangguhkan impian.
“Cukup ku respect ibu bapa di luar sana krn sememangnya nak menjaga baby tidak mudah spt yg disangka. Mase biniku sdg mengandung dahulu, daku & bini pernah menyatakan hasrat yg lepas 1st baby ni kami nk dptkan baby kedua scpt mungkin sb yelah kami sudah agak lmbt tuk memulakan family.
“Tp kini hasrat tu kami simpan tepi jelah dulu huhu. One thing for sure jika diberi pilihan samaada sanggup sy trade tidur cukup 8 jam dgn this little cheeky cheerful boy, my answer would be, NEVER.
Sharnaaz Ahmad mengakui dia sedang dalam proses untuk memulihkan hubungan sama isteri tercinta, Noor Nabila Mohd Noor.
Pengakuan tersebut dibuat pelakon berkenaan seperti yang dipetik Berita Harian. Difahamkan, hubungan rumah tangga mereka dikatakan bermasalah, sejak Februari lalu.
“Saya, Nabila dalam proses pulihkan hubungan,” katanya.
Pada masa sama, Sharnaaz seperti yang dipetik turut mengaku, keduanya bersepakat mahu pulihkan perhubungan demi cahaya mata tunggal, Jebat Jayden Ahmad, lapan bulan.
“Jebat adalah segala-galanya bagi saya. Apa yang berlaku ketika ini, kami sedang melalui proses pemulihan akhlak.
“Kami mahu membetulkan diri menjadi suami isteri yang lebih baik demi Jebat,” katanya.
Terdahulu, aktor tersebut ditemui pada majlis berbuka puasa dan sumbangan duit raya Megapine (M) Sdn Bhd.
Terdahulu, ada beberapa perkongsian status Sharnaaz dan isteri menerusi media sosial yang sekali gus mengundang spekulasi yang kononnya, pasangan ini sedang masalah rumah tangga.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan Jebat pada 30 Ogos tahun lalu.
Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!