Kebelakangan ini, tidak dinafikan trend pengusaha bisnes melancarkan gimik atau lagu sempena Hari Raya Aidilfitri menjadi antara rangka bagi mempromosikan produk yang diusahakan.

Bagi duo pereka fesyen, Rizman Ruzaini, buat masa ini mereka memilih untuk terus memberi fokus penuh terhadap perniagaan mereka tanpa memikirkan soal gimik.

Menurut Rizman, sebagai pemilik jenama fesyen besar, mereka mahu menjadi contoh terbaik kepada masyarakat, terutama generasi muda.

Rizman Ruzaini Tak Buat Gimik & Lagu Raya, Mahu Terus Jadi Contoh Kepada Generasi Muda – “Tak Pernah Terfikir…”

“Kami tidak pernah terfikir ke arah itu. Pada saya, biarlah kami memakaikan busana-busana kami kepada para selebriti untuk lagu raya mereka. Biarlah mereka yang menyanyi.

“Fokus kami adalah untuk memajukan bidang fesyen. Pada kami, tanggungjawab Rizman Ruzaini ini sangat besar. Ramai anak-anak muda di luar sana yang menjadikan kami sumber inspirasi.

“Jadi, kami ingin lakukan perkara yang betul dan boleh dijadikan contoh kepada mereka,” katanya kepada MH.

Merkea berkongsikan pendapat ketika ditemui pada majlis pelancaran Pop-Up Store Rizman Ruzaini di IOI City Mall, Putrajaya, pada Sabtu.

Ads

20 Tahun Dalam Industri

Tambah Ruzaini, tempoh dua dekad dalam industri fesyen telah banyak mematangkan mereka dalam membuat keputusan.

Rizman Ruzaini Tak Buat Gimik & Lagu Raya, Mahu Terus Jadi Contoh Kepada Generasi Muda – “Tak Pernah Terfikir…”

“Ini merupakan tahun ke-20 kami berada dalam industri ini dan ia telah mematangkan kami. Setiap tindakan dan tindak balas Rizman Ruzaini itu mencerminkan diri kami.

“Jika tersilap langkah, kami akan menyesal di kemudian hari. Ia akan mencalarkan nama baik kami,” katanya.

Sementara itu, Rizman turut menjelaskan, situasi ekonomi semasa membuatkan mereka lebih berhati-hati dalam merancang strategi perniagaan.

Ads

Rizman Ruzaini Tak Buat Gimik & Lagu Raya, Mahu Terus Jadi Contoh Kepada Generasi Muda – “Tak Pernah Terfikir…”

“Ekonomi di Malaysia ketika ini tidak terlalu baik dan kita tak boleh bereksperimen begitu sahaja. Jadi, kami perlu berhati-hati dalam menentukan hala tuju perniagaan kami.

“Kami tahu para peminat setia memang menantikan koleksi-koleksi kami. Jadi, biarlah kami terus berkarya dalam bidang fesyen,” ujarnya.

Pameran Khas Fesyen Ikonik

Menjelang ulang tahun ke-20 sebagai pereka fesyen, Rizman juga mendedahkan mereka bakal mengadakan pameran khas pada penghujung tahun ini.

Rizman Ruzaini Tak Buat Gimik & Lagu Raya, Mahu Terus Jadi Contoh Kepada Generasi Muda – “Tak Pernah Terfikir…” Rizman Ruzaini Tak Buat Gimik & Lagu Raya, Mahu Terus Jadi Contoh Kepada Generasi Muda – “Tak Pernah Terfikir…”

Ads

“Sudah tentu kita akan meraikan momen tersebut. Pada penghujung tahun ini, kita akan adakan pameran bersempena 20 tahun kami dalam industri ini.

“Insha-Allah, kita akan terbangkan kembali baju Lady Gaga, Naomi Campbell, baju pertama Datuk Seri Siti Nurhaliza dan banyak lagi busana ikonik.

“Ini antara projek yang sedang kami fokuskan ketika ini. Semua yang bercita-cita menjadi pereka fesyen dapat menyaksikan perjalanan kami selama dua dekad ini,” katanya lagi.

Terdahulu, Pop-Up Store Rizman Ruzaini optimis beroperasi sepanjang bulan Ramadan di IOI City Mall, Putrajaya.

Rizman Ruzaini Tak Buat Gimik & Lagu Raya, Mahu Terus Jadi Contoh Kepada Generasi Muda – “Tak Pernah Terfikir…” Rizman Ruzaini Tak Buat Gimik & Lagu Raya, Mahu Terus Jadi Contoh Kepada Generasi Muda – “Tak Pernah Terfikir…”

Para pengunjung juga berpeluang menikmati diskaun sehingga 70 peratus untuk koleksi baju raya Rizman Ruzaini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI