Status gelaran Dewi Remaja edisi terbaru sudah pun diketahui apabila gadis dari Kuala Lumpur, Haneesya Hanee berjaya mengetepikan empat finalis lain bagi merebut takhta yang sebelum ini disandang Raysha Rizrose, malam tadi.

Bersiaran secara langsung dari Astro Ria dan Ria HD pada jam 10.30 malam tadi, gadis berusia 18 tahun itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi.

Pelbagai kisah menarik yang berlaku di luar lensa kamera, jom ikuti 10 corat-coret malam final Dewi Remaja 2018/19!

1. Datin Rabecca Nur Al Islam yang merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2006/06 sezaman Scha AlYahya antara selebriti yang hadir awal. Rabecca hadir bersama suami tersayang.

2. Izara yang merupakan pemenang tempat kedua Dewi Remaja zaman Neelofa hadir bersama teman. Ditanya mengapa suami, Adib Khalid tidak menemani, Izara dengan nada bergurau memberitahu, suaminya tak mahu hadir sebab tiada baju!

3. Kelibat tiga finalis Dewi Remaja edisi 2014/15 iaitu Raysha, Syamim dan Puteri Aishah ibarat reunion mereka apabila masing-masing mengambil peluang untuk beramah mesra.

IKLAN

Rezeki Haneesya Hanee, Raysha Rizrose Ditemani Kekasih, Didie Alias Throwback Zaman Dewi Antara Corat-Coret Final Dewi Remaja 18/19 Malam Tadi!

4. Selain hadir bersama pihak pengurusan, Raysha yang anggun dalam persalinan sut putih malam tadi turut duduk bersebalahan dengan kekasih, pelumba Nabil Jeffry.

Rezeki Haneesya Hanee, Raysha Rizrose Ditemani Kekasih, Didie Alias Throwback Zaman Dewi Antara Corat-Coret Final Dewi Remaja 18/19 Malam Tadi!

5. Didie Alias yang turut sama hadir secara seloroh sempat memberitahu dia rasa ‘tua’ pula bila MH ada memuat naik gambar lamanya saat menyertai Dewi Remaja, lebih 20 tahun lalu!

IKLAN

Rezeki Haneesya Hanee, Raysha Rizrose Ditemani Kekasih, Didie Alias Throwback Zaman Dewi Antara Corat-Coret Final Dewi Remaja 18/19 Malam Tadi!

6. Haneesya Hanee mengakui kemenangannya di Dewi Remaja edisi terbaru merupakan pencapaian terbesarnya, sudah tanam azam untuk sertai Dewi sejak kecil lagi. Ternyata malam ini, tuag berpihak kepadanya.

Rezeki Haneesya Hanee, Raysha Rizrose Ditemani Kekasih, Didie Alias Throwback Zaman Dewi Antara Corat-Coret Final Dewi Remaja 18/19 Malam Tadi!

IKLAN

7. Syamim Farid yang baru sahaja pulang dari menunaikan umrah turut hadir bersama teman, tanpa ditemani suami.

8. Selain finalis dan peserta Dewi Remaja, turut hadir meraikan malam final ialah barisan Hero Remaja terdahulu. Antaranya Aliff Muhaimin, Ikmal Amry dan Norman Hakim.

Rezeki Haneesya Hanee, Raysha Rizrose Ditemani Kekasih, Didie Alias Throwback Zaman Dewi Antara Corat-Coret Final Dewi Remaja 18/19 Malam Tadi!

9. Hael Husaini yang hadir bagi membuat persembahan pada malam itu sempat berbisik kepada MH mengenai siapakah finalis yang menjadi pilihannya iaitu…

10. Neelofa yang pada awalnya dimaklumkan tidak dapat hadir beberapa jam sebelum majlis bermula atas faktor kesihatan akhirnya muncul, bertindak sebagai salah seorang juri jemputan. Semangat Dewi Remaja sangat!

Apapun, MH ingin mengucapkan tahniah kepada semua finalis dan yang tak terpilih ke peringkat final pun, korang sudah dikira pemenang ya!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI