“Dekat rumah saya sekarang ada ibu dan mak mentua, baru sahaja ibu Zain tinggal bersama kami sekitar dua bulan lalu.”

Demikian kata pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan yang mengakui terbuka sekiranya mentua tinggal bersama.

Menurut Rozita yang mesra disapa Che Ta, ibu suami Zain iaitu Siti Aisyah Abdullah baru sahaja jalani pembedahan dan penting untuknya mempunyai penjaga bagi memastikan keadaannya terjaga.

“Saya beritahu suami, saya terbuka sekiranya Mummy (panggilan kepada ibu mentua) tinggal bersama-sama. Saya percaya rezeki dan memuliakan orang tua. Tambahan pula ada di antara anaknya yang kini sudah bekerja di luar negara.

“Jadi Zain pujuk ibunya supaya tinggal bersama kami sekeluarga. Syukur Mummy pun tiada masalah dan saya gembira kerana sekurang-kurangnya dapat melihatnya di depan mata.

“Cuma kadang-kadang rasa seronok juga tengok ibu saya dan Zain bersembang. Seorang cakap bahasa Melayu, seorang lagi cakap Inggeris, terhibur jadinya. Adalah mereka kawan untuk mengisi masa bersama.

IKLAN

“Ibu Zain baru-baru ini terjatuh dan pinggulnya retak hingga terpaksa jalani pembedahan. Jadi lebih baik sekiranya dia tinggal bersama. Umurnya pun sudah 76 tahun,” katanya kepada MH.

Rozita Muliakan Orang Tua, Bawa Ibu dan Ibu Mentua Tinggal Bersama; “Kalau Sayang Suami, Sudah Tentu Kita Mahu Dia Pun Dapat Pahala…”

Rozita Muliakan Orang Tua, Bawa Ibu dan Ibu Mentua Tinggal Bersama; “Kalau Sayang Suami, Sudah Tentu Kita Mahu Dia Pun Dapat Pahala…”

IKLAN

Rozita yang juga ‘muse’ kepada barangan kemas popular, Angsa Emas Jewellery turut memberikan pendapat mengenai spektikal bahawa menantu pasti rasa tak selesa sekiranya ada mentua menghuni kediaman sama.

“Dia macam ni, bila kita sayangkan suami, sudah tentu kita mahu dia pun dapat pahala atas asbab dengan apa yang kita lalukan. Pada masa sama, kita perlu sayang ahli keluarga suami, macam famili sendiri.

“Jadi pada saya tiada istilah susah untuk ibu mentua tinggal bersama menantu perempuan contohnya. Ibu mentua pun seorang yang mudah diuruskan dan bukan cerewet.

IKLAN

“Kalau ada isu sekalipun, lebih kurang tu halalkan lah. Kita tidak boleh nak berkira atau rasa dia boleh terima kita seratus peratus. Begitu juga sebaliknya. Yang penting bagi saya bertolak ansur.

“Lain orang mungkin berbeza pandangannya. Cuma di sini saya bertuah kerana mempunyai ibu mertua yang tak cerewet,” katanya lagi.

Rozita Muliakan Orang Tua, Bawa Ibu dan Ibu Mentua Tinggal Bersama; “Kalau Sayang Suami, Sudah Tentu Kita Mahu Dia Pun Dapat Pahala…” Rozita Muliakan Orang Tua, Bawa Ibu dan Ibu Mentua Tinggal Bersama; “Kalau Sayang Suami, Sudah Tentu Kita Mahu Dia Pun Dapat Pahala…”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI