Pelakon dan usahawan, Adam Corrie Lee mededahkan ada sebab tersendiri untuk jarang aktif di platform media sosial.

Menurut Corrie, dia berasa sangat risau melihat trend masyarakat masa kini yang gemar melontarkan pendapat mereka secara membuta tuli sehingga ada yang sanggup menyebarkan kebencian terhadap orang lain.

“Risau Bila Terbaca Kita Teremosi…,” – Adam Corrie Jelaskan Punca Dah Jarang Buka Media Sosial

“Saya jarang buka media sosial sejak akhir ni. Takut baca cara orang-orang sekarang ini berkomunikasi, memberi pandangan dan sebagainya.

“Risau bila baca, kita teremosi lalu mengeluarkan kata-kata yang tak elok ataupun terdetik di hati berkata bukan bukan.

IKLAN

“Sia-sia dapat dosa tanpa kita jangka dan yang boleh dielakkan. Iman kita ini bukan sentiasa di atas. Sentiasa berbolak balik.

“Risau juga, bila kita ingat nak nasihatkan atau ingatkan orang tapi adab kita salah kerana memalukan / jatuhkan air muka orang lain,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem KL Gangster itu menerusi akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Dalam pada itu, Corrie turut menasihati orang ramai supaya berfikir secara rasional sebelum melakukan apa-apa tindakan.

“Apa yang dalam fikiran dan pandangan kita sahaja betul. Itu lah salah diri kita, melupakan adab dalam berkomunikasi dan bersahabat.

IKLAN

“Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersependapat dengan Corrie dan berharap agar trend seperti ini dapat dielakkan.

“Risau Bila Terbaca Kita Teremosi…,” – Adam Corrie Jelaskan Punca Dah Jarang Buka Media Sosial “Risau Bila Terbaca Kita Teremosi…,” – Adam Corrie Jelaskan Punca Dah Jarang Buka Media Sosial

Sumber: Instagram Adam Corrie Lee

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI