Kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang berlaku pada pagi semalam masih lagi menjadi tumpuan orang ramai ketika ini. Bersimpati dengan ahli keluarga kesemua mangsa dan ianya benar-benar meruntun jiwa.

Menerusi akaun Instagram pereka fesyen terkenal, Rizalman juga turut meluahkan rasa sedih dengan kejadian yang berlaku sehingga meragut puluhan nyawa ini.

Katanya di ruangan kapsyen, dia sangat terkesan dengan berita sedih ini kerana pelajar-pelajar di sekolah tahfiz itu merupakan sahabat kepada anak sulungnya, Umar Nail. Umar pernah menjadi pelajar di pusat tahfiz tersebut.

IKLAN

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

“Saya merasa amat2 terkesan akibat kejadian ini kerana ada di antara mereka telah menjadi sahabat Umar Nail, saya sendiri dan telahpun bergelar anak2 ‘angkat’ saya selama ini kerana selalu sudi memenuhi undangan saya baik di rumah atau di pejabat ketika meraikan apa2 majlis termasuklah majlis sambutan hari jadi saya pada tahun lepas.

 

“Kekayaan doa2 mereka yang mereka sampaikan pada Allah pada saya dan keluarga, ketulusan hati mereka, wajah2 suci mereka, pengorbanan zaman remaja menuntut ilmu Allah melalui Al Quran, perasaan hormat mereka ketika mencium tangan saya setiap kali berjumpa dan berpisah terasa dingin syurganya.

 

“Pada ustaz @yusufdqi yang telah berkorban menjaga kebajikan anak2 ini hingga ke akhir hayat beliau saya hanya mampu berdoa. Pada ibu bapa anak2 ini, Allah telah memilih anda sebagai tetamunya di syurga bermula dari sekarang kerana anda adalah yg terpilih mempunyai jiwa yang kental untuk melalui dugaan ini.

 

“Saya masih ingat memberi ucapan pada malam majlis harijadi ini dan saya tujukan khas pada anak2 ini yang berbunyi.. ‘ keindahan malam ini dengan rangkaian tetamu yang hadir berpakaian serba putih sebegini seolah2 seperti kita semua berada di dalam syurga Allah dan begitulah kehendaknya jika di izinkan…’ Sempat saya berpelukan dengan pengetuanya tadi.. beliau berbisik..’maafkan saya.. ‘ airmata kami berjuraian.

 

“Sanggup saya bina rumah baru kami di kawasan berdekatan madrasah ini supaya anak2 kecil ini boleh bertandang dan bermandi manda di kolam renang di rumah ini nanti.. ternyata Allah telah menyediakan bukan kolam malah kali syurga yang mengalir lebih tenang dan indah buat mereka terlebih dahulu. Bernaunglah kalian pada naungan Arash yang akan merupakan tempat yang disediakan.

 

“Buat Umar anakanda ku, lihatlah kebesaran Allah dan fahami lah apa itu qada dan qadar. Babah masih bisa memiliki mu dan kita semua adalah pinjaman dariNya,” panjang lebar luahan hatinya di ruangan kapsyen.

Sungguh menyayat hati setiap patah perkataan yang di tulis oleh Rizalman ini. Kita yang tiada kaitan dengan mangsa juga turut bersedih apatah lagi dirinya yang mengenali mereka dengan begitu rapat.

IKLAN

Baca juga: 3 Anak Saudara Bekas Pelakon Antara Mangsa Tragedi Pusat Tahfiz

Walau bagaimanapun, setiap yang hidup pasti akan mati. Kali ini giliran mereka dijemput pulang oleh Sang Pencipta tapi esok lusa mungkin giliran kita pula.

IKLAN

Buat semua mangsa, semoga roh kalian tenang di sana dan ditempatkan bersama para solihin. Al Fatihah.

Sumber: Instagram Rizalman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI