Ads

“Rasa Sedih Nama Ibu Dipermainkan, Guna Perkataan Keji,” – Gara-Gara Mulut Usahawan Ini, Wan Maimunah Masih Wujud!

Semalam, pelakon veteran, Wan Maimunah ada meluahkan rasa terkilan dengan tindakan dua usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat yang dilihat seperti mempermainkan namanya dalam sebuah rakaman video di Instagram.

Kata bintang senior itu menerusi Instagram, dia mendapat kiriman video terbabit daripada seorang kenalan dan sedih apabila namanya dianggap seperti dipermainkan dengan menggunakan perkataan keji.

“Ada yang hantar pada ibu. Rasa sedih nama ibu dipermainkan, menggunakan perkataan keji. Wan Maimunah masih wujud,” tulisnya.

Ads

“Terima kasih bagi yang memberi semangat dan mendoakan pada ibu yang baik-baik. Banyak mesej, tak terbalas satu-persatu mesej dan komen,” tulisnya pada entri terkininya pula.

Ads

Menerusi Instagram Nur Sajat sebelum ini, dia ada memuat naik rakaman pendek ketika ditanya Aliff Syukri siapakah pilihannya seandainya yang diberikan watak Wan Maimunah, Hantu Kak Limah (Dalimawati) atau Nyi Blorong.

Ads

Lantas, posting berkenaan terus mendapat kecaman dan ada yang meminta kedua-dua usahawan selebriti itu agar menjaga kata.

Anda mungkin berminat dengan

Foto: Instagram Wan Mainumah, Sajat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Hussain ‘Menyala’ Terima Markah Tertinggi 72%, Sufie Rose Pula Tiada Rezeki…...

Konsert minggu kedua program realiti, Big Stage Rocketfuel malam tadi menyaksikan Sufie Rose menjadi peserta pertama yang tersingkir selepas persembahannya menerusi lagu Panas nyanyian asal kumpulan De Fam gagal memikat hati barisan juri.
error: Hello. Cannot.