Tidak lagi mahu panjangkan cerita, Syafiq Kyle mengakui pada fasa sekarang dia lebih gemar untuk memberi fokus terhadap komitmen kerjaya daripada memikirkan isu terbelakang yang hanya boleh menjejaskan tumpuannya dalam lakonan.

Malah menerusi sidang media khas yang diadakan semalam bersama rakan media, pelakon drama rantaian Nur ini memilih untuk tidak mengulas secara terperinci isu kontroversi yang melanda. Sebaliknya, dia mahu pihak pengurusan membantunya untuk menyelesaikan masalah berkenaan secara profesional.

Bagaimanapun, Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak tidak menafikan kisah hangat yang melanda dirinya ketika ini sedikit sebanyak memberi impak terhadap diri dan keluarga.

Kongsinya kepada MH, apa pun hal yang berkalu berkaitan kes melibatnya dirinya baru-baru ini, ia bukanlah sesuatu yang baik.

IKLAN

“Apa pun benda tersebut, ia adalah benda yang tidak elok. Kenyataan yang keluar mengenai anak mereka misalnya saya berlakon, dapat terlibat dalam drama yang bagus dan sebagainya. Dan kemudian, kenyataan yang sama keluar menerusi medium sama tetapi ia sesuatu benda yang buruk pula. 

 

“Sudah tentu sebelum mereka jatuh, saya sudah jatuh dulu. Apa yang berlaku adalah di luar pengetahuan mereka pun. Jadi tentunya mereka perlukan penjelasan daripada saya sendiri,” katanya jujur.

Bahkan, dia turut merakam rasa syukur dan bangga kerana dia mempunyai keluarga yang banyak memberikan semangat dan dorongan, dalam berhadapan dengan situasi berkenaan.

“Saya bangga kerana ada keluarga yang sokong, sayangkan anaknya. Mereka merupakan support system saya yang ‘paling A’ ketika ini. Kalaulah tidak ada mereka, rasanya saya sendiri tidak akan hadir di sidang media.

 

“Rasa tiada semangat untuk datang,” katanya Syafiq yang mengakui sebagai anak, kedua ibu bapanya perlu menerima anak mereka seadanya.

Cuma, akui Syafiq kepada MH lagi, dia tidak menolak andai apa yang berlaku turut memberi kesan kepada kehidupan anggota keluarganya.

“Rasanya Dia Menangis Dulu Sebelum Jumpa Saya,” – Reaksi Keluarga Terhadap Isu Kontroversi Menimpa Syafiq Kyle

IKLAN

“Tapi tipu kalau saya tak cakap benda ni akan memberi kesan kepada live mereka. Jadi saya kenalah bangun untuk tunjuk kepada mereka mengenai perkara yang lebih baik daripada ini. Sekurang-kurangnya sesuatu yang bagus,”terang Syafiq.

Ditanya adakah mereka menangis apabila mengetahui isu tersebut mulai diperkatakan, pelakon berusia 26 tahun ini menjawab;

“Rasanya dia menangis dulu sebelum dia jumpa saya…” dedah Syafiq.

Apa pun yang berlaku, MH mengharapkan pengakhiran yang baik terhadap isu ini, apatah lagi ia berlaku di bulan penuh kemuliaan. Sejujurnya, sokongan peminat dan rakan selebriti pastinya memberi semangat buat pelakon ini untuk terus melakar jaya dalam seni.

IKLAN

Hahh dengar apa Syafiq Kyle nak Cakap ?Berbelit-belit dibuatnya ?Jangan lupa datang ke Karnival Karangkraf 2018 bermula 1-3 Jun 2018 dari 2 petang-2 pagi untuk bertemu dengan artis-artis pujaan korang ❤️ #KarnivalKarangkraf #BetulBetulRaya

Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, 30 May 2018

Foto : Instagram Syafiq Klye

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI