Pelakon dan penyampai radio Siti Elizad Sharifuddin memberikan menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta, Shamsul Baharin Abdul Rahman bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-8.

Menerusi dedikasi yang dikongsi di Instagram itu, bekas hos program Mingguan Wanita ini turut mendedahkan mengenai ucapan ulang tahun perkahwinan yang sering diungkapkan dirinya kepada suami, sebelum ini.

“Rasanya Dah Boleh Tukar Dialog Tu, 8 Tahun Menanti,” – Siti Elizad Percaya Percaturan Allah Itu Lebih Baik, Syahdu Ucapan Anniversary “Rasanya Dah Boleh Tukar Dialog Tu, 8 Tahun Menanti,” – Siti Elizad Percaya Percaturan Allah Itu Lebih Baik, Syahdu Ucapan Anniversary “Rasanya Dah Boleh Tukar Dialog Tu, 8 Tahun Menanti,” – Siti Elizad Percaya Percaturan Allah Itu Lebih Baik, Syahdu Ucapan Anniversary

“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang kelapan sayangku. I takde ucapan panjang-panjang untuk you sebab…

“Setiap kali ulang tahun perkahwinan, mesti i akan cakap ‘InsyaAllah anniversary tahun depan mesti kita bertiga’. Rasanya dah boleh tukar dialog tu. Lapan tahun menanti,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

IKLAN

Sekian lama bersabar menanti dikurniakan rezeki zuriat, Elizad atau nama lengkapnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin kini reda dengan ketentuanNya.

Dia percaya percaturan yang sudah ditentukan Allah SWT adalah terbaik.

IKLAN

“InsyaAllah berlapang dada, redha dan pasrah. Percaturan Allah itu lebih baik. Happy anniversary, happy honeymoon forever. Just the two of us Doakan kami ya semua,” kongsinya lagi.

IKLAN

Imbas kembali, Elizad dan suami telah mendirikan rumah tangga bersama pada 11 Januari 2015.

Sebelum ini, penyampai radio Sinar FM ini pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam usaha mendapatkan zuriat, sekitar bulan Oktober 2020.

Namun, impian untuk mendapatkan zuriat tidak kesampaian setelah Elizad mengalami keguguran sebulan selepas menjalani rawatan kesuburan tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI