Menerusi video yang dikongsikan beberapa hari lalu itu, Norren ada meminta Wany untuk menghadiahkannya dengan sebuah lagu.
Lalu apabila ditanya lagu apa, Wany dengan spontan menyanyikan bahagian chorus lagu berjudul Bila Izrail Datang Memanggil – Selimut Putih.
“Norreen rasa terus nak pakai tudunglah. Wany carut Norreen eh,” tanya Norreen sambil dinafikan Wany.
Rata-ratanya terhibur dengan gelagat spontan dua bintang berkenaan. Malah, lebih lucu apabila lampu dipadamkan apabila Norreen bertanya sama ada dia cantik atau sebaliknya.
Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton lebih 200,000 kali bersama hampir 20,000 ulang kicau.
Foto: Twitter Norreen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Apabila tiba hari kedua melontar di Jamrah, usahawan Rozita Ibrahim ada meluahkan kebimbangan akan keadaan si menantu, Datin Seri Shahida yang kini sedang hamil lima bulan.
Shahida turut bersama rombongannya dalam menunaikan fardhu haji tahun ini.
Jelas Rozita, suasana yang terlalu sesak dengan lautan manusia boleh mendatang risiko tak baik buat Shahida.
Atas sebab itulah, mereka mengambil keputusan menggunakan kerusi roda bagi memudahkan perjalanan.
“Ini adalah hari ke2 bonda melontar, sangat lah jauh dn sgt lah ramai org. masa melontar plg risau ida sbb dia pgnan 5 bulan.
“Berkepung takut kena tolak pak arab ramainya org x tercakp sy x ambik video masa melontar sgt bahaya keadaan.
“Kejang kami semua sy suruh ida naik kerusi roda dgn sy sekali, ha ha ha pergi balik naik kerusi roda rm msia 700 plus (kena caj 600 riyal) terbayang sy org yg ambil muasasah lagi jauh. Kaki sy berdarah sbb byk jaln,” tulisnya.
Pada masa sama, Rozita turut memberitahu Dia permudahkan segalanya.
“Allah mudah kan semua orang dgn rezeki masing2 ..Dulu sy gi muasasah 2006 dlm 9k plus je lagi jauh, tp sy rasa lbh mudah masa tu myb muda dn xseramai org macam sekarang dn musim sejuk masa tu..!!” kongsinya.
Pengasas Sendayu Tinggi ini turut menceritakan pengalaman sewaktu ditimpa ribut kencang dan banjir.
“Sy dgr khemah ada banjir semalam..setengaj hotel kaki lima pun penuh air ..keta samgkut banjir..dn kami smlm bermabit di Mina.. walaupun di tempat agak selesa, tapi basah..!!
“Aktiviti di malam Tasyrik dgn mendengar majlis ilmu.. wasiat dari Imam Ghazali yg di baca oleh UMED.
“Di sini sgt kusut masai dn alhamdulillah Allah memberikan banyak kemudahan.. suhu yg sgt panas iaitu 50 darjah celcius lebih.. smlm cuma 22 darjah celcius sahaja.. tetapi agak merbahaya kerana blh dpt kejutan eletrik.. basah..!!
“Dobi mahalnya aiikkk jubah sy 3 helai dn kain kurta dn ihram abg aji kena rm 200 riyal,” kongsinya lagi.
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah mengharapkan peserta program realiti, Big Stage 2 agar lebih bersedia dalam membuat persembahan dari minggu ke minggu.
Memasang harap agar para peserta akan memberikan persembahan lebih baik menerusi lagu-lagu dari penyanyi lain yang bakal dipersembahkan, penyanyi Anta Permana ini turut memberikan tip cara menghayati sesebuah lagu secara ringkas.
“Peserta yang lain mungkin boleh ambil contoh bagaimana Han Byul (peserta Korea Selatan) membuat persembahan. Tak semestinya lagu sedih kena harus berdiri kaku di situ. Kita perlu pada waktu bilakah kita perlu bergerak ke kanan atau ke kiri.
“Akan tetapi jangan sampai pergerakan itu menggangu fokus nyanyian. Sebab itulah apabila setiap kali anda bakal melakukan persembahan atau sesuatu tugasan yang diberi, ambil lagu dan lirik seterusnya hayati,” katanya pada sidang media sejurus konsert pertama.
Malah kongsinya lagi, ia antara tip yang sering diamalkan setiap kali akan membuat persembahan pentas.
“Ambil lirik dan ambil tahu muzik dan masa yang sesuai untuk kita bergerak bersama lirik dan emosi yang betul…barulah cantik.
“Bagaimanapun tidak mengapa kerana anda semua sedang dalam proses belajar,” terang Siti yang turut memberi komen peribadinya terhadap beberapa peserta lain.
“Anda kena biasakan pergerakan kerana nampak agak kekok ketika membuat persembahan. Mujurlah anda membuat persembahan di atas platform, akan tetapi masih perlu ada pergerakannya seiring lagu.”
“Saya nampak anda membuat persembahan, tinggal lagi saya belum beritahu yang anda kelihatan seperti terlalu gementar, ia ketara ketika menyanyi. Sehinggakan, ia menyebabkan ‘pitching’ itu lari. Wajah tidak boleh menipu dan ketika itu anda seperti mahu ‘cover’. Jadi hal sedemikian perlu jaga.”
“Saya mengharapkan lebih daripada anda memandangkan anda seorang pelajar teater. Jadi anda pasti lebih mampu untuk menghayati lirik sesebuah lagu.”
Pada konsert minggu pertama, Mark Adam turut diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri dan Cakra Khan.
Big Stage 2 kekal dihoskan oleh pengacara terdahulu, Alif Satar dan Sherry Alhadad dan ia dibawakan khas oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Bersiaran setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann ditugaskan untuk mengacara segmen Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.