Selepas menjadi isu hangat mengenai jam tangan yang dipakai pelakon Ruhainies yang dianggarkan bernilai lebih RM17,000 seperti hangat diperkatakan pengguna laman sosial, bintang berkenaan mengakui ia merupakan jam tangan lama yang sudah sering dipakainya.

Cuma entah mengapa, jam pemberian kekasih itu menjadi bualan sejak akhir-akhir ini.

Ruhainies Perjelas Isu Jam Tangan Mewah RM17k, Kekasih Yang Bagi…Tak Kan Nak Tolak?

Ruhainies, 27, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas seperti yang dipetik Harian Metro menjelaskan, jam itu adalah hadiah daripada kekasihnya, Mr E bersempena hari jadinya tahun lalu.

“Jam ini sudah lama saya pakai, tapi tak tahu kenapa orang baru bercakap. Disebabkan kekasih seorang pengumpul koleksi jam tangan edisi terhad, jadi dia pun menghadiahkan saya seutas jam tangan.

IKLAN

“Orang bagi hadiah, takkan kita nak tolak? Lagipun dia kekasih saya, apa salahnya? Saya bukan jenis orang yang meminta. Apa yang diberi saya ambil. Tahun lalu pun pelbagai hadiah diberikan.

“Ini pertama kali saya pakai jam berharga belasan ribu ringgit. Saya pernah beli sendiri, tapi tidaklah semahal itu. Saya beli mengikut kemampuan saja,” terang Ruhaninies.

Pada masa sama, pelakon drama Jejak Karmila turut berkongsi khabar gembira apabila kekasih hati yang merupakan seorang ahli perniagaan itu pernah menghadiahkan sebentuk cincin yang ditempah khas.

IKLAN

Ia sebagai simbolik kepada cinta yang terjalin di antara mereka dan melamarnya berlatar belakangkan Plaza Duomo Milan, Itali.

“Kalau cincin nak merisik atau bertunang belum lagi. Seperti pernah dikatakan sebelum ini, saya nak dahulukan kakak, Risteena. InsyaAllah, majlis perkahwinannya berlangsung November ini.

IKLAN

“Selepas itu, baru fikir saya pula. Kami sudah ada perancangan ke arah itu, cuma belum ditetapkan bila.

“Kalau boleh, biarlah kami fokus pada kerjaya masing-masing. Insya-Allah, kalau ada jodoh tak ke mana,” akhirinya.

Foto: Instagram Ruhainies

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI