Penampilan pelakon jelita, Rita Nadira yang hadir bersama seorang lelaki berjambang di tayangan perdana filem seram terbaharu, Qifarah, di GSC Mid Valley baru-baru ini, menarik perhatian ramai.
Dikatakan kini lebih terbuka mengenai kehidupan peribadi, Rita ketika ditemui media menjelaskan dia tidak berniat untuk menyembunyikan status hubungannya, namun masih belum bersedia untuk mengulas lanjut tentang fasa yang lebih serius.
“Sebelum ini, saya pernah memaklumkan yang saya tidak merahsiakan tentang perhubungan cuma saya menjaga privasi. Siapa yang nampak, mereka akan tahu.
“Berkaitan ke fasa seterusnya pula, saya takut nak menjawab. Kita tak tahu soal jodoh ke depannya bagaimana. Doakanlah yang baik-baik.
“Jika hubungan ini mampu ke tahap yang lebih serius, siapa sahaja yang tak mahu ke jinjang pelamin? Jika tanya kepada wanita seusia saya, pasti mereka juga mahu berkahwin.
“Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat diri sendiri. Kalau asyik kenal orang baharu pun penat juga,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada kini dia ingin memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya, Rita menjelaskan kepuasan sebagai anak seni tidak pernah berpenghujung.
“Jika kita berterusan nak membina nama, sampai bila-bila pun tak habis. Memang tak kahwinlah kita. Kalau saya betul-betul nak bina nama, saya tidak akan berkenalan dengan sesiapa. Saya hanya akan fokus kepada diri sendiri.
“Kalau boleh, saya nak ke arah membina keluarga dan punyai anak. Itulah impian setiap wanita,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Rita turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan doa serta kata-kata positif buat dirinya.
“Untuk mereka yang memberikan komen dan mendoakan yang baik-baik, saya ucapkan terima kasih. Manakala komen-komen negatif pula, saya takkan pandang.
“Saya tak suka hal-hal negatif ada dalam fikiran. Selalunya saya akan buat tak nampak sahaja. Saya tak nak merosakkan pemikiran saya,” kongsinya lagi.
Ads
Rita turut menambah, meskipun hubungannya dengan lelaki berkenaan masih di peringkat awal, dia bersyukur kerana segalanya berjalan lancar.
“Alhamdulillah, setakat ini saya selesa dengan perhubungan ini. Segalanya masih baharu dan kami masih mengenali hati budi. Segalanya berjalan dengan baik.
“Kalau boleh nak ‘manis-manis’ sampai bila-bila,” akhirinya.
Rita kini tampil dalam filem terbaharu berjudul Qifarah, yang turut dibintangi oleh Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Namron, Isma Daniel dan ramai lagi.
Filem arahan pengarah Ghaz Abu Bakar itu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 9 Oktober ini.
Qifarah diterbitkan oleh Skop Productions dengan kerjasama My Way Pictures dan Astro Shaw, serta Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi.
Ads
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Cantik Semula Jadi, Yakin Sepanjang Hari
Rasakan keyakinan baru dengan TemyLens Soft Contact Lenses dalam warna Walnut. Lensa lembut, selesa dipakai, dan menyerlahkan pesona semula jadi mata anda tanpa rasa kering.
Rasakan keyakinan baru dengan TemyLens Soft Contact Lenses dalam warna Walnut. Lensa lembut, selesa dipakai, dan menyerlahkan pesona semula jadi mata anda tanpa rasa kering.
Dunia hiburan Bollywood kembali diselubungi duka apabila pelakon veteran, Satish Shah disahkan meninggal dunia pada Sabtu di Mumbai pada usia 74 tahun.
Media tempatan India melaporkan, mendiang dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang selepas menerima rawatan beberapa minggu. Beliau sebelum ini dikatakan mempunyai sejarah masalah kesihatan dan baru menjalani pemindahan buah pinggang.
Satish Shah dilahirkan pada 25 Jun 1951 di Mumbai dan merupakan antara nama besar yang banyak menyumbang kepada industri perfileman dan televisyen India. Kariernya menjangkau lebih empat dekad dengan penglibatan dalam lebih 200 buah filem serta beberapa siri televisyen popular.
Beliau mula dikenali menerusi filem Jaane Bhi Do Yaaro (1983) yang kini dianggap sebagai karya klasik komedi India. Namanya terus melonjak apabila membintangi siri televisyen Sarabhai vs Sarabhai, di mana lakonannya sebagai Indravadan Sarabhai mendapat pujian meluas dan kekal diingati sehingga kini.
Selain itu, Satish Shah turut memegang peranan penting dalam beberapa filem box-office seperti Main Hoon Na, Hum Aapke Hain Koun, Kal Ho Naa Ho, Om Shanti Om dan Kabhi Haan Kabhi Naa. Keupayaannya membawakan watak dengan gaya bersahaja menjadikan beliau antara pelakon komedi paling dihormati di India.
Sepanjang kerjayanya, beliau dikenali sebagai figura profesional yang rendah diri serta disayangi ramai rakan industri. Pemergiannya disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada dunia seni Bollywood yang kini kehilangan seorang lagi bintang legenda.
Jenazah mendiang difahamkan telah dibawa ke hospital bagi urusan akhir sebelum disemadikan dalam satu upacara tertutup bersama keluarga.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara dan ikon muzik Asia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza akan meraikan perjalanan seni selama tiga dekad dalam industri muzik menerusi konsert mega Legacy 30 Siti Nurhaliza pada 10 Januari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Konsert ini menjadi kemuncak sambutan 30 tahun penglibatan Siti Nurhaliza dalam dunia seni yang bukan sahaja menandakan dedikasi, cinta dan keikhlasan beliau terhadap muzik tetapi juga mengangkat warisan seni Malaysia ke persada antarabangsa.
Dengan kapasiti kira-kira 60,000 penonton, Stadium Nasional Bukit Jalil dipilih sebagai lokasi terbaik untuk menghimpunkan para peminat dan pencinta seni dari seluruh negara dan rantau Asia Tenggara.
Penganjur konsert, SN Legacy Sdn. Bhd dalam satu kenyataan menjelaskan, penganjuran di stadium ikonik ini bukan bertujuan memecah rekod kehadiran 70,000 penonton Konsert Fantasia Tour 2004, sebaliknya sebagai satu perancangan teliti bagi memberi pengalaman konsert yang selesa, epik dan penuh makna kepada semua peminat.
“Legacy 30 bukan sekadar konsert tetapi sebuah simbol perjalanan, pengorbanan dan kejayaan seni saya sepanjang 30 tahun.
“Saya mahu peminat yang selama ini menyokong saya dapat bersama-sama meraikan detikistimewa ini, menyelami semula karya-karya yang telah menjadi sebahagian daripada kenangan dan sejarah karier,” kata Siti.
Penganjuran konsert ini juga tepat pada waktunya kerana berlangsung seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Momentum ini diharap dapat menarik kehadiran peminat Siti Nurhaliza dari pelbagai negara untuk datang ke Malaysia, menikmati keindahan muzik, seni dan budaya tempatan, sekali gus menyokong usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya dan hiburan bertaraf dunia.
Pra-Jualan tiket Eksklusif AFFIN akan dibuka pada 1 Oktober 2025 jam 12 tengah hari hingga 3 Oktober 2025 jam 12 tengah hari, khusus untuk pemegang Kad Debit dan Kad Kredit AFFIN.
Jualan tiket kepada orang ramai pula akan bermula pada 3 Oktober 2025 jam 3 petang, menerusi laman rasmi www.ticket2u.com. Harga tiket ditawarkan bermula RM69 hingga RM1,599 dengan pelbagai kategori tempat duduk.
Konsert Legacy 30 bukan sahaja menjadi persembahan bersejarah Siti Nurhaliza dalam dekad ini, tetapi juga manifestasi rasa syukur dan cinta beliau kepada peminat yang telah menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan kariernya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh dan aktivis kemanusiaan, Farah Lee yang menyertai misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dilaporkan antara sukarelawan yang ditahan tentera Israel ketika berada di zon merah awal pagi tadi.
Menerusi hantaran terakhir di Instagram, Farah memaklumkan kapal yang dinaikinya, Grande Blu, telah diserang dengan ‘water cannon’ oleh tentera Israel sebelum mereka diberi amaran agar tidak meneruskan pelayaran.
“Israel bagi amaran sama ada belayar ke Israel atau patah balik. Katanya ini adalah amaran terakhir.
“Kalau masih berdegil, mereka akan apa-apakan kapal kami,” kongsinya lagi.
Malah, awal pagi tadi Farah memuat naik hantaran berbentuk ‘SOS Message’ di Instagram yang memaklumkan dirinya ditangkap dan dibawa secara paksa oleh tentera Israel.
“Jika anda menonton video ini, bermakna saya telah diculik dan ia bertentangan dengan kehendak saya oleh tentera Israel.
“Misi kemanusiaan kami adalah aman, tiada unsur keganasan dan mematuhi undang-undang antarabangsa.
“Saya merayu kepada kerajaan Malaysia, terutama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembelaan segera tanpa sebarang syarat,” ujarnya.
Difahamkan, seramai 13 rakyat Malaysia yang menyertai misi berkenaan dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Komunikasi dan Koordinasi Selat (SNCC) selepas lima kapal yang mereka naiki dipercayai dipintas tentera laut Israel di perairan antarabangsa.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.