Baru-baru ini, MH berkesempatan untuk bertemu penerbit terkenal Datuk A.Aida ketika dia menghadiri sidang media Kempen Ramadan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB) yang berlangsung di Sheraton Hotel, di Petaling Jaya.

Lalu, kami ada bertanyakan mengenai perkembangan terkininya, termasuk reaksinya yang bakal sambut sambut puasa dan Aidilfitri bersama suami, pelakon  Ariff Aziz.

Menurut A.Aida, tahun ini merupakan tahun pertama dia bakal menyambut bulan ramadan dan syawal bersama suami setelah mendirikan rumah tangga bersama bintang itu pada 21 Julai tahun lalu.

IKLAN

Malah, A.Aida turut berkongsi perasaanya itu.

“Awesome lah kan tapi pada masa yang sama saya rasa berdebar juga sebenarnya sebab I family dah tak ada, mak ayah dah tak ada.

IKLAN

“So dia masih ada mak ayah, so kena beraya di sebelah Ariff lah.

“Tapi tak tahu lagi, belum plan lagi,”kongsi A.Aida jujur.

IKLAN

Di samping berasa berdebar, penerbit yang berusia 48 tahun itu turut berasa teruja untuk menyambut ramadan dan syawal tahun ini bersama suami tercinta.

Tahun ini nampaknya raya mereka sekeluarga lebih meriahlah kan?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI