Pelakon, Elisya Sandha mengakui kehamilan kali kedua ini mencabar dan berkemungkinan akan memberikan kesan terhadap ibadah puasanya.

Menurut Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, selain mudah penat, dia juga mengalami alahan yang agak teruk.

“Rasa Tak Mampu Puasa Penuh Tapi Saya Cuba,” – Elisya Sandha Alami Alahan Teruk, Kehamilan Kedua Agak Mencabar

“Ketika mengandungkan Bunga, saya dapat berpuasa penuh. Tak tinggal satu hari pun. Saya sangat gembira kerana itu memang sasaran saya pada waktu itu.

“Namun, pada kehamilan kali ini, jika lihat pada gaya, saya rasa tak mampu nak berpuasa penuh tapi saya akan tetap cuba. Kali ini, saya cepat penat dan ada alahan yang agak teruk.

“Tak sama ketika mengandungkan Bunga. Dahulu, proses kehamilan agak lancar tapi kali ini sangat berbeza. Cuma kali ini, perut saya agak kecil tapi digantikan dengan alahan, bengkak kaki dan mudah penat,” katanya kepada MH.

Ads

Adik kepada pelakon Fasha Sandha itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media LXM Resources, baru-baru ini.

Masih Rahsiakan Jantina

“Rasa Tak Mampu Puasa Penuh Tapi Saya Cuba,” – Elisya Sandha Alami Alahan Teruk, Kehamilan Kedua Agak Mencabar

Sementara itu, Elisya turut memaklumkan dia dan suami memilih untuk merahsiakan dahulu jantinya bayi kedua mereka ini sehingga majlis gender reveal yang akan diadakan selepas sambutan hari raya nanti.

“Jantina anak kita belum maklumkan lagi. Kita akan adakan majlis gender reveal selepas Hari Raya. Mak mentua saya pun belum tahu lagi. Cuma saya dan suami sahaja yang tahu.

Ads

“Buat masa ini, kami memang nak merahsiakan walaupun ibu mentua saya cuba korek,” katanya lagi.

Enggan Campur Urusan Syarikat

“Rasa Tak Mampu Puasa Penuh Tapi Saya Cuba,” – Elisya Sandha Alami Alahan Teruk, Kehamilan Kedua Agak Mencabar

Mengulas mengenai kemelut dengan sedang dihadapi syarikat milik suaminya, Uzair Haqimy, Elisya memaklum dia enggan terlalu mencampuri urusan syarikat buat masa ini kerana bimbang akan memberikan kesan terhadap proses kehamilannya

Ads

“Alhamdulillah, suami saya sangat memahami. Dia tahu kalau saya mengandung, saya memang tak suka keadaan yang stress. Tengah bawa bayi, takkan nak fikirkan masalah syarikat.

“Memang saya sendiri yang minta dia faham jika saya tak boleh nak ada masa nak untuk fikirkan masalah syarikat. Dia pun okay sahaja dan minta saya berehat di rumah. Dia nak saya support dia. Itu sahaja,” ujarnya lagi.

Sekadar informasi, Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021.

Mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Bunga yang kini berusia dua tahun.

Terdahulu, syarikat milik Uzair, LXM Resources menuntut syarikat milik pelakon dan pempengaruh, Wak Doyok, WD Food Group Sdn Bhd untuk melunaskan saman berjumlah RM808,260 selepas didakwa telah melanggar perjanjian dalam pembayaran sewa kenderaan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI