Pelakon, Ruhainies akhirnya tampil memberikan kenyataan susulan dakwaan dia terbabit dalam kes khalwat bersama aktor dan penyanyi, Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu negara, Jumaat lalu.

Jelas Ruhainies, dia terpaksa mengambil masa agak lama untuk memberikan kenyataan berikutan komitmen kerja dan tidak mahu terburu-buru bagi mengelakkan salah faham.

“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf atas kelewatan mengeluarkan
kenyataan rasmi berhubung kes melibatkan saya yang tular baru-baru ini.

“Kelewatan ini adalah kerana komitmen kerja saya dan saya tidak mahu terburu-buru memberi kenyataan bagi mengelakkan disalah erti atau dimanipulasi oleh mana mana pihak,” jelasnya.

Perkara itu dikongsikan Ruhainies menerusi hantaran terkini di Instagram, pada Khamis sekaligus secara terperinci menjelaskan perkara sebenar yang berlaku pada malam kejadian;

IKLAN

Ruhainies Beri Kenyataan Isu Khalwat, Tampilkan 11 ‘Point’ Situasi Sebenar Yang Berlaku & Harap Bella-Aliff Tak Berpisah Ruhainies Beri Kenyataan Isu Khalwat, Tampilkan 11 ‘Point’ Situasi Sebenar Yang Berlaku & Harap Bella-Aliff Tak Berpisah Ruhainies Beri Kenyataan Isu Khalwat, Tampilkan 11 ‘Point’ Situasi Sebenar Yang Berlaku & Harap Bella-Aliff Tak Berpisah

Ruhainies Beri Kenyataan Isu Khalwat, Tampilkan 11 ‘Point’ Situasi Sebenar Yang Berlaku & Harap Bella-Aliff Tak Berpisah

IKLAN

Menerusi hantaran sama, Ruhainies tegaskan dia dan Aliff tidak lebih hanya sebagai rakan seindustri dan turut mengenali ahli keluarganya yang lain sejak 10 tahun lalu.

Selain itu, Ruhainies turut memohon maaf kerana baru sekarang memberikan kenyataan sehingga ada terdapat fakta yang tidak tepat dan telah dimanipulasikan sebelum ini.

IKLAN

Malah, dia hargai persahabatannya dengan rakan artis, Bella Astillah dan mengharapkan dia tidak berpisah dengan Aliff.

Pada masa sama, Ruhainies menyerahkan pada orang ramai sama ada mahu mempercayai atau sebaliknya terhadap apa yang telah dikongsikanya itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Bella memfailkan perceraian daripada Aliff pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI