Masih lagi berbaki hari di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji, Fizo Omar sebak apabila tidak dapat mewalikan adik bongsu di hari pernikahannya.
Tulis pelakon ini, selepas arwah ayah meninggal dunia pada 2011, dialah abang dan ayah kepada adik-adik dan keluarga.
“SEDIH VS BANGGA
“As a brother n ‘father’ to my youngest sister n supposed to be her WALI, aku rasa sedih sbb xboleh ade skali on her big day.
“Dah lama plan nak match date, tapi perancangan Allah lebih baik, dia jemput aku jadi tetamuNYA pada tahun ni.So aku serah je pada Allah n Alhmdllh semuanya berjalan lancar.
Ads
“Adik bongsu yg aku syg @nini.adila dah pun selamat diijab kabulkan.
“Lepas arwah ayah pergi pd 2011, aku n @wanzack83 lah abang dan ayah kpd adik2 n famly. Pesan arwah, jaga adik elok2, dan bimbing dia sampailah dia dah kahwin nnti.itulah tanggungjwb seorang abang,” jelasnya.
Dia turut berbangga dengan adiknya, Wan Diana yang bijak berdikari semata-mata untuk membalas jasa keluarga.
Ads
“Aku bangga ngn adik bongsu aku ni,siang malam dia usaha sbb dia nak balas balik jasa mak n adik beradik yg jaga dia selama ni.aku percaya pasangan pilihan dia ni akan membimbing dan membawa adik aku ke syurga firdaus.
“Congrats to both u.till jannah.abe love u dik.Welcome to our family Khai.
Juri tetap program Big Stage 5 (BS5), Ajai meminta salah seorang pesertanya, Aufahanie supaya lebih menjiwai seterusnya memahami lirik lagu yang disampaikan di dalam sesebuah lagu yang dipersembahkan.
Pada minggu kedua saingan, bintang muda itu menyanyikan lagu Nang yang dipopularkan oleh Iman Troy gagal memikat hati juri seterusnya membawa kepada peratusan markah antara tiga terendah di antara 13 peserta bertanding.
Ajai memberikan kenyataan itu sebagai komen sejurus Aufahanie selesai membuat persembahan.
Ketika Ajai bertanya mengenai sejauhmana kefahamannya terhadap lagu berkenaan, Aufahanie akui dia terlebih fokus kepada pergerakan tarian dan berjaga-jaga kawal stamina.
“Sebab itulah penjiwaan lagu hilang. Pembawakan utama di dalam sesebuah lagu adalah ‘feelings’, kefahaman maksud lirik yang kamu nyanyikan itu. Ia akan membawa lontaran maksud… itu adalah ‘pergerakan’ dalam nyanyian.
“Jadi saya tak rasa… rasa kosong. Pada awal itu saya sudah tahu. Yang banyak bahagian ‘flat’ dan yang tak pasti. Ingat, ini pertandingan. Kamu diberikan masa yang singkat jadi kamu kena siap sedia.
“Nak buat macam mana ini pertandingan, kamu kena lalui perkara ini ya. Fokuskan kepada nyanyian yang sedap. Saya nak dengar sedap. Saya tak mahu dengar nyanyian yang tak ada perasaan.
“Pada saya kalau nyanyian sebegitu, tak juga kamu pergi reheasal atau pergi praktis. Sebabnya kamu tak faham apa setiap perkataan yang kamu nyanyikan. Terima kasih,” katanya.
BS5 menampilkan 10 finalis dari Malaysia yang bakal bersaing merebut gelaran juara termasuk Aufahanie, kumpulan COEX, Nadeera Zaini dan Puteri Khareeza.
Enam bintang lelaki pula adalah Isaac Voo, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Putera Muhammad dan duo Dem Lepak Boyz.
Tiga peserta lain dari Indonesia diwakili oleh Waode, Farhan Shah dari Singapura dan duo Hoondoo dari Korea Selatan.
Bertemakan Flex Your Beat, 13 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan yang berbeza setiap minggu.
Sementara itu, penyanyi Nadeera Zaini memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai RM3,000.
Empat edisi Big Stage terdahulu telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 berlangsung selama sepuluh minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Shatirah Amanda optimis untuk meneruskan kerjaya seninya menerusi barisan lagu yang genre segar seiring dengan kencintaan di dalam muzik yang berentak rancak dan ‘fast’.
Berasal dari Kelantan, Shatirah yang juga sebelum ini pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja 2020 kini muncul dengan single terbaharu berjudul Langit Bukan Limit.
“Saya yakin lebih sesuai dengan muzik seperti yang saya bawakan. Irama lebih segar dan ala cenderung ke aliran bunyi K-pop.
“Saya pernah cuba balada, tapi saya kurang selesa kerana bukan diri saya,” katanya.
Dia pada masa sama juga tidak pernah berputus asa untuk memperjuangkan kariernya dalam industri muzik susulan pernah tampil dengan tiga single sebelum ini.
Terdahulu, Langit Bukan Limit merupakan sentuhan komposer Mas Dewangga dan liriknya diilhamkan oleh Shatirah sendiri.
Menurut Shatirah, ilham tersebut muncul apabila memikirkan tentang wanita-wanita yang sentiasa kuat dan tidak pernah berputus asa dalam kehidupan mereka.
“Ketika itu saya fikir apa salahnya jika perjuangan mereka ini diterjemahkan dalam lagu. Ramai wanita kuat di luar sana yang sentiasa bersemangat, tidak berputus asa untuk mencapai apa yang diimpikan dalam kehidupan.
“Saya harap lagu ini dapat memberikan semangat dan inspirasi kepada pendengar yang pernah menjalani kehidupan yang sukar dan berani untuk bertindak demi pencapai matlamat hidup mereka.
“Saya berharap para pencinta muzik akan dapat menerima kepelbagaian konsep dan genre yang dibawa kali ini.
“Saya juga berharap impian dan cita-cita saya untuk memperkenalkan bakat saya ke peringkat antarabangsa pada masa hadapan akan tercapai,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Shatirah Amanda bakal muncul menerusi filem seram arahan Datuk TS Jeffri yang berjudul ‘Marrak’ yang akan ditayangkan di pawagam, Ogos depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menyedari kelebihan bersedekah, pengasas produk Avenys yang juga selebriti media sosial, Aleeya Zailan senang untuk berkongsi rezeki khasnya bagi golongan sasaran yang memerlukan.
Menurut Aleeya dan suami, Mohd Azri Aziz, amalan bersedekah menjadi satu matlamat, lebih-lebih lagi mengenangkan rezeki yang dikurniakan adalah untuk dikongsikan bersama.
“Kalau ada usahawan di luar sana yang muncul dengan lagu dan meraih publisiti dalam media sosial misalnya, bagi saya itu hak masing-masing. Semua orang ada sebab apabila melakukan sesuatu. Saya menghormati pendirian mereka.
“Macam sama dan suami pula, kami hanya fikir bisnes sahaja. Saya bukan fokus untuk jadi selebriti seperti jadi penyanyi atau terlibat dalam dunia showbiz.
“Malah macam sekarang pun, kami dapat banyak tawaran untuk menaja acara hiburan. Namun buat masa sekarang, rezeki hasil perniagaan ini kami cenderung untuk menderma setiap Jumaat.
“Sebab bagi saya, apabila menderma dan membantu mereka yang memerlukan, InsyaAllah akan ada kebaikannya di situ,” kata usahawan kecantikan yang pernah mendermakan rumah bagi tujuan kebajikan.
“Yang menariknya apabila kita buat ‘live’ menerusi Facebook dan TikTok, ‘viewers’ pun bagi bintang (stars atau gifts) hingga dapat kumpul jumlah tertentu tiap minggu. Apa yang kami buat dan beritahu mereka, setiap minggu kita akan ambil ‘gifts’ itu untuk didermakan kepada pertubuhan terpilih.
“Mereka pun berminat dan ia diagihkan bersama-sama dengan jumlah sedia ada daripada Avenys sendiri,” ulas suaminya.
Aleeya menambah, jika terlibat dalam bidang kreatif sekalipun, mereka mungkin hanya sekadar penaja yang berada di sebalik tabir.
“Jika membabitkan diri dalam bidang ini, cukuplah sebagai penaja atau rakan strategik yang duduk di belakang kamera, tidak begitu menyerlah.Biar jenama atau bisnes kami yang ke depan, bukannya diri kami,” kata Aleeya.
Dalam perkembangan lain, Aleeya dan suaminya yang dirujuk sebagai sebagai Big Boss turut menjana idea dengan memperkenalkan produk baharu agar ejen Avenys dapat menjana pendapatan.
“Terbaru, Avenys mengeluarkan tudung. Jujurnya sebelum ini, ramai pengguna yang bertanya bila kami akan melancarkan tudung jenama sendiri. Jadi alhamdulillah, apa yang kami keluarkan ini adalah permintaan daripada pengguna dan ejen.
“Ia dilancarkan pada Ramadan lalu dan mempunyai empat jenis corak tudung yang mengambil nama bulan Islam iaitu Rejab, Syaaban, Ramadan dan Syawal.
“Malah bersempena dengan sambutan Aidiladha yang menjelang tidak lama lagi, kami optimis tampil dengan koleksi khas iaitu Zebra, Flamingo, Leapord dan Maguro. Ia pun dihasilkan secara terhad.
“Dari segi rekaan, kami mempunyai pereka fesyen sendiri. Proses pemilihan corak dan sebagainya mengambil masa selama enam bulan. Materialnya pula ialah premium satin silk, jadi ia tidak mudah berkedut.
“Kadang-kadang bila corak sudah cantik, namun warnanya seperti ‘lari’ atau berbeza dengan apa yang kami mahukan. Jadi kami tukar balik. Begitulah proses yang dilakukan.
“Buat sampai betul-betul puas hati dan sedap mata memandang. Dalam masa yang sama, Tudung Avenys juga didatangkan dengan bingkisan tersendiri. Apa pun syukur ia dipermudahan,” katanya.
Avenys Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2016 seterusnya menyasarkan untuk membina
empayarnya sebagai suatu jenama yang mampu menguasai pasaran global yang menumpukan pada produk kecantikan, kesihatan, fesyen dan gaya hidup yang bertaraf premium yang mampu dimiliki oleh pelbagai golongan pelanggan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.